Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara lagu ke 32 (AJL32)

Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara lagu ke 32 (AJL32) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, mrejoy berkesempatan nak tengok Muzik-muzik separuh akhir. Walaupun waktu tu tengah sibuk dengan laman sosial, tapi telinga ni dok dengar je sebab nak tahu lagu mana yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) nanti. Pada mata dan telinga mrejoy, memang banyak kejutan juga dengan semua lagu yang terpilih, apa pun, juri lebih memahami dengan semua lagu yang mendapat tempat dalam anugerah juara lagu tu.
Oklah, daripada 30 lagu yang bertanding, hanya ada 12 tempat
untuk pentas anugerah juara lagu ke 32 (AJL32) yang akan berlangsung dalam
bulan februari 2018 nanti. Dan tempat-tempat ini telah pun di isi dengan
lagu-lagu ini:
Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara lagu ke 32 (AJL32)
- Sejati - (Azmi Caliph Baskars) nyanyian asal Faizal Tahir
- Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
- Jampi - Hael Husaini
- Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah
- Amboi - Ultimet
- Lebih Sempurna - Syamel
- Aku yang sebenarnya - Hazama
- Akhirnya Cinta - Salma
- Menahan Rindu - Wany Hasrita
- Aku Cinta - Syamel dan Ernie
- Bayang - Khai Bahar
- Warkah Untukku- Ara Johari
Bila tengok senarai lagu yang terpilih, Mrejoy dah boleh
agak, Dayang nurfaizah mesti terpilih punya. Sebab, eh! Dayang nurfaizah kut! Hahaha.
kemudian, amboi! Altimet! Gua memang support lu. Hehehe. Kemudian, Ara Johari. Lagu
warkah untukku ni macam berhantu! Sekali dengar, rasa nak menyanyi je 1 hari
tu!
Sejati! Tersentuh bila tengok part rakan artis pimpin tangan
azmi untuk bawa dia berucap. Ya! Rezeki Allah itu maha luas. Dari jalanan, ke
pentas Anugerah juara lagu! Siapa sangka dengan rezeki mereka kan? Setiap manusia
ada kelebihan mereka yang tersendiri. Terpulang pada kita untuk cari dan gilap
kelebihan tu samada menjadikan dia lebih berharga atau biarkan sahaja macam tu.
Lagu lain pun ada kelebihan dan kekuatan mereka yang
tersendiri. Cuma, dekat pentas juara lagu ke 32 (AJL32) nanti, jangan si Wany Hasrita opening lagu dia dengan
cover tak tun tuang sudahlah ye! Hahahaha. Apapun, jumpa nanti dalam pentas
anugerah juara lagu bulan februari 2018 nanti!
0 Comments