Petanda akhir zaman semakin dekat?

Petanda akhir zaman
semakin dekat? | Assalamualaikum & salam sejahtera. Baru-baru ni Mrejoy
ada tengok 1 video dekat youtube mengenai cerita seorang ustaz tentang di
antara tanda-tanda akhir zaman yang semakin jelas. Yang sebenarnya,
petanda-petanda kecil tu memang dah ada dekat sekeliling kita ni, tapi bila
tengok video tu, rasa makin takut pulak. Sebagai seorang yang belum cukup
serba-serbi ni, haruslah kita menjadi takut kan?
Kisah 3 putera raja yang berperang sesama sendiri.
Awal pagi tadi, mrejoy berkesempatan untuk jalan-jalan ke
blog rakan-rakan blogger. Dan di antara bacaan yang menarik perhatian adalah
mengenai tulisan tuan amir denaihati yang bertajuk Rahsia 3 putera akhir zaman.
Alkisahnya, samada semua perasan atau tidak, dekat arab Saudi
sekarang ni, memang ada krisis di antara anak-anak raja. Putera mahkota arab Saudi
yang baru dilantik, Putera Mohammad Bin Salman bagi menggantikan Putera
Muhammad bin Nayef. Putera mahkota ni, kira orang kedua terbesar dekat arab Saudi
selepas raja arab Saudi sekarang, raja salman.
Selepas sahaja di lantik, Mohammad Bin Salman terus buat
tindakan drastik dengan mengarahkan tentera untuk menangkap beberapa kerabat
diraja, menteri, timbalan menteri atau sesiapa sahaja yang dirasakan terlibat
dengan aktiviti rasuah! Dan ada beberapa kerabat diraja yang terbunuh kerana dikatakan
bertempur dengan tentera kerajaan.
Ada yang mengatakan, tindakan Mohammad Bin Salman ni sebenarnya bukan tindakan untuk menghapuskan aktiviti rasuah sebaliknya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai putera mahkota arab Saudi.
Mungkin ada yang tak mahu ambil kisah mengenai hal ini,
kerana bukan berlaku dekat negara kita pun kan? Tapi cuba baca dan faham hadis
dekat bawah ni:
Dari Tsauban bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelak tiga orang akan berperang dekat perbendaharaan kalian ini (iaitu Kaabah), dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, mereka lantas memerangi kalian dengan peperangan sengit yang sama sekali belum pernah dilakukan kaum mana pun. Jika kalian melihatnya, maka berbai’ahlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salju, kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4074)
Daripada apa yang mrejoy tengok dan faham melalui video yang
ditonton di youtube. Dan penerangan ini adalah berdasarkan apa yang mrejoy
jelas adalah:
Di antara petanda kemunculan mahdi adalah, bila ada 3
putera raja yang berperang sesama sendiri. Waktu tu, perang yang berlaku memang
dasyat. Kemudian dalam 1 waktu solat tu, sewaktu imam nak baca khutbah, imam
terus pengsan. Kemudian sedar/atau ada orang lain nak baca, pun sama, pengsan!
Kesudahannya bangun seorang lelaki dan terus menyampaikan
khutbah. Semua orang yang dengar waktu tu terus berbaiah dengan dia. Dan
perkara ni sampai ke pengetahuan raja ketika itu. Raja yang dengar terus
berikan arahan untuk menangkap lelaki yang bagi khutbah ni.
Dalam perjalanan nak tangkap tu, berlaku 1 kejadian yang
mana semua tentera tengelam kecuali ada beberapa orang yang terselamat. Dan mereka
pulang ke istana dan beritahu raja, Mahdi dah muncul! Mahdi dah
muncul. Dan kata ustaz tu, bila kita dengar berita macam ni, bergeraklah semua
orang dan pergilah kepada dia walaupun terpaksa merangkak di atas ais!
Bila tengok video ustaz tu, terus rasa takut! Macam yang
Mrejoy beritahu awal tadi, sebab rasa diri ni macam tak cukup serba serbi. Katanya
tanda tu semakin jelas. Jadi Mrejoy kongsikan dekat sini agar dapatlah kita
beringat sesama kita. Kadang bukan apa, kita lalai dengan kehidupan dunia ni
sampai tak nampak apa yang dah berlaku.
Jadi, sekarang dah tahu kan nak buat apa?
1 Comments
ya allah takutnya. semoga kita semua mendapat pengakhiran yg baik
ReplyDelete