World for All : Luahan kasih untuk haiwan terbiar.

World for All :
Luahan kasih untuk haiwan terbiar | Assalamualaikum & salam sejahtera. Kreatif
& genius! Itu yang boleh Mrejoy katakan buat jurugambar ini yang berjaya
menghasilkan gambar seindah ini! Gambar yang dihasilkan daripada manusia yang
berkasihan menjadi gambar kucing, arnab dan musang! Ini adalah 1 siri poster
bagi kempen Pet Adoption (haiwan yang tidak mempunyai tempat tinggal).
Kempen World For All Pet Adoption ini menyampaikan maksud yang
pasti ada ruang untuk haiwan-haiwan yang terbiar ini. Kalau kita lihat di pasar
atau di mana sahaja, pasti ada kucing atau anjing terbiar. Mereka juga patut
menerima kasih sayang seperti haiwan-haiwan yang lain.

Mrejoy pernah terbaca 1 post mengenai 1 khidmat “menghilangkan
suara anjing “ yang ditawarkan orang persendirian. Mungkin orang sekeliling rasa
terganggu dengan salakan anjing terbiar ini. Ini tidak termasuk haiwan-haiwan
yang didera kejam oleh manusia yang tidak berhati perut! Hati mereka puas
barangkali melihat haiwan tersiksa!

Apa pun, Mrejoy sendiri menyokong kempen seperti ini. Dunia
ini bukan khas untuk manusia sahaja. Kita berkongsikan dengan hidupan lain. Haiwan-haiwan
terbiar ini juga inginkan kasih sayang sama seperti haiwan kesayangan yang
lain. Hentikan seksaan kepada haiwan-haiwan terbiar! Berikan mereka tempat
tinggal kerana pasti ada ruang untuknya!

Jom menyokong World
For All Pet Adoption Campaign!
0 Comments