TAC Cimb click bermasalah?

TAC Cimb click
bermasalah? | Assalamulaikum & salam sejahtera. Alhamdulilah, masih
diberikan kesempatan untuk menulis lagi hari ini. Ok, Ada sesiapa tak hari ini
yang menggunakan sistem perbankan online? Rasanya ramai juga yang gunakan
termasuklah Mrejoy. Pagi tadi Mrejoy ada kerja sikit. Nak transfer sedikit duit
masuk dalam akaun duit digital. Biasalah, kita ni baru nak belajar main duit
digital, jadi semangat tu tengah membuak-buak.
Sebelum ni, semua benda mudah. Daripada transfer hinggalah
kepada pembelian duit digital. Tapi hari ini lain pula jadinya. Daripada pagi
tadi Mrejoy tunggu code yang dihantar cimb click dan sampai ke sekarang masih
belum dapat. Kalau takda TAC ni, urusan transfer duit memang akan tergendala.
Biasanya, kalau waktu pagi semua urusan online ni laju
berbanding tengahari. Apa yang mrejoy nampak la, kalau guna cimb click dalam
waktu tengahari, ia ada lambat sedikit. Tapi masalahnya sekarang, Mrejoy
request TAC daripada pagi tadi dan sampai sekarang tak dapat-dapat.
Dah cuba banyak kali juga sebenarnya. Kalau sekali mungkin
ada masalah. Tapi rasanya dah cuba lebih daripada 3 kali, dah keputusannya
tetap sama. Code yang ditunggu tak kunjung tiba. Mood yang sangat baik pada
paginya sedikit berubah hanya kerana masalah macam ni.
Mrejoy ada tanyakan juga dengan rakan-rakan di media sosial
dan respon yang diterima, ada sorang rakan yang gunakan Maybank2u juga
mengalami masalah yang sama dengan TAC. Rasanya memang sekarang ni, semua
sistem perbankan online sedang mengalami masalah TAC agaknya.
Apa pun, Mrejoy akan usaha lagi lepas ni. Dan harapannya
juga agar masalah ini telah selesai. Janganlah ambil masa yang lama sangat ya.
Sebab kami ada urusan lain yang sama juga pentingnya. Ok? Semoga semuanya akan
selesai sekejap lagi. Amin.
1 Comments
Kalau TAC bermasalah memang sukar nak buat urusan online
ReplyDelete