Kali ni nekad dah nak..
Kali ni nekad dah
nak.. | Assalamualaikum & salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan
semua. Harap sihat sejahteralah hendaknya ya. Hari ni sajalah Mrejoy nak
sembang-sembang kosong memandangkan mood nak menulis tu tak kunjung tiba. Asyik
buka tutup blog je kerjanya ni. Bila tengok blog rakan-rakan lain yang
berupdate, ish! Rajinnya korang. hahaha.
Ok, apa yang nekadnya? Ceritanya macam ni, Mrejoy dah nekad
nak cari kerja lain. Rasanya dah sampai masanya Mrejoy tengok “dunia” luar. Sepatutnya
dari dulu lagi. Dah macam-macam nasihat yang mrejoy dapat. Tapi itulah, kita
dah selesa dengan apa yang kita ada sekarang kan, itu yang berlarutan sampai
berbelas tahun tu. Ya! Belas tahun, bukan sikit-sikit masa ya!
Apa yang membuatkan Mrejoy
jadi nekad?
Sebabnya mudah. Sebab dah tak nampak masa depan dan kemajuan
dekat tempat kerja sekarang. Dah lama Mrejoy berkhidmat dekat sini, dah
macam-macam orang Mrejoy jumpa. Dah macam-macam kerenah orang. Semua dah hadam.
Sepatutnya ianya menjadi 1 kekuatan atau pengalaman terbaik kan?
Memang betul, ini memang pengalaman terbaik dan memang rasa
sayang nak tinggalkan kerja ni. Tapi bila masuk bab gaji, dekat sini mrejoy
kalah! Dan kalau korang tahu cerita sebenar di sebalik jenama terkenal dunia
ni, korang pun boleh jadi pening kepala! Jenama memang tiptop sampaikan kalau
orang tak kenal jenama ni, memang pelik la.
“Orang luar” selalu sangat salah anggap dengan kami. Bila sebut
kerja kat mana je, semua akan cakap wow! Tapi hakikatnya, kami sahajalah yang
tahu. Jenama besar, pasti ramai yang anggap pendapatannya juga besar kan? Sebenarnya
tak pun. Malas la rasanya nak cerita sekarang berapa basic sebulan dekat sini. Tunggu
dah betul-betul tamatkan perkhidmatan nanti, barulah kita share. Hehehe.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, memang semua orang akan buat
macam-macam. Mungkin atas alasan tu lah, Mrejoy nekad nak keluar daripada
keadaan sekarang. Kalau hidup berdua dengan wife je takpa. Ini ada 3 lagi dekat
belakang. Yang kita kena mulakan daripada awal. Sekolah mereka, makan pakai
mereka, semua tentang mereka sekarang ni.
Apa pun, Mrejoy harapkan doa daripada rakan-rakan semua agar
dipermudahkan apa yang sedang Mrejoy rancang sekarang. Berubah untuk yang
tersayang. Mereka lebih penting sebenarnya. Dan Mrejoy doakan, korang juga akan
berjaya mencapai apa sahaja yang di impikan dalam hidup ni ya! insyaAllah.
amin.
1 Comments
Betul, kadang keselesaan tu buatkan kita sukar nak berubah. Tapi demi keselesaan hari depan, kena paksa diri buat perubahan
ReplyDelete