Facebook dah semakin strict! | MrEjoy

Facebook dah semakin strict!

Facebook dah semakin strict

Facebook dah semakin strict! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ramai yang perasan yang facebook sekarang semakin strict. Lebih-lebih lagi pada peniaga online dan juga blogger. Tak boleh post banyak-banyak lagi pada group facebook kalau tidak kena block atau paling teruk kena banned terus daripada facebook!  Ramai juga rakan-rakan mrejoy yang mengeluh pasal benda ni terutamanya blogger.

Kalau sebelum ni, trafik blog banyak datangnya daripada facebook, tetapi sekarang ada sedikit susah. Kalau sebelum ni boleh post pada 30 group atau lebih! Tapi sekarang, baru post pada 5 group, dah kena block! Ada yang kena sehari, ada yang kena seminggu, dan ada yang kena sampai sebulan!

Peniaga online pun dah susah nak cari makan sekarang ni. Sama halnya dengan blogger, sebelum ni post iklan dalam facebook tiada masalah pun, tapi sekarang ni, nak post iklan, kena tengok dah post berapa banyak group. Kemudian kena tengok balik ayat iklan. Jangan ada yang tersilap! Kalau tidak, berminggu lah tiada facebook!

Banyak juga keluhan lain yang mrejoy baca dekat wall. Tapi ada baiknya juga sebabnya facebook ni tempat kita bersosial. Dan atas alasan itulah, team facebook sekarang lebih strict! Semua benda mereka akan perhatikan dengan lebih detail sekarang ni. Jadi, kita sebagai pengguna ni, kenalah lebih alert dengan apa yang kita nak post kan?

Peniaga kena pakai ads berbayar?

Yang sebenarnya, akan sedikit kebenaran dekat situ. Ada rakan mrejoy, seorang peniaga online. Dia cakap, antara salah satu sebabnya facebook  buat macam ni sebab nak suruh pengguna gunakan ads berbayar. Ada kebenarannya juga sebab nampak macam banyak iklan berbayar dekat fb sekarang ni kan?

Tapi ada je yang masih post iklan pada group percuma dekat facebook. Cumanya, yang macam mrejoy cakap tadi la, kalau sebelum ni boleh post sampai 30 group tanpa ada masalah, tapi sekarang kenalah hadkan post tu. Mungkin sedikit dan kena pilih group yang betul-betul. Kalau tidak, kena blocklah jawapannya! Kena yang fulltime berniaga online memang akan rasa kesan ni.

Apa pun, dunia berubah dan kita perlu berubah. Kena sentiasa berfikiran terbuka dan positif. Nak sale banyak, trafik banyak, boleh je guna iklan berbayar. Tiada masalah. Asalkan usaha kita semakin bertambah. Jangan usaha sikit tapi angan-angan nak jadi jutawan sudahlah ye. Jumpa lagi.

2 comments