Throwback #2017 Mrejoy

by - December 31, 2017

throwback 2017

Throwback #2017 Mrejoy | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2017. Satu tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Satu tahun yang mencabar dan menduga mrejoy. Rasa macam tak sabar je nak habiskan tahun ini dan mulakan tahun baru 2018 dengan azam dan semangat yang baru.

Apa yang berlaku sepanjang 2017?


Banyak sebenarnya yang berlaku. Dan apa yang pertama muncul bila sebut tahun 2017 adalah bila mrejoy telah di “banned” daripada 1 laman carian terkemuka dunia. ini memang 1 pengalaman yang pahit buat mrejoy. Manakan tidak, bukan setakat kena banned! Mrejoy rugi hampir RM500 dekat situ.

Buat orang lain itu mungkin jumlah yang kecil tapi pada mrejoy, besar jumlahnya tu. Macam-macam benda boleh buat.

Kemudian, dalam tahun 2017 juga mrejoy telah ditukarkan ke department yang baru. Satu benda yang mrejoy tak minta tapi dipaksa. Mungkin inilah sebabnya kenapa ramai yang tak suka bekerja makan gaji ni. Yelah, majikan boleh buat apa sahaja yang dia suka sebab mereka ada kuasa.

Tanpa ada perbincangan, tahu-tahu suruh tukar department! Memang stress dan stress itu masih dibawa sehingga sekarang. Yang sebenarnya masih belum boleh terima perubahan tu dan sehingga kini mrejoy mahu beri 2 pilihan pada diri mrejoy.

  1. Samada berubah dan teruskan dengan apa yang telah kita bina selama ini.
  2. Atau berubah dan memilih kerja yang lebih bagus.

Apa yang menjadikan mrejoy rasa tertekan adalah, bila melibatkan gaji. Banyak kali juga mrejoy cerita dalam blog sebab benda inilah yang buatkan kita jadi makin stress. Bayangkan, perkhidmatan selama 10 tahun dengan gaji basic RM1,600. Dah pasti ramai yang tak percaya kan?

Bekerja di dalam Syarikat swasta diantara terbaik dunia tidak menjanji suatu yang “menyeronokkan”

Apa pun, mrejoy masih berada di dalamnya dan perlu teruskan apa yang mrejoy perlu buat. Cuma bila mrejoy dah melangkah keluar, barulah kita boleh cerita lanjut mengenai perkara ini.

Dan bercerita mengenai cabaran dan liku yang berlaku dalam tahun 2017, ada banyak lagi Cuma 2 perkara ini yang buatkan mrejoy ingat sampai sekarang.

Harapan 2018.

Memang besar harapan mrejoy untuk tahun 2018. Dah banyak perancangan dibuat bermula tahun 2018 ni. Antaranya kembali aktif menulis dan aktif dalam menjana wang online. ceritanya lepas kena banned tu, mrejoy terus malas nak buat duit online ni, kira kecewa la.

Tapi harapan untuk tahun depan, kita aktif balik la ya. Di antara perancangan lain, mrejoy nak cuba pula bidang VLOG.

Dah lama sebenarnya nak cuba bidang ini, Cuma masih belum ada keyakinan lagi. InsyaAllah, tahun depan kita akan cuba dan buat.

Perancangan lain? Nak ubah keseluruhan kehidupan mrejoy. Nak keluar daripada kehidupan yang selesa dan nak buat banyak perkara baru. Banyak sebenarnya perkara yang mrejoy takut nak buat, tapi tahun depan, semua benda tu mrejoy nak cuba buat.

Lain, apa ya?. hmm, ha! Mrejoy nak jadi usahawan online yang berjaya! Sebelum ni ada buat dropship dan alhamdulilah, income yang mrejoy dapat dalam 4 angka juga sebulan. Tapi sampai bila kita nak peroleh pendapatan macam tu kan?

Jadi target mrejoy tahun depan, mrejoy nak buat income 5 angka sebulan hanya dengan bisnes online. insyaAllah, ada usaha pasti ada hasil dan kejayaan, insyaAllah, amin.

Oklah, rasanya itu sahaja kut apa yang mrejoy inginkan dalam tahun 2018 ni. Ada banyak lagi perincian lain, tapi cukup setakat itu sahajalah ye. Kang kita cerita lebih-lebih, takut jadi benda lain pulak kan. Jadi kita cerita sedikit sahajalah.

Mrejoy dah kongsikan target mrejoy untuk tahun depan. Korang pula, kongsikanlah apa target korang untuk tahun 2018 ni dekat bahagian komen ya. Mana tahu boleh masuk dalam target mrejoy juga untuk tahun 2018 ni. hehehe.



You May Also Like

0 Comments