facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Highest Google Adsense Earners

10 laman web dengan pendapatan Adsense paling tinggi 2017 (Highest Google Adsense Earners)| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adsense! Salah satu cabang buat duit USD yang paling terkenal. Pasti ramai yang menginginkan 1 full account adsense kan? Oklah. Bercakap memang mudah. Tapi nak buat duit dengan adsense ni mudah ke? Jawapannya sudah tentu mudah jika kita tahu caranya. Ibarat kita buka kunci mangga dengan hanya menggunakan 1 kunci sahaja. faham ke faham?

Oklah. Hari ini aku bukan nak kongsikan macamana cara nak buat duit usd ni (Make money with adsense) tapi aku nak kongsikan dengan korang semua 10 laman web dengan pendapatan Adsense paling tinggi 2017! (Highest Google Adsense Earners) Mesti korang nak tahu berapa income mereka sebulan kan? Jom lanjutkan bacaan!

10 laman web dengan pendapatan Adsense paling tinggi 2017. (Highest Google Adsense Earners)


#10. http://www.shoemoney.com/.

Shoemoney adalah sebuah blog tentang cara buat duit di internet, termasuk penjualan iklan secara langsung dan pemasaran. Laman web ini juga ada menyediakan 1 ruangan yang mana mereka membenarkan pengunjung memperlihatkan iklan mereka di ebay.

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense) : MYR 662,197.61!
Pelawat unik harian: Melebihi 1 juta

#09. http://digg.com/

Digg adalah sebuah laman web tentang cerita semasa,teknologi, sains dan pelbagai perkongsian lain.

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense)  : MYR 779,002.88!
Pelawat unik harian: Melebihi 3.1 juta

#08. http://www.businessinsider.com/

BusinessInsider, sebuah laman web yang berkongsikan cerita mengenai perniagaan dan yang berkaitan dengannya. Juga memiliki laman web versi malaysia.

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense)  : MYR 779,002.88!
Pelawat unik harian: Melebihi 4.5 juta

#07. http://perezhilton.com/

Sebuah laman web gossip artis dan segala perihal tentang selebriti. Wah! Menarik juga kan ni. Niche artis ni betul-betul boleh buat duit online! Hehehe.

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense)  : MYR 1,168,663.73!
Pelawat unik harian: Melebihi 1.7 juta

#06. https://techcrunch.com/

Sebuah laman blog tentang teknologi.

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense)  : MYR 1,168,663.73!
Pelawat unik harian: Melebihi 5 juta

#05. https://www.pof.com/

Tahu ini laman web apa? Ini laman web dating! Uhhh! POF atau PlentyOfFish adalah sebuah laman web dating yang sangat popular dan boleh didapati dengan 9 bahasa! Hmm, laman web dating ye! Pun boleh buat duit dengan adsense?

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense)  : MYR 2,531,960.57!
Pelawat unik harian: Melebihi 3 juta

#04. https://forums.digitalpoint.com/

Ini adalah sebuah forum yang banyak membantu blogger dan peniaga online dan segala yang berkaitan dengannya.

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense)  : MYR 1,947,777.16!
Pelawat unik harian: Melebihi 3 juta

#03. http://www.ehow.com/

Sebuah laman web tentang semua perkara! Cara memasak, cara menjahit, DIY! Macam-macam!

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense)  : MYR 3,116,444.55!
Pelawat unik harian: Melebihi 3.9 juta

#02. https://mashable.com/

Mashable ini adalah sebuah laman web tentang teknologi dan berita mengenainya, ada juga review yang dibuat.

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense)  : MYR 5,064,035.45!
Pelawat unik harian: Melebihi 5 juta

#01. https://www.wikihow.com/

Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi laman web wikihow ni. sebuah laman web yang boleh dikatakan semua ada. Nak cari apa benda pun, rasanya ada dalam wikihow ni. dan tak hairanlah kalau laman ini menduduki tempat pertama dalam senarai 10 laman web dengan pendapatan Adsense paling tinggi 2017.

Anggaran pendapatan bulanan (Adsense)  : MYR 6,232,585.89!
Pelawat unik harian: Melebihi 15 juta!

Oklah, inilah senarai 10 laman web dengan pendapatan adsense paling tinggi bagi tahun 2017! Kalau tentok pada pendapatan bulanan! Ya! pendapatan bulanan dia, rasa macam wow sangat! Tapi untuk capai ke tahap itu, bukanlah semudah seperti apa yang disangka ya!

Nak buat duit dengan adsense ni akan jadi mudah kalau kita tahu niche yang betul dan keyword yang paling mahal! Bila kita tahu semua tu, insyaAllah, duit USD akan masuk seperti air dalam akaun kita. hehehehe.

malaysia Outdoor wedding Venues

7 lokasi “Outdoor wedding Venues” yang tersangat cantik di Malaysia! | Sebelum nak teruskan cerita mengenai lokasi “Outdoor wedding Venues” yang tersangat cantik di Malaysia ni, nak juga ucapkan tahniah pada Penyanyi cantik, Yuna yang dah selamat diijabkabulkan dengan jejaka handsome, adam Sinclair. Kalau korang perasan, sewaktu majlis penikahan mereka, lokasi yang digunakan tu tersangatlah cantik. Pasti ada yang tertanya-tanya, dekat mana lokasi ni kan? ahha! Majlis pernikahan yuna dan adam telah di buat di Puncak Rimba, Bentong Pahang!

Oklah. Yang sebenarnya, banyak lokasi menarik dan tentunya cantik dekat malaysia ni untuk mereka yang merancang ingin membuat majlis perkahwinan secara terbuka (Outdoor wedding). Dan berikut adalah lokasinya (Klik pada lokasi untuk pautan pada laman web lokasi) :

#1. Gita Bayu, Seri Kembangan, Selangor.


malaysia Outdoor wedding Venues

malaysia Outdoor wedding Venues

#2. Tanarimba, Janda Baik, Pahang

malaysia Outdoor wedding Venues

malaysia Outdoor wedding Venues

#3. Puncak Dani, Genting, Pahang

malaysia Outdoor wedding Venues

malaysia Outdoor wedding Venues

#4. The Haven Ipoh

malaysia Outdoor wedding Venues

malaysia Outdoor wedding Venues

malaysia Outdoor wedding Venues

#5. Tanjung Rhu Resort, Langkawi, Kedah.

malaysia Outdoor wedding Venues

malaysia Outdoor wedding Venues

malaysia Outdoor wedding Venues


#6. Glasshouse, Seputeh

malaysia Outdoor wedding Venues

malaysia Outdoor wedding Venues

#7. Sangkot garden.

malaysia Outdoor wedding Venues

malaysia Outdoor wedding Venues

Rezeki masing-masing

Rezeki masing-masing | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis hari ini. Mulanya azam tahun baru 2018 nak rajin update blog, tapi apakan daya, bila kita cuti kerja sahaja, blog pun bercutilah, apa nak dikatakan? Apa pun, cuti-cuti pun, yang sebenarnya aku sibuk setup bisnes baru. insyaAllah, semoga Allah permudahkan semua urusan dan usaha kita untuk berubah kearah yang lebih baik ya! insyaAllah.

Oklah, hari ni nak cerita pasal rezeki masing-masing. Setiap daripada kita ni sebenarnya dah ditetapkan rezeki. Sejak dalam kandungan lagi, rezeki kita dah ada. Tapi itu tak bermakna, kita sekadar duduk dan tadah je! Kenalah berusaha. Agama kita mengajar kita untuk terus berusaha dan berusaha kan. Jadi, janganlah hanya mengharap sahaja ya.

Ada orang yang rezekinya tersangat mudah. Ada sahaja rezeki yang datang padanya. Ada orang yang rezekinya sangatlah berat! Buat macam-macam, semua tak jadi. Ada yang usaha untuk sampai ke puncak, namun bila berada di tengah-tengah, terus jatuh. Kemudian usaha lagi, jatuh lagi, dan macam itulah seterusnya.

Allah dah tetapkan rezeki setiap hambanya.

Kenapa kadang kita nampak, orang usaha banyak, tapi payah sangat rezeki nak masuk. Tapi ada yang usaha dia sedikit sahaja, tapi rezeki melimpah ruah. Kadang benda ni yang buatkan macam-macam fitnah timbul. Bila nampak benda macam ni, mulalah kita nak fikir yang bukan-bukan. Kata orang pakai pelaris lah, kata orang tarik duit lah, kata orang tipu duit orang lah, macam-macam.

Manusia biasalah. Mereka tak nampak usaha disebalik mereka yang berjaya tu. Yang mereka nampak, benda buruk sahaja. Usaha dah sama, buat benda yang sama, kenapa masih belum berjaya? Kenapa susah sangat rezeki tu nak masuk.

Benda yang orang tak nampak.

Kadang kita tak tahu apa yang dia buat disebalik kejayaan mereka. Mungkin dalam kita sedang nyenyak tidur, dia sedang menangis bersama yang maha esa. Mungkin dalam RM100 yang diterimanya, hanya sedikit yang diambil dan selebihnya dihadiahkan kepada mereka yang memerlukan.

Mungkin dalam kita sedang kenyang makan, dia sedang berlapar kerana berpuasa. Mungkin dalam kita sibuk mencari restoran yang sedap-sedap, dia sedang sibuk mencari mereka yang kelaparan. Mungkin dalam kita sedang bercakap tentang keburukan orang, dia sedang berzikir menyebut nama Allah.

Pendek kata, kita tak tahu apa yang orang lain buat sebab kita tak nampak. Ada masanya kita takut nak keluarkan duit yang kita ada sebab mungkin pada kita ianya cukup-cukup untuk kita. Tapi tak semua tahu, yang sedekah itu sebenarnya membanyakkan lagi rezeki kita.

Usaha sahaja tidak cukup kalau tidak dengan keberkatan. Berkat itu penting. Bukan setakat bersedekah sahaja. Malahan berkat dengan kedua ibubapa kita. Cuba tengok balik diri kita. Kadang dengan kawan-kawan sendiri, kita mudah je keluarkan duit.

Tak apa, aku bayarkan!

Bila makan, kita ada duit lebih, mudah je kita belanja kawan-kawan. Mungkin sebab kenangkan mereka pernah tolong kita. Atau mungkin ringan tulang nak bantu kawan-kawan yang sedang dalam kesusahan. Tapi kadang kita lupa, mak ayah yang dekat kampung tu. Mereka makan apa. Kenyang atau tidak mereka. kalau mereka susah, senang ke kita nak tolong mereka? Tanya balik diri kita ni.

Hidup ni memang kena berusaha. Bekerja. Tapi kena selalu ingat. Hubungan dengan yang maha esa kena jaga. Kena rajin bersedekah dan bantu orang. insyaAllah, Allah bantu kita. bersedekah tak akan buatkan kita jadi miskin. Solat jaga. Hubungan kekeluargaan kena jaga. Hubungan sesama manusia kena jaga. insyaAllah, semua benda jadi mudah!

Kalau korang dah berusaha, tapi masih rasa berat lagi rezeki nak masuk. Cuba lihat kembali. Apakah korang terlalu memikirkan kekayaan dunia sehingga mengabaikan yang lainnya. Tepuk dada dan tanya hati. Ikhlas dalam setiap perkara, insyaAllah, dipermudahkan. Amin.

Bahaya minum minuman 3 in 1

Bahaya minum minuman 3 in 1 yang tak ramai orang tahu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa pengemar minuman 3 in 1 dekat sini? Jangan kata oranglah, aku sendiri pun suka juga kadang-kadang tu minum 3 in 1, semuanya sebab cepat. Yelah, ada masanya kita mungkin agak malas nak bancuh air kan? Jadi jalan penyelesaiannya adalah, minuman 3 in 1.

Kalau dekat office lagi best, ada macam-macam jenis. Nescafe ada, milo ada, kopi ada, teh tarik ada, macam-macam. Kena pula time rehat, nak juga kena biskut cicah air panas, atau ada bawa bekal, nak juga kena kopi secawan kan?

Susah nak jumpa yang bancuh. Hampir kesemua pantry yang ada dekat office, memang sediakan minuman 3 in 1. Jadi, boleh katakan hampir setiap hari kita akan minum minuman 3 in 1 ni. Samada kita sedar atau tidak yang ianya sebenarnya tidak bagus untuk tubuh kita? Dan jika diambil terlalu kerap, ianya boleh memudaratkan kita?

Bahaya minum minuman 3 in 1 yang tak ramai orang tahu.

  • Diantara kesan terbesar yang bakal dihadapi adalah saluran arteri darah kita boleh tersumbat dan beri kesan pada jantung dan boleh mengakibatkan angin ahmar! Kalau mereka yang sedia ada masalah diabetis, minuman 3 in 1 ini akan beri kesan yang lebih buruk kepada penyakit korang! bahaya kan?
  • Ok, nak tahu apa lagi keburukan minuman 3 in 1 ni? Berikut adalah kesan-kesannya pada tubuh kita:
  • Setiap paket minuman 3 in 1 ini mengandungi lebih daripada 3 sudu teh gula!
  • Menggunakan krim bukan tenusu (yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit) yang mana ianya adalah sejenis lemak tepu! Dan sangat berbahaya kepada kesihatan.
  • Ianya juga mengandungi kafein yang menyebabkan kita mudah rasa berdebar.
  • Setiap paket minuman 3 in 1 ini juga mengandungi 200 kalori. Jadi cuba bayangkan mereka yang ambil lebih daripada 1 paket sehari? Uhh! Ini akan menyumbang kepada masalah kegemukan!
  • Dan jumlah 200 kalori tu bersamaan dengan sepingan nasi. Dan kalau korang dalam proses tak makan nasi, sebab berdiet. Tapi dalam masa yang sama minum 3 in 1. Sia-sialah usaha korang tu ye.

Apa pun, bukanlah kata minuman ini sangat bahaya. Nak ikutkan bahaya, ada banyak lagi makanan bahaya dekat sekeliling kita ni. Cumanya, kadar pengambilan tu kenalah hadkan. Macam aku, aku suka minum nescafe. Tapi bila bancuh air tu, aku tak bancuh penuh, sebaliknya aku bancuh separuh je. Memang rasa tawar dan tak pekat. Tapi tetap juga nescafe kan? hehehe. 

geng basikal lajak
sumber mymetro

Basikal lajak : Trend yang mengundang bahaya | Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi tadi sewaktu sarapan, ada 1 segmen dalam malaysia hari ini. Cerita pasal basikal lajak. Basikal lajak ni kira trend budak-budak sekarang la. Pergilah mana-mana pun, mesti nampak basikal ni. Daripada jenis yang biasa hinggalah kepada yang luar biasa. Basikal lajak ni direka untuk dibawa dengan kelajuan cahaya!

Kenapa Basikal lajak : Trend yang mengundang bahaya?

Kenapa aku kata basikal ini mengundang bahaya? Dan kenapa juga aku cakap kalau bawa basikal ni, kena kelajuan cahaya? Pernah tengok macamana budak-budak ni bawa basikal lajak. Mereka kebanyakkannya akan pilih laluan berbukit. Kayuh sampai atas, kemudian turun gaya superman sampai bawah.

Apa keseronokan dan risiko yang bakal di hadapi?

Seronoknya bila sampai bawah dan dapat no 1 la (mungkin). Yang tak seronoknya, kalau terbabas ke dalam semak. Atau mungkin berlaga sesama sendiri dan terjatuh yang akibatkan kecederaan. Atau mungkin teruk lagi, bertembung dengan kenderaan seperti motosikal ataupun kereta.

Aku sendiri kerap berhadapan dengan benda ni. Ada 1 lorong belakang, kiranya jalan singkat untuk ke taman sebelah. Jalan berbukit. Laluan Hanya muat untuk 1 buah kereta sahaja. kita memandu daripada bawah. Bila sampai di pertengahan jalan, nampak 1 group basikal lajak, baik punya tengah superman atas basikal masing-masing.

Tahu apa yang aku buat?

Aku berhentikan kenderaan. Tidak ke tepi, tapi di tengah-tengah jalan. Maka berseleraklah mereka. Mana mungkin aku ke tepi sebab sebelah tu parit kecil. Kalau kenderaan aku masuk dalam parit tu, sapa nak tolong? Kalau aku sendiri, boleh lagi, tapi dengan keluarga dengan anak kecil dalam tu. Jadi jalan terbaik, berhentikan sahaja kenderaan.

geng basikal lajak
Sumber The star Graphics

Ada yang lebih advance, mereka main area jalan besar. Jalan yang banyak kenderaan lebih besar! Tidakkah ianya bakal mengundang bahaya? Ini bukan cakap kosong ya! Boleh je tengok dekat youtube ataupun facebook. Banyak yang kongsikan video geng basikal lajak ni.

Kena yang menghormati orang tua, rasa marah tu hilang la. Alangkan kalau ada yang buat silap atas jalan raya, mereka angkat tangan tanda mohon maaf pun kita dah rasa sejuk hati kan? Tapi ada juga yang jenis keras hati. Mereka buat silap, tapi pandang kita macam kita yang buat silap. Itu yang buat hati jadi kurang selesa tu.

Apa pun, daripada keburukkan yang ada, ada juga kelebihannya. Mereka kreatif. Asalnya rekabentuk basikal lajak ni di diambil daripada rekabentuk motosikal yang digunakan di dalam perlawanan drag. Diaplikasikan ke dalam basikal, itu yang jadi basikal lajak tu.

Cuma cara pemanduan basikal lajak ini yang boleh mengundang bahaya. Lebih-lebih lagi kalau ditungang di atas jalan raya. Mohon jauhlah daripada semua benda yang tidak diingini ya. Dan harap juga ibubapa dapat pantau anak-anak mereka. Hobi-hobi juga, tapi keselamatan diri lebih penting. Ok? 

best attractions in Bangkok

Artbox Bangkok : “Pasar Malam” gaya Kontena tarikan terbaru di Bangkok Thailand | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Membuak-buak rasa hati ni bila nak menulis apa-apa cerita mengenai Thailand ni. Masih segar “rasa angin Thailand” dalam minda sejak pertama kali sampai ke negara gajah putih ni. Sebenarnya dah banyak kali juga ke sana, tapi masih belum puas. Banyak betul tarikan menarik dekat sana termasuklah yang terbaru ini, Artbox Bangkok!

Yang sebenarnya, sajalah kita baca pengalaman rakan-rakan yang bercuti ke sana. Nak juga tahu apa tarikan menarik bila bercuti ke Bangkok, Thailand ni (best attractions in Bangkok). Waktu sampai ke Bangkok, antara lokasi wajib singgah, tak lain tak bukan Rot Fai Srinakarin dengan Chatuchak Weekend Market.

Kemudian kalau tak suka panas-panas dan bersesak, boleh ke MBK. Dekat sini yang bestnya, dekat bahagian food court ada banyak menu Asian. Boleh je nak makan masakan dari Vietnam, Indonesia, malaysia pun ada. Eh, macam-macam ada! Kemudian, kalau malam, tak tahu nak lepak mana, boleh je ke asiatique Bangkok!

best attractions in Bangkok

Dekat sini, view dia cantik. Tapi bak kata kawan aku, sini port shopping orang banyak duit. Hahaha. eh, waktu aku ke sana dulu, ada jumpa ramai artis Thailand lepak situ. Macamana aku kenal artis Thailand? Mudah je. Kalau dah 2 minggu duduk sana. Kemudian channel TV memang channel depa je, dah tentulah korang boleh kenal muka artis yang ada tu kan?

Orait! Cukup setakat itu, jom sambung cerita mengenai Artbox Bangkok : “Pasar Malam” gaya Kontena tarikan terbaru di Bangkok Thailand ni.

Artbox Bangkok ni terletak di Suanluang Square. Dan dibuka hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. kongsep yang diguna pakai memang menarik! Kalau biasa kita tengok pasar malam guna payung je kan? Tapi dekat sini, mereka guna kontena. Disusun dengan banyaknya dan sudah tentulah ada banyak pilihan dekat sini!

best attractions in Bangkok

Mulanya lokasi ni hanya dibuka hanya untuk 2 minggu terakhir sahaja. Tapi bila ianya mendapat sambutan yang mengalakkan daripada orang setempat dan pelancong, maka mereka buat keputusan untuk buka setiap hujung minggu.

Apa yang aku suka mengenai Artbox Bangkok ni, selain susun atur kontena dia, lampu yang dipasang dekat atas tu. Dia macam menarik nafsu untuk bergambar je! Hahaha. Dan jangan pelik kalau datang ke sini, tengok ramai yang berselfie dan ambil gambar ramai-ramai. Lokasi cantik kan! Dan ini di tambah lagi dengan menu-menu istimewa yang hanya terdapat di Bangkok Thailand!

Dekat sini juga ada stage besar yang mana live band selalu perform dekat situ. Tak faham bahasa tak apa, kita boleh layan muzik sambil perkena somtam satu kali! Hehehe. Banyak je menu lain dekat sini, tapi aku memang suka makan somtam! Sedap! Hehehe.

best attractions in Bangkok

Apa pun, kalau korang berpeluang bercuti atau backpackers ke Bangkok, apa kata korang singgah ke sini. Tapi pastikan waktu itu, artbox ini dibuka ya! kalau tidak, rasa menyesal pula nanti! ahha! sebelum terlupa, Artbox akan buat roadtour ke Malaysia pada February 2018 ini! Kalau nak rasa sendiri kelainan artbox ni, bolehlah datang nanti ya! see ya!

Kes isteri tampar suami curang, kantoi bermain kayu tiga di Melaka

Kes isteri tampar suami curang, kantoi bermain kayu tiga di Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya dah ramai yang tengok video yang kini viral dekat laman sosial ni kan? Kes suami kantoi bermain kayu tiga, kemudian dimalukan di khalayak ramai dan dapat hadiah “buah tangan” lagi dari si isteri. Kejadian ini dikatakan berlaku di dataran pahlawan Melaka.

Aku bukanlah nak merujuk pada mana-mana. Baik si isteri mahupun si suami. Cuma, pasti ada sebab mereka tersendiri yang mana kita semua ni, yang tak duduk tempat mereka, tak tahu apa. mungkin ada konflik di antara mereka, itu kita tak tahu.

Cumanya, si isteri. Penat weh. Sungguh penat bila masuk bab isteri dengan anak ni. Memang wujud rasa marah dalam diri bila tengok si isteri yang kendong anak dia tu. Pergi cari suami dia! eh! Dah kenapa kan? Sakit melahirkan anak tu bukan sikit-sikit. Di tambah lagi dengan penat nak besarkan mereka.

Kalau betullah si isteri bekerja dan menjaga anak, kemudian suami senang-senang keluar dengan wanita lain, aduh, memang tak patut lah!

Aku bercakap sebab aku tahu keadaannya. Isteri aku seorang surirumah sepenuh masa. Menjaga rumah dan 3 orang anak yang sedang membesar! Aku tahu keadaan rumah dan penatnya nak jaga anak ni macamana! Tak semua orang lelaki mampu jaga anak macamana orang perempuan jaga. Yes! Itu kelebihan yang Allah beri pada mereka.

Dan aku pulak, memang tak sempat nak lepak-lepak minum ni. Bukan sebab apa. Pagi hingga ke petang bekerja. Kemudian gegas nak balik rumah sebab anak-anak dah tunggu. Kemudian nak tolong wife jaga anak sementara dia siapkan apa yang tak mampu dia buat waktu aku takda dekat rumah.

Kalau nak keluar, kena bawa semua sekali. Sebab tahu bosannya terperap dalam rumah. Mereka pun nak tengok dunia luar. Bukannya wife aku tak boleh nak bawa kereta sendiri. Tapi anak-anak tengah lasak! Takut jadi apa-apa.

Kemudian malam, kita orang lelaki, kadang penat di office, malam lepas selesai semua benda, boleh baring dan terus tidur. Orang perempuan ni kadang mereka pun tidur juga. Tapi apa yang kita tak tahu, mereka bangun juga kadang-kadang awal pagi sebab nak tengok keadaan anak termasuklah dengan diri sang suami.

Nak cerita pasal pengorbanan si isteri ni banyak sebenarnya. Jadinya, bila kes isteri lempang suami sebab kantoi main kayu tiga ni, tahu dah berapa punya besar kecewa ada dalam hati dia! Dan khabarnya, bukan sekali dua kantoinya tu! Banyak kali! Aduhai!

Aku nak menulis banyak pun, aku sendiri tak tahu apa yang berlaku antara mereka. Cumanya, kalau secara kasar, yelah! Kesianlah pada isteri. Mereka memang cantik sebelum nikah. Lepas nikah, memang nampak comot! Memang awek-awek kat luar lagi cantik. Tapi sebab apa mereka jadi camtu? Kena tengok balik.

Kemudian, kalau dah mereka comot, tak cantik. Buatlah mereka jadi cantik balik. Kan? Sekarang ada macam-macam produk kecantikkan. Apa pun, kita ni mampu cakap je, biarlah mereka selesaikan masalah mereka ya! pasti ada jalan penyelesaiannya. insyaAllah.

Jambatan kaca terpanjang dunia (World's longest glass bridge)

Jambatan kaca terpanjang di dunia kini dibuka kepada umum! | Siapa yang sukakan ketinggian? Atau diri sendiri, mungkin juga rakan-rakan korang ada yang gayat? Nak cabar diri sendiri berdepan dengan ketakutan? Ha, apa kata korang datang ke hongyagu glass bridge! Jambatan sepanjang 488meter, 2 meter lebar dan berketinggian 218 meter (kira-kira bangunan 66tingkat) ini terletak di Hongyagu di daerah Pingshan.

Jambatan kaca terpanjang dunia (World's longest glass bridge) ini diperbuat daripada 1,077 panel kaca telus (tembus pandang) dan berukuran 4 sentimenter tebal. Sementara beratnya sebanyak 70 metrik tan.

Apa yang menariknya mengenai hongyagu glass bridge ini adalah, ianya direka untuk berayun sedikit. Ini bermakna, para pengunjung akan rasa sedikit terbuai-buai bila berjalan di atas jambatan ini!

Antara tarikan menarik apabila berada di atas jambatan ini adalah, pengunjung dapat menikmati pemandangan Hongyagu. Yang mana lokasi ini memiliki landskap geografi yang unik dengan pemandangan gunung, air terjun semula jadi, bandar purba dan kuil.

Jambatan kaca terpanjang dunia (World's longest glass bridge)

World's longest glass bridge ini mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa. Namun, pihak berkuasa disana hanya membenarkan 500 orang sahaja berada di atas jambatan ini. Ianya mengambil masa selama satu setengah tahun untuk disiapkan dan mampu “berhadapan” dengan angin yang kuat.

Hongyagu glass bridge mula dibuka kepada umum bermula 24 disember 2017. Dan terdapat kakitangan yang bertugas pada setiap check point bagi membantu mereka yang mengalami masalah gayat yang teruk dan tidak mampu untuk berjalan.

Jambatan kaca terpanjang dunia (World's longest glass bridge)

Setiap pengujung diwajibkan memakai sarung kasut khas bagi melindungi pemukaan kaca daripada pecah. Bab inilah yang buatkan aku jadi risau bila berada dekat atas tu. Cuba bayangkan, ada 500 orang dan tiba-tiba dia pecah? Ha?

Apa pun, itu pemikiran negative. Kenalah fikir yang positif kan? oklah, kalau korang berkesempatan bercuti ke negara china, apa kata korang singgah ke sini. Ok?

rumah dimasuki pelesit

Terus terusan rumah di datangi pelesit! | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Terasa malas pula nak mukadimah panjang-panjang, kita terus je dengan cerita pasal pelesit ni ye. Cerita dia macam ni, rumah yang aku tinggal sekarang ni, kerap sangat di datangi pelesit! Dah banyak sebenarnya rumah kami tinggal sebelum ni (semua rumah sewa la) tapi rumah yang sekarang ni (alhamdulilah, rumah sendiri) boleh kata kerap sangat jumpa pelesit!

Pelesit tu apa?

Buat mereka yang tak tahu pelesit tu apa. Pelesit tu jenis macam belalang. Bentuk tirus macam tu. Orang kata benda tu tak baik. Ikut kata orang perubatan islam, pelesit ni macam belaan orang. Di hantar dengan tujuan untuk tahu apa yang tuan rumah buat. Dan juga untuk buat suasana dalam rumah tu jadi kacau bilau.

Dan macam yang aku ada beritahu dekat awal tadi, rumah yang aku duduk sekarang ni, kerap sangat ada pelesit ni. Mula dulu aku macam taknak ambil tahu sangat. Tapi bila lama-lama, asyik jumpa je, aku jadi sakit hati! Yelah, kalau tengok pada tujuan pelesit ni, siapa yang tak sakit hati kan?

Sebelum ni, yang aku jumpa semua kecik-kecik. Ketuk pakai penyapu lidi kemudian buang dalam tong sampah. Ada satu hari tu, aku jumpa size yang agak besar. Yang itu tak sempat nak ketuk sebab dia terbang lari keluar kawasan rumah. Tapi yang terbaru ni, betul punya besar! Betul punya rare!

Ini betul punya besar! Betul Punya Rare!

Alkisahnya, waktu nak ke tempat kerja, aku pakai kasut dekat pintu. Mula macam tak rasa apa-apa. Tapi bila bangun, toleh ke tepi pintu, MasyaAllah, tersangatlah besar pelesit yang ada! Sungguh ni pertama kali aku jumpa pelesit yang macam tu punya besar!

Dia duduk betul-betul dekat celah pintu. Warna dia coklat! Bukan warna hijau! Awal tu aku panggil wife tengok, kemudian capai penyapu lidi, aku hempaslah sampai hancur! Tapi sungguh rasa macam liat nak bunuh pelesit ni, tak macam belalang biasa, kita ketuk pakai penyapu lidi 2-3 kali, dah hancur kan? tapi yang ini tak hancur langsung, yang tercabut Cuma kepak dia je! Kan pelik tu. Kan?

Kalau ada rambut, confirm orang punya!

Orang kata, lepas ketuk dengan penyapu lidi, cabut kepala pelesit tu, kalau ada rambut halus kat dalam tu, memang orang punya lah! Dan percaya atau tidak, aku pernah jumpa yang ada rambut punya! Dalam rumah aku! tahu apa yang aku buat dengan pelesit tu? Ketuk kemudian bakar sampai hangit!

Tapi yang pagi tadi, aku tak sempat nak buat sebab aku dah lewat nak ke tempat kerja. Lepas ketuk 2-3 kali. Aku angkat kemudian buang dalam tong sampah. Harapannya dia mati dan “tak hilang” lah. Sebenarnya sakit kepala juga fikir pasal benda ni.

Tengok pada tujuan pelesit ni, dah tahu kenapa kan? tercari-cari juga siapa yang hantar dan kenapa dia hantar. Apa yang tak kurang dekat mata dia sampai buat macam ni kan? Apa pun, aku memohon pada Allah semoga dijauhkan daripada segala perkara yang tidak diingini. Mohonlah jauh daripada hasad dengki manusia ni. Semoga kita semua dilindungi daripada perkara yang  tidak elok. Amin.

Bukan kedekut ilmu

Bukan kedekut ilmu.. | Assalamualaikum dan selamat pagi. Lama juga menyepikan diri. Bukan sebab tak mahu menulis, tetapi sibuk dengan urusan lain. Dan alhamdulilah, urusan lain tu dah selamat semuanya. Alhamdulilah. Kalau nak di ikutkan, banyak benda yang nak tulis. Cerita pasal Datuk farid kamil, cerita pasal sajat kena jumpa jakim, cerita pasal harga bitcoin jatuh. Eh. Hahaha. Tapi cerita tu semua peram dululah, ni nak cerita pasal bukan kedekut ilmu.

Mrejoy boleh dikatakan seorang yang suka baca blog. Dari satu blog ke satu blog. Lagi kalau nak cari satu-satu ilmu tu, memang banyak blog yang mrejoy akan masuk. Pernah dulu, nak sangat tahu cerita pasal Tabal jin. Semua blog mrejoy cari sampaikan ada benda yang tak logic pun ada mrejoy rasa. Dan bila dah baca banyak benda, rumusan dia pasti ada satu je. Jadinya, bila orang bercerita, kita tahulah sikt-sikit.

Dan baru-baru ini, ada seorang rakan mrejoy minta kongsikan dengan beliau 1 ilmu tentang pelaburan. Terus terang cakap, kita ni pun baru terjun dalam bidang pelaburan. Kiranya tahun 2018 ni baru nak serius la. Walaupun dah makan untung sebelum ni, tapi semua tu Cuma suka-suka sahaja.

Mrejoy Cuma ajar benda yang basic. Apa yang perlu buat. Dan macamana cara nak melabur dengan betul. Benda basic semua orang tahu. Tak susah mana pun kan. Kemudian, ajarkan pula cara nak dapatkan income daripada tu. Semua basic.

Kita ni, kalau bertanya pada mana-mana orang pun, tak semua akan share 100%. Betul tak? kalau kita tanya pada seorang jutawan, macamana mereka jadi kaya dan terus kaya. Mereka tak akan ajar. Mereka akan beritahu benda yang basic juga.

Sama je kalau join seminar yang bayar ribu-ribu tu. Mereka tak akan share ilmu tu 100%. Tak tahulah kenapa. Mungkin mereka tak mahu semua orang tahu. Mungkin.

Lain pula dengan mrejoy. Bukan mrejoy tak mahu share, tapi dah ilmu kita setakat itu je. Kita beritahulah mana yang kita tahu. Bila dah beritahu, orang marah ke kita semua. Katanya kita kedekut ilmu. Siap marah-marah lagi

Ala joy, janganlah kedekut ilmu sangat. kalau kau nak duit untuk ilmu kau tu, aku boleh bayarlah. Kau cakap je berapa.

Adeh. Duit. Tak mahulah! Duit boleh cari bang/kakak. Sejujurnya, aku memang tak suka bila orang cakap macam ni. kalau betul ada banyak duit, joinlah mana-mana seminar kan? mereka boleh ajar detail punya (kalau mereka nak ajar semualah. Hehehe)

Apa pun, aku akan kongsikan apa yang aku tahu. Kalau aku tak tahu, aku cakap je aku tak tahu. Bukanlah kedekut ilmu. Dah kita pun belum berjaya, tak kan nak bersembang macam kita dah jadi jutawan kan? nak cari mentor, kenalah cari mereka yang dah betul-betul berjaya. Baru mudah jalan kita kearah itu. ok? hope janganlah ada yang marah-marah lagi ya. J

anak tidak cerdik di dalam Akademik

Jangan sesekali pingirkan anak yang tidak cerdik didalam Akademik | Assalamualaikum, salam sejahtera, salam jumaat. Hari ini mrejoy terbaca 1 kisah inspirasi & juga motivasi untuk para ibubapa yang dianugerahkan zuriat oleh yang maha esa. Anak yang dikurniakan kepada kita membawa pelbagai rezeki serta cabaran kepada setiap ibubapa. Ada macam-macam ragam. Namun, merekalah juga peneman kita di dunia serta akhirat, insyaAllah, amin.

Baik. Apakah kisah inspirasi yang dikongsikan itu? Cerita ini tentang seorang ibu yang mempunyai anak yang kurang menonjol di dalam bidang akademik. Hati mak ayah mana lah yang suka tengok result peperiksaan anak dia sentiasa tercorot kan?

Teringat mrejoy waktu sekolah dulu. Kita ni bukanlah dalam kategori biijak pandai. Tidak juga dalam kategori yang terendah. Cumanya berada di tengah-tengah. Result peperiksaan pun tidaklah segempak mana. Tapi bising jugalah ayah mrejoy bila tengok result peperiksaan tu. Yelah, mungkin dia nak anak dia jadi yang terbaik.

Tapi terus terang mrejoy cakap, memang setakat itu je yang mrejoy mampu. Tapi alhamdulilah, ayah mrejoy tak pernahlah paksa kami adik beradik belajar sampai dapat apa yang dia nak. Eh! Tapi jangan tak tahu, ada mak ayah yang paksa anak-anak dia jadi yang terbaik walaupun tahu kemampuan anak dia setakat mana, yang akhirnya beri kesan buruk pada anak-anak. Hmm.

Kisah yang dikongsikan saudara Zulkifli serta isteri, Puan Ainizan memang betul-betul menarik perhatian mrejoy.

Mulanya memang mereka mahukan anak mereka jadi yang terbaik di dalam akademik. Namun, bila lihat dari semasa ke semasa, memang anak mereka ada masalah. Tapi mrejoy cukup salute dengan pasangan ni. Sebab diarang tak terus mendesak sebaliknya cari jalan lain.

Tahu apa yang pasangan ini buat?

Mereka hantar anak mereka ke pusat tahfiz. 1 benda yang tak semua ibubapa akan fikir nak hantar anak mereka ke sana. Sebabnya, mereka takut, anak-anak mereka tak boleh hidup. Tak boleh dapat kerja kalau belajar dekat tahfiz.

Dan daripada perkongsian yang mrejoy baca. Alhamdulilah, nampak kemajuan dekat anak pasangan ini. Siapa sangka, rupa-rupanya kelebihan anak ini ada sebagai penghafaz al-quran. Penyambung kepada mereka yang menyampaikan ajaran agama islam. Dan insyaAllah, sebagai anak yang akan membawa ibubapanya ke jalan yang lebih diredhai Allah, dunia dan akhirat. Siapa sangka kan?

Kadang, anak-anak yang dikurniakan ini, ada kelebihan mereka yang tersendiri. Terpulang pada setiap ibubapa untuk lihat dan kembangkan bakat yang ada. kalau tak boleh maju dalam bidang akademik, ada pelbagai bidang lain untuk mereka menonjol.

Tak setuju, belajar kena pandai supaya dapat gaji besar.

Ikhlas cakap, memang mrejoy tak setuju. Sebab, dah ramai yang berjaya menjadi manusia yang berjaya walaupun tidak mendapat tempat terbaik sewaktu sekolah dulu. Tapi mrejoy bukanlah menidakkan kepentingan pelajaran tu. Belajar itu penting tapi tengok pada keadaan.

Jika tidak pandai dalam akademik, boleh je belajar bidang kemahiran. Kalau tak minat bidang kemahiran, boleh sahaja masuk dalam bidang online. Dah ramai jutawan online dekat malaysia ni. Tapi minat juga dalam semua bidang ni, masuk dalam bidang agama. Pendek kata, mahu dengan tidak mahu je.

Apa pun, dalam kita mendidik anak-anak tu, janganlah banyak dengan paksaan. Kadang kita kena masuk dalam dunia dia, kena tahu apa yang dia mahukan, barulah semuanya berjalan dengan baik, insyaAllah. Apa pun, tangungjawab pada yang maha esa jangan dilupakan pula ya. baik. rasanya setakat itu sahaja. jumpa lagi dalam post mendatang.

cara mudah hilangkan bau badan dan ketiak yang confirm berkesan

5 cara mudah hilangkan bau badan dan ketiak yang confirm berkesan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memang rasa tak selesa kan kalau badan dan ketiak berbau ni. Keyakinan untuk berjumpa dengan orang pun akan jadi rendah. Dah cuba macam-macam tapi bau badan dan ketiak masih kuat? Aduh! Memang stress dibuatnya kan? Terus terang cakap, mrejoy pun tak selesa bila dekat dengan orang yang berbau ni. Bukanlah kita nak menghina atau nak kata yang bukan-bukan pada diarang ni, tapi diri kita pun kenalah fikir juga kan.

Yang sebenarnya, bau badan dan ketiak yang busuk ini datangnya dari pemakanan kita juga. Di tambah pulak dengan keadaan cuaca dekat malaysia ni yang sentiasa panas. Lagi banyak berpeluh, lagi kuat lah baunya, aduhai!

Dan buat mereka yang ada bau badan tu, janganlah dijadikan alasan ini untuk terus biarkan ketiak korang berbau ya. Kenalah berusaha untuk hilangkan masalah tu. Dan hari ini, mrejoy nak kongsikan dengan korang 5 cara mudah hilangkan bau badan dan ketiak yang confirm berkesan!

#1. Lemon/limau nipis

Kat rumah ada lemon kan? Jika ada, ambil lemon dan hiriskan. Kemudian sapukan pada ketiak ketika mandi. Kalau korang rasa tak selesa sapu macam tu, korang boleh perahkan jus lemon dalam bekas kemudian ambil kain tuala kecil dan celup dalam lemon. Kemudian sapukan pada ketiak. Biarkan seketika dan bilas.

#2. Air mawar.

Air mawar ni memang wangi. Nak buat sendiri belum tentu kan. Jadi korang boleh beli dekat kedai. Tak semua kedai ada jual. Dulu mrejoy pernah cari, memang susah. Tapi tahu dekat mana mrejoy jumpa air mawar ni? Dekat kedai india. Kedai yang jual bunga-bunga dan alatan sembahyang mereka tu. Itu pun tak semua kedai ada. Ha, jadi, kenalah usaha lebih sikit ya.

Ha, cara guna air mawar ni sama macam guna lemon tu ya.

#3. Timun.

Ha, timun ni biasa orang letak kat muka je kan? Jangan tak tahu yang ianya juga boleh digunakan di ketiak. Caranya, potong timun nipis-nipis dan letakkan dekat ketiak. Biarkan seketika kemudian bilas. Amaran! Sila buang timun yang telah di gunakan. Jangan jadi pengotor ya! hahahaha.

#4. Pakai perfume.

Semua cara dekat atas korang hanya boleh buat ketika mandi. Jadi macamana kalau nak keluar rumah tapi badan dan ketiak masih berbau kan? ha, cara ini sebenarnya berkesan juga. korang pakai perfume. Memang nampak mudah kan. Nak hilang bau badan, pakai perfume. Eleh, semua orang tahu.
Yang orang tak tahu adalah, korang kena cari perfume yang universal. Cuba bayangkan, lelaki. Bau badan kuat. Kemudian pakai perfume yang real punya bau lelaki. Bau badan+bau perfume jantan punya, pergh!

Jadi, nak pilih perfume tu, kena pilih yang bau lembut sikit, ok? hehehe.

#5. Magic blue.

Dan akhir sekali, korang boleh guna magic blue. Ini memang paling berkesan dan memang confirm tiada bau. Dan yang penting sekali, magic blue ni pun tiada bau. Sesiapa sahaja boleh guna. Caranya juga cukup mudah. Korang Cuma sapu sahaja pada ketiak. Kemudian rasalah sendiri, 3 hari bau ketiak tiada. Tak percaya, cubalah sendiri ya!

Harga magic blue ni pun murah sahaja. Sebotol Cuma RM29.00.

Dan kalau korang berminat, korang boleh hubungi No yang tertera di bawah untuk mendapatkan Magic blue ni ye! Lebih banyak pembelian, sudah tentu harganya lebih menarik! Ok! J

cara mudah hilangkan bau badan dan ketiak yang confirm berkesan

Sebarang pertanyaan dan pembelian Magic blue boleh hubungi:

Whatsapp

MARIA (0196811988)

cikgu cantik viral

Maka jalanraya kembalilah bersesak.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita sudahpun berada di dalam tahun 2018. Satu tahun yang penuh dengan pengharapan. Satu tahun yang penuh dengan semangat baru. Belum pernah lagi rasanya mrejoy rasa bersemangat macam ni. Rasa macam nak sangat kejar kejayaan dunia dan akhirat. insyaAllah.

Ha, hari ini secara umumnya, musim persekolahan dah pun bermula. Bila sebut sekolah je, mesti ada kaitan dengan jalan raya yang sesak! Yelah, ibubapa semua nak hantar anak ke sekolah. Jadi kawasan-kawasan berdekatan sekolah confirmlah sesak kan?

Macam mrejoy, ada banyak laluan ke tempat kerja yang memerlukan mrejoy lalu dekat sekolah. Ada 2 sekolah menengah dan sekolah rendah. Kalau musim cuti, jalanraya memang lengang. Seronoknya je bawa motor waktu pagi sambil berangan nak jadi kaya. Hehehe.

Tapi bila sekolah dah bukak ni, Kenalah lebih alert. Mata kena lebih peka. Kena tengok kiri kanan. Sebab kereta banyak! Tambah pulak bila dah terlambat. Aduh! Mak ayah nak hantar anak sekolah,kemudian nak masuk kerja lagi, memang semua akan jadi huru hara!

Jalan yang sepatutnya tak boleh masuk, tiba-tiba boleh masuk. Ini belum kira yang keluar simpang tanpa beri apa-apa signal. Bas, van sekolah lagi, uhh! Banyak juga sebenarnya cabaran bila musim persekolahan bermula ni, kena banyak alertnya!

Tapi, dalam tak seronoknya tu, ada seronoknya juga. Yelah, bab seronok tu bila tengok anak-anak kecil ke sekolah. Seronok je tengok. Comel. Kemudian awek-awek sekolah yang jalan kaki tepi jalan tu. Aduh! Wangi sungguh! Hahahaha. (haip! Bab awek sekolah tu jangan fikir apa, dah kita lalu sebelah mereka, tak kan kita nak tutup hidung pula kan?)

Apa pun, selamat kembali ke sekolah. Anak-anak yang baru masuk sekolah, teruskan cita-cita anda. Yang dah lama sekolah, tunjukkan perangai yang baik-baik sahaja. Jangan tunjuk contoh tak baik pada pelajar-pelajar baru.

Banyak harapan sebenarnya untuk musim persekolahan baru ni. Antaranya, tak mahu lagi ada kes buli. Tolonglah control benda ni. Kemudian, kes-kes sosial yang melibatkan remaja perempuan pun sama. Hapuskan. Lagi apa ya? ha, kes melibatkan guru. Mengajar tidak ada salahnya, Cuma jangan patah riuk sudahlah ya. lagi apa ek? Lupa dah.

Oklah, cukup setakat ini sahaja! Selamat tahun baru 2018 untuk semua! Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga banyak kejayaan yang dikecapi tahun ini, ok! salam kejayaan untuk semua! J

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ▼  January (13)
      • 10 laman web dengan pendapatan Adsense paling ting...
      • 7 lokasi “Outdoor wedding Venues” yang tersangat c...
      • Rezeki masing-masing.
      • Bahaya minum minuman 3 in 1 yang tak ramai orang tahu
      • Basikal lajak : Trend yang mengundang bahaya
      • Artbox Bangkok : “Pasar Malam” gaya Kontena tarika...
      • Kes isteri tampar suami curang, kantoi bermain kay...
      • Jambatan kaca terpanjang di dunia kini dibuka kepa...
      • Terus terusan rumah di datangi pelesit!
      • Bukan kedekut ilmu..
      • Jangan sesekali pingirkan anak yang tidak cerdik d...
      • 5 cara mudah hilangkan bau badan dan ketiak yang c...
      • Maka jalanraya kembalilah bersesak..
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • The Patriots
    Kesilapan Yang Membunuh Amelia Earhart?
  • VOCKET
    ‘Mujur Tak Digilis’ – Situasi Bayi Tercicir Atas Jalan Raya Undang Kerisauan Netizen
  • Aliff Channel
    15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Top 7 Reasons Why Wordpress Is Perfect for Bloggers In 2022
  • Bro Framestone
    Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding Benteras Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD)
  • MrEjoy
    Susahnya nak cari kerja sekarang ni
  • sayidahnapisahdotcom
    30++ background ucapan kad raya digital 2022 | edit letak gambar je nanti!
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • It's Poobritney!
    Apa Yang Menarik di Bird Park Kuala Lumpur?
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates