Throwback #2017
Mrejoy | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini adalah hari terakhir
bagi tahun 2017. Satu tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Satu tahun
yang mencabar dan menduga mrejoy. Rasa macam tak sabar je nak habiskan tahun ini
dan mulakan tahun baru 2018 dengan azam dan semangat yang baru.
Apa yang berlaku sepanjang 2017?
Banyak sebenarnya yang berlaku. Dan apa yang pertama muncul
bila sebut tahun 2017 adalah bila mrejoy telah di “banned” daripada 1 laman
carian terkemuka dunia. ini memang 1 pengalaman yang pahit buat mrejoy. Manakan
tidak, bukan setakat kena banned! Mrejoy rugi hampir RM500 dekat situ.
Buat orang lain itu mungkin jumlah yang kecil tapi pada
mrejoy, besar jumlahnya tu. Macam-macam benda boleh buat.
Kemudian, dalam tahun 2017 juga mrejoy telah ditukarkan ke
department yang baru. Satu benda yang mrejoy tak minta tapi dipaksa. Mungkin inilah
sebabnya kenapa ramai yang tak suka bekerja makan gaji ni. Yelah, majikan boleh
buat apa sahaja yang dia suka sebab mereka ada kuasa.
Tanpa ada perbincangan, tahu-tahu suruh tukar department! Memang
stress dan stress itu masih dibawa sehingga sekarang. Yang sebenarnya masih
belum boleh terima perubahan tu dan sehingga kini mrejoy mahu beri 2 pilihan
pada diri mrejoy.
- Samada berubah dan teruskan dengan apa yang telah kita bina selama ini.
- Atau berubah dan memilih kerja yang lebih bagus.
Apa yang menjadikan mrejoy rasa tertekan adalah, bila
melibatkan gaji. Banyak kali juga mrejoy cerita dalam blog sebab benda inilah
yang buatkan kita jadi makin stress. Bayangkan, perkhidmatan selama 10 tahun
dengan gaji basic RM1,600. Dah pasti ramai yang tak percaya kan?
Bekerja di dalam Syarikat swasta diantara terbaik dunia tidak menjanji suatu yang “menyeronokkan”
Apa pun, mrejoy masih berada di dalamnya dan perlu teruskan
apa yang mrejoy perlu buat. Cuma bila mrejoy dah melangkah keluar, barulah kita
boleh cerita lanjut mengenai perkara ini.
Dan bercerita mengenai cabaran dan liku yang berlaku dalam
tahun 2017, ada banyak lagi Cuma 2 perkara ini yang buatkan mrejoy ingat sampai
sekarang.
Harapan 2018.
Memang besar harapan mrejoy untuk tahun 2018. Dah banyak
perancangan dibuat bermula tahun 2018 ni. Antaranya kembali aktif menulis dan
aktif dalam menjana wang online. ceritanya lepas kena banned tu, mrejoy terus
malas nak buat duit online ni, kira kecewa la.
Tapi harapan untuk tahun depan, kita aktif balik la ya. Di
antara perancangan lain, mrejoy nak cuba pula bidang VLOG.
Dah lama sebenarnya nak cuba bidang ini, Cuma masih belum
ada keyakinan lagi. InsyaAllah, tahun depan kita akan cuba dan buat.
Perancangan lain? Nak ubah keseluruhan kehidupan mrejoy. Nak
keluar daripada kehidupan yang selesa dan nak buat banyak perkara baru. Banyak sebenarnya
perkara yang mrejoy takut nak buat, tapi tahun depan, semua benda tu mrejoy nak
cuba buat.
Lain, apa ya?. hmm, ha! Mrejoy nak jadi usahawan online yang
berjaya! Sebelum ni ada buat dropship dan alhamdulilah, income yang mrejoy
dapat dalam 4 angka juga sebulan. Tapi sampai bila kita nak peroleh pendapatan
macam tu kan?
Jadi target mrejoy tahun depan, mrejoy nak buat income 5
angka sebulan hanya dengan bisnes online. insyaAllah, ada usaha pasti ada hasil
dan kejayaan, insyaAllah, amin.
Oklah, rasanya itu sahaja kut apa yang mrejoy inginkan dalam
tahun 2018 ni. Ada banyak lagi perincian lain, tapi cukup setakat itu sahajalah
ye. Kang kita cerita lebih-lebih, takut jadi benda lain pulak kan. Jadi kita
cerita sedikit sahajalah.
Mrejoy dah kongsikan target mrejoy untuk tahun depan. Korang
pula, kongsikanlah apa target korang untuk tahun 2018 ni dekat bahagian komen
ya. Mana tahu boleh masuk dalam target mrejoy juga untuk tahun 2018 ni. hehehe.