Stress! Buat kesilapan yang sama berulang kali

Stress! Buat kesilapan yang
sama berulang kali | Assalamualaikum & salam sejahtera. Lama dah tak
menulis kat sini. Semuanya sebab fokus pada membangunkan blog baru. Yang tujuannya
tak lain tak bukan, memberikan pendapatan sampingan dan mungkin 1 hari nanti,
memberikan pendapatan utama kepada pemiliknya, insyaAllah. Ok. Baik! Hari ini
nak cerita sedikit, perihal diri Mrejoy yang kerap kali lakukan kesilapan yang
sama berulang kali yang mana akhirnya memakan emosi diri.
Bila dah jadi macam ni, memanglah mrejoy akan rasa tertekan.
Yelah, kalau benda baru, kita tak heran sangatlah kan, sebab kita takda
pengalaman lagi. Tapi benda dah buat banyak kali dan tetap juga buat kesilapan,
itu yang boleh jadikan kita stress sangat-sangat!
Ceritanya macam ni, minggu lepas, hari jumaat, awal pagi. Mrejoy
ada buat 1 transaksi (agak besar juga jumlahnya). Yang sebenarnya, tiada
masalah pun sebelum ni, kalau buat pagi, tengahari macam tu dah masuk dalam
akaun.
Tapi disebabkan 1 kesilapan kecil, yang mana Mrejoy dah tahu
dah pasal benda tu, Cuma hari tu ada malas sikit yang membuatkan transaksi tu
tergendala seketika dan sehingga kini, ianya masih belum masuk ke dalam akaun. Benda
ni memang buat kita jadi stress sebab jumlahnya banyak! Kalau nilai dia kecik,
memang kita malas nak fikir.
Yang sebenarnya, memang Mrejoy akui, mrejoy ni bukan jenis
yang detail dan kadang-kadang memang terlepas pandang. Semuanya sebab nak cepat
hari tu, jadi semua benda dalam tergesa-gesa. Dan sebab nak sangat cepat,
akhirnya semua benda jadi lambat!
Kena pula, sabtu ahad tiada orang yang bekerja. Jadinya terpaksa
tunggu hari isnin untuk settlekan benda ni. Dan walaupun dah tahu sabtu ahad tak
ada orang, mrejoy still jugak check akaun mana tahu, ada keajaiban. Nampak tak
gaya orang stress macam mana? Dah tahu benda tak ada, nak jugak check. Hmm.
Apa pun, rasanya dah banyak kali jugak Mrejoy sent email
pada orang yang berkenaan. Mesti dia sakit hati sebab dapat banyak email benda
yang sama. Tak kisahlah dia nak cakap apa kan? Yang penting, duit mrejoy dapat
semula. Ok. rasanya nak kongsikan pasal perkara tu je. Harapnya korang
janganlah jadi macam Mrejoy ya! J
1 Comments
Semoga lepas ni tak adalah buat kesilapan yang terlalu berulang kali. hehe
ReplyDelete