“Job hopping” : Bagus atau tidak? | MrEjoy

“Job hopping” : Bagus atau tidak?

Job hopping Bagus atau tidak?

“Job hopping” : Bagus atau tidak? | Assalamualaikum & salam sejahtera. Pernah dengar mengenai Job hopping atau dalam bahasa mudahnya, mereka yang gemar bertukar-tukar kerjaya. Memulakan Kerjaya dalam sesebuah syarikat dalam tempoh tertentu, katakan setahun atau kurang daripada itu kemudian bertukar kerjaya pada syarikat lain dan buat perkara yang sama.

Yang sebenarnya ada baiknya dan buruk hal ini. Dan hari ini, Mrejoy nak bercerita mengenai kebaikan sahaja. Kata orang, kita melihat daripada sudut yang positif sahaja. Baik! Job hopping. Apakah kelebihannya? Dan apakah yang mampu menjadikan hidup menjadi lebih bernilai pada mata orang lain? Ini jawapannya.

Katakan kita mula berkhidmat dengan 1 syarikat dengan gaji permulaan (BASIC) sebanyak RM1000. Dalam masa 6 bulan atau setahun, kita dah mempelajari pelbagai ilmu samada yang berkaitan dengan kerja kita atau bukan. Dekat sini, kita boleh nampak kelebihan bila kita buat sesuatu kerja yang bukan daripada kerja sebenar kita. Bukan nak sibuk hal kerja orang lain, Cuma kita nak ilmu.

Kemudian, berbekalkan dengan ilmu yang ada, kita mohon kerja lain dengan “basic” yang lebih tinggi daripada gaji asal. Katakan gaji sebelum RM1000, maka, kita perlu cari kerja yang berikan gaji yang lebih besar daripada ini. Katakan RM1500.

Berbekalkan dengan ilmu sebelum ini, kita tambah ilmu baru di tempat kerja yang baru. Buat hal yang sama. Cari ilmu sebanyak mungkin! Langkah seterusnya nak buat apa? Yes! Job hopping! Cari peluang kerja yang menawarkan gaji yang lebih besar dengan ilmu yang baru. Buat perkara ini sehinggalah kita puas! Samada dalam mencari ilmu ataupun pendapatan yang kita dapat.

Di antara perkara positif yang Mrejoy nampak dalam job hopping ni adalah, ilmu mengenai sesuatu kerja tu. Katakan kita ada basic automotif, kemudian kita cari basic dalam electronic, kemudian tambah lagi dengan basic yang lain, dan akhirnya, diri kita menjadi sangat bernilai di dalam mana-mana industry!

Selain daripada ilmu yang kita ada, ianya juga menentukan pendapatan bulanan kita. Ini antara kebaikan yang Mrejoy nampak dalam Job hopping. Berbeza dengan mereka yang takut untuk keluar daripada zon selesa. Sangup menerima pendapatan yang sama dan rendah untuk tempoh yang sangat lama.

Masih belum terlambat sebenarnya untuk kita terus-terusan mencari ilmu. Apa pun, terpulang pada diri sendiri ya. Masing-masing pastinya ada jawapan dan pendirian masing-masing. Jadi, tepuk dada, tanya selera. J

0 comments