Alhamdulilah, selepas berbelas email, akhirnya..

Alhamdulilah, selepas
berbelas email, akhirnya.. | Assalamualaikum & salam sejahtera. Semoga
semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Seronok betul Mrejoy
pagi ni. Yelah, selepas dapat tah berapa banyak email “prank” dari google, akhirnya
hari ini mrejoy dapat email yang betul. Email tentang “Your account now fully
approve”. Blogger mana yang tak suka bila dapat email macam ini kan? hehehe.
Mulanya pagi tadi, bila bukak email dan nampak email dari
google adsense, mrejoy buat tak tahu je. Yelah, sebab dah banyak kali dapat
email yang sama. Tapi tetap juga Mrejoy bukak sebab jenis yang tak boleh tengok
ada angka dalam email (email yang belum dibaca). Kalau ada no 1, walaupun email
tu daripada mana-mana orang (spam) tetap juga mrejoy buka.
Tapi, wow! Alhamdulilah. Kali ni dia tak main-main lagi lah! Memang betul dah lulus! Seronok betul tengok ada iklan menari-nari dalam blog ni.
Google adsense ni macam ibu segala income online buat
blogger. Memang ada banyak sumber lain, tapi tetap juga orang kejarkan google
adsense. Sebab apa? Mungkin sebab ianya di bayar dalam USD dan mungkin juga
sebab ianya company besar. Mungkin la. Hehehe.
Belum layak di gelar
blogger.
Walau apa pun, mrejoy masih lagi rasa yang diri ini belum
layak di gelar blogger. Sebabnya mudah je, blog pun jarang update & identity
diri pun belum nampak lagi, ada hati nak bergelar blogger. hahaha. Itulah yang
Mrejoy rasa sekarang ni. Bila tengok rakan-rakan lain, rasa macam segan pun ada
dengan mereka. semuanya hebat-hebat belaka.
Apa pun, Mrejoy perlu bersyukur dengan permulaan ini.
harapan Mrejoy Cuma satu, apa yang pernah berlaku sebelum ini di harap tidak
akan berulang kembali. Pengalaman lepas memang mengajar mrejoy erti kesabaran
dan usaha. Nak main kotor boleh, tapi biar kena dengan caranya, bila dah
tersangkut, ak menyesal pun tiada gunanya lagi.
Mrejoy doakan pada rakan-rakan yang sedang Apply google
adsense, semoga cepat-cepat lulus. Dan pada rakan-rakan yang dah ada akaun,
semoga maju jaya dan jana wang besar dengan google adsense, insyaAllah. amin.
Assalamualaikum & salam sejahtera. J
3 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteTahniah...
ReplyDeleteSaya pun tengah tunggu.
Tahniah.
ReplyDelete