Setakat mana usaha anda untuk menjadi jutawan/manusia yang berjaya
Setakat mana usaha
anda untuk menjadi jutawan/manusia yang berjaya | Assalamualaikum &
salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan semua? Harapnya sihat sejahteralah
semuanya. Sekarang ni dah masuk musim hujan kan, jadi kena lebihkan perhatian
kepada kesihatan diri dan juga keluarga. Oklah, hari ini nak berborak mengenai Setakat mana usaha anda untuk menjadi
jutawan/manusia yang berjaya.
Ceritanya, setiap kali Mrejoy bangun awal pagi untuk ke
tempat kerja, perkara pertama yang masuk dalam minda ni adalah, apakah yang aku
buat semalam? Cukup atau tidak usaha aku semalam? Angan-angan setinggi gunung,
tapi usaha aku banyak mana? Apakah sudah cukup usaha aku untuk bergelar seorang
jutawan atau manusia yang berjaya?
Benda yang sama fikir
setiap kali bangun daripada tidur.
Kadang kita penat, usaha macam-macam, dan adakalanya letih. Ada
juga masanya, sibuk melayan anak-anak, kemudian kita letih dan terus tidur. Esoknya
bila bangun tidur, terfikir. Berapa banyak masa yang aku luangkan semalam untuk
buatkan diri aku berada dalam kelompok manusia yang berjaya? Berjaya daripada
segi kehidupan yang lebih selesa.
Zaman sekarang ni, memang tak boleh nak harap 1 pendapatan
sahaja. Kena usaha macam-macam cara supaya pendapatan tu bertambah. Kos
kehidupan semakin bertambah tapi gaji tetap macam tu. Itu yang buatkan ramai
yang tertekan! Termasuklah Mrejoy. Kalau sebelum ni hidup boleh dikatakan
selesa, tapi sekarang dah tak boleh nak selesa dah. Kena berubah.
Join macam-macam bisnes
dropship.
Mrejoy sekarang ada join 1 bisnes dropship. Boleh dikatakan
besar juga pendapatannya sebulan. Tapi itulah, bisnes ni ada turun &
naiknya. Ada masanya, dapat banyak, ada masanya dapat sikit. Itu bisnes. Dan sekarang,
Mrejoy masih berusaha untuk tambah beberapa lagi bisnes dropship. Masih tak
jumpa lagi mereka yang sediakan bisnes dropship ni.
Kalau nak diikutkan, ada je yang bagi peluang untuk jadi
dropship mereka. Tapi Mrejoy nak cari barang-barang premium. Yang kualitinya no
2 terbaik daripada yang asal. Pelangan puas hati, kita lagilah puas hati kan?
Apa pun, masih belum berjumpa dengan mereka yang sediakan perkhidmatan dropship
produk premium ni. Semoga Mrejoy berjumpalah dalam masa yang terdekat ni ya,
insyaAllah, amin.
Setakat mana usaha
anda untuk menjadi jutawan/manusia yang berjaya.
Apa pun, cuba tanya diri kita balik, sejauh mana usaha kita
untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ni. Apakah usaha yang kita buat
dah betul cukup atau perlu berusaha lebih lagi. Jika dah benar-benar cukup tapi
masih belum menemui jalan, bersabarlah, Allah sebaik-baik perancang. Pasti ada
yang lebih baik untuk kita pada masa mendatang. insyaAllah. Semoga maju jaya
kepada semua.
1 Comments
Saya buat dua kerja. satu kerja hakiki dan satu lagi kerja part time. Alhamdulillah boleh la hidup lega sikit berbanding kengkawan yang buat satu kerja.
ReplyDelete