3 Tips bergelar usahawan separuh masa.

3 Tips bergelar
usahawan separuh masa | Assalamualaikum & salam sejahtera. Bekerja
makan gaji sebenarnya tidak menghalang kita untuk menjadi seorang usahawan. Dan
daripada pemerhatian Mrejoy, ramai yang bergelar usahawan berjaya hari ini
bermula daripada peniagaan separuh masa. Peniagaan yang mereka lakukan semasa
mereka masih bergelar pekerja di mana-mana syarikat! Hari ini, pastinya semua
orang ingin bergelar usahawan kan? Jom tengok 3 Tips bergelar usahawan separuh masa.
Yang menariknya mengenai hal ini adalah, kita tak perlu
berhenti kerja dahulu. Kita masih boleh terus bekerja dan dalam masa yang sama,
kita mewujudkan keseronokan dan kepelbagaian yang datang daripada perniagaan. Daripada
situ, kita dapat melihat dunia daripada sudut pandangan yang berbeza iaitu
daripada pandangan seorang pemilik perniagaan!
Korang mungkin boleh bermula dengan modal yang besar, atau
sederhana atau mungkin tiada modal di dalam proses memulakan perniagaan korang.
Dan, dengan menghabiskan sekurang-kurangnya 10% daripada masa korang kepada
usaha baru, korang dapat membina nilai yang “kekal” untuk diri korang sendiri. Korang
kini 10% bergelar usahawan!
3 Tips bergelar
usahawan separuh masa.
#1. Pilih projek yang
bermain dengan kekuatan, minat & rangkaian korang!
Lihat peluang yang menarik minat dan bakat yang telah lama
korang bina samada melalui kehidupan mahupun kerjaya sekarang. Lebih rapat
dengan peluang perniagaan yang sepadan dengan bidang korang, lebih cerah
peluang korang untuk bergelar seorang usahawan. Jika korang bermain dengan
kekuatan, mengintegrasikan minat, dan memanfaatkan rangkaian, korang akan
menjadi jauh lebih hebat!
#2. Pilih masa yang
sesuai.
Mencari masa yang terbaik untuk didedikasikan untuk usaha
baru tidak semestinya merupakan faktor masa sebenar yang korang belanjakan. Jika
korang melakukan perancangan dengan lebih teliti, 10% masa yang korang dah beri
itu, akan mewakili bahagian terbaik di dalam kerjaya & keseluruhan
kehidupan korang. Cuba untuk fokus dan jadikan 10% itu menjadi sangat bermakna!
Ambil 10% di mana sahaja korang pergi dan cari cara untuk
mengintegrasikannya ke dalam rutin kehidupan korang. Cara paling mudah adalah
dengan mendapatkan nasihat samada daripada rakan sekeliling mahupun rakan media
sosial. Disini pentingnya buat apa yang korang suka kerana korang akan
menghabiskan banyak masa dengannya.
#3. Kerjaya tetap
yang utama.
Oleh sebab korang masih bergelar pekerja, jadi lebihkan
kerjaya dahulu. Hormati masa 10% usahawan dan kerjaya sebenar korang. Jangan
gunakan sumber kerjaya untuk projek korang. Apa yang lebih penting, jujurlah
dengan rakan sekerja, ini adalah kerana, mereka “mungkin” menjadi pelangan
korang.
Amalkan 3 prinsip ini dan korang akan rasa 10% masa yang
diberikan itu tersangat bermakna. Apa yang lebih penting, korang dah pun
memulakan langkah pertama ke dalam pengembaraan yang hebat dan berpotensi untuk
menghasilkan pendapatan yang menguntungkan!
0 Comments