Harga durian musang king melonjak pada RM800 1KG??

Harga durian musang king
melonjak pada RM800 1KG?? | Assalamualaikum & salam sejahtera. Apa khabar
rakan-rakan Mrejoy semua? Harapnya sihat sejahtera hendaknya. Terkejut juga
bila baca surat khabar pagi ni, bila ternampak artikel bertajuk harga durian
musang king melonjak pada RM800 1kg! Mahal sangat rasanya pada Mrejoy tu. Tapi apa
kisahnya pada peminat durian kan? Berapa sahaja harga yang ditawarkan, pasti
ada pembelinya nanti, betul tak?
Tapi kalau ditanya pada Mrejoy, jika harganya sampai ke
tahap ini, ada lebih baiknya ambil jenis durian yang lain. Nak beli musang king
dengan harga RM150 sekilo pun dah rasa macam wow! Sangat. Inikan kalau RM800
kan? Rasa macam tak berbaloi pulak.
Khabarnya, musang king mendapat pemintaan yang sangat tinggi
daripada luar negara antaranya China, Singapura, Hong Kong dan Australia. Dan atas
alasan mendapat permintaan yang tinggi, jadi harga musang king kini melonjak
naik!
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di tambah lagi
dengan kenaikan harga minyak, peminat durian khususnya musang king, rasanya
perlu melupakan sementara. Tapi, kadang tu, mrejoy pelik juga sebab ramai je
yang beli. Mungkin sebab dah minat, harga tak menjadi masalah pada mereka.
Apa pun, ini menjadi sumber rezeki yang lumayan pada
pengusaha durian musang king. Rasanya harga durian ni tak akan jatuh jika
dibandingkan dengan kes kejatuhan harga harum manis. Sampaikan ada berita yang
mana petani bakar semua buah harum manis mereka.
Bila dah nampak potensi harga macam ni, pasti ramai yang nak
tanam pokok durian musang king kan? Tapi bercakap tak semudah nak tanam ye. Nak
tunggu dia besar bukan sekejap. Pokok dah besar, belum tentu berbuah lagi. Jadi
nak tak, peminat durian pasti akan beli walaupun harga raja buah ni semakin
hari semakin mahal.
Cumanya, mrejoy berharap, anak-anak generasi mendatang “mampulah”
nak rasa keenakan raja buah ni dan bukannya mampu tengok je. Raja buah tidak
semestinya khas untuk golongan atasan. Ianya khas untuk semua. Jadi, besar juga
harapan Mrejoy agar ada kawalan harga bagi musang king ni. insyaAllah.
4 Comments
Kalau macam ni tak mampu nak merasa musang king 😂😂
ReplyDeleteYa Allah, mahalnya kalau nak makan musang king ni
ReplyDeleteSaya merasa durian kampung je. Itu pun Rm15 sekilo. Puas juga makan dengan anak-anak.
ReplyDeleteMusang king kalau cecah ratus-ratus tu, tak pe la. baik saya guna duit tu untuk bawa anak isteri makan seafood atau kat mana-mana hotel. Hihi
gilos..mahalnya
ReplyDelete