Cara padam mesej yang tersalah hantar di Whatsapp

Cara padam mesej yang
tersalah hantar di WhatsApp | Assalamualaikum & salam sejahtera. Ok,
ini pastinya 1 perkhabaran gembira buat mereka yang kerap sangat tersalah
hantar mesej dalam whatsapp atau dalam group yang mereka join. Kadang tu, bukan
sebab kita sendiri yang tersalah hantar. Tapi mungkin juga kita lalai, dan
biarkan handphone kita ni dekat mana-mana, kemudian anak ambil dan main
tekan-tekan. Tersalah hantar mesej atau gambar dekat group tak formal takpa
lagi, kalau tersalah hantar dekat group formal atau group yang ada bos-bos
besar? Dah jadi 1 hal pula nanti. hehehe.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak hantar mesej whatsapp kini boleh dipadam!
Mrejoy pun tak pernah terlepas daripada tersalah hantar
mesej dalam group whatsapp ni. Kalau group tak formal, tak kisah lagi. Ini group
kerja! Dalam semua, manager, general manager pun ada! Selamatlah gambar yang
anak mrejoy hantar tu boleh kira ok lagi la. Kalau dia hantar gambar yang
bukan-bukan macamana? Mau tebal juga muka ni nak menghadap semua orang dekat
tempat kerja nanti. ish!
Bab gambar yang bukan-bukan tu, ala, orang lelaki, kalau dah
masuk dalam mana-mana group sekalipun, walaupun itu group bola. Mesti ada salah
sorang yang akan hantar gambar yang bukan-bukan punya. Ala, tak usah nak
bohonglah orang lelaki semua, mesti ada punyalah! Hahahaha. Tapi, Mrejoy tak
pasti pula kalau dalam group orang perempuan kalau ada. eh! Ada ke?
Cara padam mesej yang tersalah hantar di Whatsapp.
Oklah, jom kita tengok cara-cara nak padam mesej yang
tersalah hantar dekat group whatsapp. Tapi nak juga beritahu ya, mesej yang
korang salah hantar tu kena padam dalam masa 7 minit sahaja. Ingat, korang ada
masa 7 minit je untuk pada mesej tu. Jika lebih daripada 7 minit, memang dah
tak boleh nak buat apa la ya. hehehe.
Ok. Langkah pertama yang korang perlu buat adalah buka
aplikasi atau group whatsapp yang korang salah hantar mesej tu.
Kemudian Tap dan hold kan mesej tersebut. Kemudian pilih “delete
for everyone”. (Delete for me tu hanya akan padamkan mesej pada handphone kita
sahaja)
Kemudian selesai. Mudah kan? Tapi nak juga beritahu, fungsi
ini hanya untuk mereka yang menggunakan versi whatsapp terbaru. Jadi, kalau
korang tak boleh buat dekat whatsapp korang tu, maknanya korang guna versi lama
lah. Kenalah update versi yang terbaru ya! ok? J
1 Comments
oo gitu ye.. baru mama tau. tapi kalau dah sent tu diorg boleh baca x
ReplyDelete