Azam 2017 dah tercapai?

Azam 2017 dah
tercapai? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama juga mrejoy tidak
bersiaran dekat sini memandangkan sibuk “menaikkan” blog lain. Menulis memang 1
minat, tapi jika ianya mampu memberikan kita pulangan yang lebih menarik, sudah
tentu kita akan fokus pada yang memberi pulangan kan? Samalah halnya dengan
keadaan Mrejoy sekarang. Buat masa sekarang, mrejoy sedang fokus pada 1 blog
yang insyaAllah, akan memberikan Mrejoy dan keluarga pulangan yang insyaAllah
juga, lumayan. Amin.
Baik. Pagi ni nak berbual tentang Azam. Mesti semua pun ada
azam kan? Nak jadi apa, nak capai apa. Ada orang azam 2017 dia nak
berumahtangga. Ada orang, azam 2017 dia nak kumpul RM50k yang pertama. Ada orang,
azam 2017 dia nak jadi jutawan. Semua orang ada target masing-masing. Persoalannya
sekarang, adakah azam korang tu dah tercapai?
Kalau tanya pada Mrejoy, apakah azam tahun 2017? Jawapannya adalah
tidak jelas. Ha? Tidak jelas? Yup! Mrejoy lupa apa azam tahun 2017 ni. Sebab
macam-macam cabaran mrejoy hadap tahun 2017 ni sampaikan tak sabar2 nak masuk
tahun 2018. Ada 1 masa tu, sampai selalu fikir, eh, kita ni dah nak masuk tahun
2019 kan? ha, nampak tak yang dalam kepala mrejoy ni, selalu fikir yang kita
sekarang dalam tahun 2018?
Bohonglah kalau kata takda azam. Setiap tahun ada, tapi
tahun 2017 ni memang betul-betul mencabar. Sampaikan saat menulis ni pun,
mrejoy sedang berhadapan dengan 1 cabaran. Harapannya agar ianya selesai dengan
cepat. insyaAllah. amin.
Apa pun yang berlaku, kehidupan mesti diteruskan. Hidup kita
ni, jangan sesekali lari dari masalah atau cabaran. Sebab benda itulah yang
sebenarnya buatkan kita jadi lagi bijak.
Mrejoy dah pun setkan target untuk 2018. 1 tahun yang mrejoy
rasakan, permulaan kepada kegemilangan. 1 tahun yang mrejoy rasa, tahun untuk
berubah kepada tahap yang lebih baik. Banyak perancangan yang dah di buat. Dan termasuklah
dengan “nazar”.
Bab nazar ni sebenarnya mrejoy tak suka sangat. Memang kalau
buat apa pun, mrejoy tak suka nak bernazar, tapi kali ini, kalau dapat 1 target
ni, mrejoy dah bernazar nak botakkan kepala. Walaupun tahu, yang muka ni tak
sesuai langsung kalau botak, tapi mrejoy nak jugak botak memandangkan kali
terakhir rambut ni botak adalah pada tahun 2000.
Dan setakat ini, baru 2 kali dalam hidup mrejoy botakkan kepala (tak termasuk waktu kecik dulu la)
Apa pun, Mrejoy doakan kita semua berjaya capai target yang
kita dah setkan ya. Jika tak berjaya capai, kena cari tahu di mana silapnya. Dan
betulkan semula dan berusaha untuk capai kembali. Semoga tahun 2018 adalah
tahun kejayaan buat semua, insyaAllah, amin.
0 Comments