Selamat datang musim persekolahan baru 2018.

Selamat datang musim
persekolahan baru 2018 | Assalamualaikum & salam sejahtera. Tinggal 2
hari sahaja lagi kita bakal memasuki tahun baru 2018. Dan sekarang ni, adalah
waktu yang sangat sibuk buat ibubapa di dalam menyediakan persiapan
persekolahan anak-anak mereka. Ada yang suka buat persiapan awal, ada yang suka
last minit. Ikut pada keselesaan masing-masing.
Gelagat musim pertama persekolahan anak-anak.
Apa yang mencuri tumpuan adalah bila tengok anak-anak yang
baru memulakan musim persekolahan. Maksudnya yang baru masuk darjah 1 la. Macam-macam
ragam. Yang menangis lah. Nak ibubapa kena tunggu sampai habis sekolah lah. Macam-macam.
Tak kurang juga yang steady je sampai habis sekolah.
Anak mrejoy baru nak masuk 5 tahun. Kira nya ada lagi 2
tahun nak masuk darjah 1. Kalau sekarang, dia adalah pencetus “kebisingan”, “kesepahan”
“kemarahan si ibu” lagi 2 tahun, mungkin rumah akan sunyi waktu pagi. Mungkin (mungkin
ya) si isteri akan kurang sikit “membebel” di rumah. hahaha.
Kadang mrejoy tak boleh nak marah bila mulut wife ni
bercakap je. Kita tak faham macamana penatnya dia dekat rumah tu nak jaga 3
orang anak. Letih weh. Cuba bayangkan mereka yang ada 5 orang anak. 7 orang
anak. Atau lebih daripada itu? Penat dia lain macam!
Cumanya, selalulah mrejoy cakap dengan wife, waktu mereka
kecil ni, kita akan marah anak-anak. Diarang buat sepah, main kemudian kotorkan
rumah, bising. Tapi sampai 1 masa, kita akan berdua je dekat rumah ni. Suara
yang dulunya buat bising dah tak ada. Rumah yang sepah-sepah dulu dah tak ada.
Memang penat nak besarkan anak-anak, tapi itu adalah anugerah, pengalaman
paling bernilai dalam hidup kita. J
Berbalik semula dengan cerita permulaan tahun baru persekolahan
2018 ni, bila tengok anak-anak orang beli beg, beli buku, anak-anak mrejoy pun
nak juga. adeh! Sebenarnya, dari awal dulu pun sama. Setiap tahun akan beli beg
dan buku (buku mewarna la) untuk anak-anak mrejoy. Tapi macam biasalah mereka,
semangat awal-awal, kemudian beg kemana, buku pun kemana.
Tapi seronoklah tengok anak-anak macam tu. Bila mereka
tunjuk minat nak ke sekolah, kita pun kenalah support. Kang kalau tak support,
nanti boleh jadi tak mahu ke sekolah pulak (harap tak macam tu lah kan).
Guru rotan atau mencederakan pelajar.
Bila masuk bab cikgu rotan dan cederakan anak murid. Cedera itu
maksudnya teruk. Macam rotan sampai berbirat teruk atau berdarah. Mendatangkan kecederaan
contoh, pukul dengan anggota tubuh hingga menyebabkan cedera yang teruk. Macam telinga
pekak, tangan patah atau sebagainya.
Dalam perkara ini, pendapat mrejoy Cuma, tidak salah cikgu
nak rotan. Sebab dulu pun mrejoy selalu kena rotan. Bukan dekat tangan je,
dekat kepala pun ada. hahaha. Tapi rotan itu sebagai tanda ingatan sahaja.
Tapi jika rotan itu menyebabkan kecederaan yang teruk,
mrejoy awal-awal tak setuju. Jika sampai teruk sangat tu, rasanya dah bukan
sebagai ingatan. Mrejoy rasa itu dah masuk bab emosi. Dalam tajuk pengajaran,
kalau bab emosi, itu bukan nak mengajar dah tu, itu dah macam nak balas dendam.
Cikgu yang mengajar juga manusia kan? Mrejoy tak salahkan
cikgu, tapi pastinya mereka juga punya masalah peribadi. Bukan semua, bukan
semua cikgu macam ini ya, tapi berdasarkan pengalaman sendiri waktu sekolah
dulu, ada cikgu yang mengalami masalah peribadi, kemudian berhadapan dengan
masalah murid. Dan akhirnya, lepaskan semua kemarahan pada murid.
Mrejoy bukan nak kata cikgu salah ya. Tak boleh kata macam
tu sebenarnya. Sebab beban mereka besar dalam mendidik anak-anak kita. Tapi
harapan itu, biarlah hukuman yang diberi adalah dalam bentuk pengajaran dan
ingatan. Bab itu tidak ada masalah.
Oklah, rasanya cukup setakat itu sahaja cerita bab
persekolahan ni. Nak cerita lebih-lebih, anak pun tak sekolah lagi. Bila dah
sekolah nanti, barulah boleh cerita panjang dengan harapan orang tak bosan
membacanya. Hehehe. oklah! Selamat memulakan musim persekolahan baru 2018 untuk
semua!
0 Comments