Drama seram tapi tak seram dalam slot seramedi terbaru : Kisah yang hilang
Drama seram tapi tak
seram dalam slot seramedi terbaru : Kisah yang hilang | Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Selepas kejayaan drama misteri wan peah, rasanya belum ada
lagi drama yang buatkan anak-anak Mrejoy berbaris depan TV. Memang betul lah,
drama wan peah ni berhantu. Sampaikan anak-anak mrejoy asyik bercakap pasal
drama ni je. Dan yang terbaru (baru episode kedua) drama Kisah yang hilang
kembali “menghantui” malam isnin hingga rabu anda!
Semalam Mrejoy ada ajak anak-anak mrejoy tengok drama
terbaru seramedi TV3 ni. Anak yang sulung macam biasalah, ini cerita hantu ke
ayah? Di ulangnya banyak kali. Anak yang kedua, kadang ada ayat dia yang aku
sendiri tak faham. Hahaha. masih pelat lagi. Yang ketiga, memang tak boleh nak
berajak lah. Sebab keje nak melekat dengan ibu dia je.
Pandangan awal mrejoy mengenai drama kisah yang hilang ni.
Seram tapi tak seram. Yelah, dah nama pun seramedi kan? Tapi mampu buatkan
mrejoy ketawa! Epy kodiang ni memang tak mengecewakanlah. Dia kalau ada dalam
satu-satu drama tu, kalau drama seram betul pun boleh jadi drama seram lawak. Hahaha.
Cuma semalam kisah hantu kum kum. Bila dengar part dia bagi
salam tu, ada sikit “getar” dalam hati la. Sebab ada kisah di sebalik bagi
salam ni. Itu mrejoy tak mahu lah cerita dalam blog ni. Cerita-cerita seram
memang tak akan dikongsikan dekat sini walaupun banyak sebenarnya cerita tu. Kalau
nak kongsikan pun, kena buat blog baru la. Hehehe.
Sinopsis kisah yang hiang TV3.
Orait! kisah yang hilang ni cerita pasal Fatah Aqil (lakonan
Izzue islam). Dia ni seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal
dekat malaysia ni sampaikan ada karya dia dijadikan filem. Ada 1 hari ni, dia
pergi tengok movie seram dan daripada situ, timbul hajat dia nak tulis novel
seram pulak.
Tapi disebabkan dia ni kekurangan idea mengenai genre seram,
dia pun angkat kaki, mengembara ke sebuah kampung yang bernama kampung sungai
ajal. Dan dekat kampung ni, dia berkenalan dengan sabri, asmat dan johan.
Ahha. Selain daripada 3 orang ni, si Aqil ni ada kenal juga
dengan seorang gadis cantik manis diberi nama, Suri Bakawali. Dan dengan
bantuan daripada mereka, si Aqil ni mulalah mengumpulkan cerita seram yang ada
dekat kampung ni.
Nak dijadikan cerita, laptop yang aqil nak guna untuk tulis
cerita seram ni pulak rosak! Biasalah kan, tak seramlah kalau semuanya ok je. Kadang
tension juga, tapi bak kata wife, dah director suruh jadi macam tu. Nak buat
macam mana kan? Hahaha.
Disebabkan laptop rosak, si suri ni bagilah pinjam mesin
taip lama peninggalan atuk dia. Cerita dia, si aqil ni tak perasaan apa-apa pun
kat kampung ni, tapi lama-lama, dia macam perasan ada banyak benda aneh berlaku
dekat sini.
Dan bermula daripada situ, bermacam episode seram dan
kelakar (pada mrejoy) berlaku. Dan kalau nak tahu apa kisah selanjutnya yang
berlaku, kenalah tonton Kisah yang hilang dalam slot seramedi terbaru TV3
setiap hari isnin hingga rabu ya! hehe.
0 Comments