Artbox Bangkok : “Pasar
Malam” gaya Kontena tarikan terbaru di Bangkok Thailand | Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Membuak-buak rasa hati ni bila nak menulis apa-apa cerita
mengenai Thailand ni. Masih segar “rasa angin Thailand” dalam minda sejak
pertama kali sampai ke negara gajah putih ni. Sebenarnya dah banyak kali juga
ke sana, tapi masih belum puas. Banyak betul tarikan menarik dekat sana
termasuklah yang terbaru ini, Artbox Bangkok!
Yang sebenarnya, sajalah kita baca pengalaman rakan-rakan
yang bercuti ke sana. Nak juga tahu apa tarikan menarik bila bercuti ke Bangkok,
Thailand ni (best attractions in Bangkok).
Waktu sampai ke Bangkok, antara lokasi wajib singgah, tak lain tak bukan Rot Fai Srinakarin dengan Chatuchak Weekend Market.
Kemudian kalau tak suka panas-panas dan bersesak, boleh ke
MBK. Dekat sini yang bestnya, dekat bahagian food court ada banyak menu Asian. Boleh
je nak makan masakan dari Vietnam, Indonesia, malaysia pun ada. Eh, macam-macam
ada! Kemudian, kalau malam, tak tahu nak lepak mana, boleh je ke asiatique Bangkok!
Dekat sini, view dia cantik. Tapi bak kata kawan aku, sini
port shopping orang banyak duit. Hahaha. eh, waktu aku ke sana dulu, ada jumpa
ramai artis Thailand lepak situ. Macamana aku kenal artis Thailand? Mudah je. Kalau
dah 2 minggu duduk sana. Kemudian channel TV memang channel depa je, dah
tentulah korang boleh kenal muka artis yang ada tu kan?
Orait! Cukup setakat itu, jom sambung cerita mengenai Artbox Bangkok : “Pasar Malam” gaya Kontena
tarikan terbaru di Bangkok Thailand ni.
Artbox Bangkok ni terletak di Suanluang Square. Dan dibuka
hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. kongsep yang diguna pakai memang
menarik! Kalau biasa kita tengok pasar malam guna payung je kan? Tapi dekat
sini, mereka guna kontena. Disusun dengan banyaknya dan sudah tentulah ada
banyak pilihan dekat sini!
Mulanya lokasi ni hanya dibuka hanya untuk 2 minggu terakhir
sahaja. Tapi bila ianya mendapat sambutan yang mengalakkan daripada orang
setempat dan pelancong, maka mereka buat keputusan untuk buka setiap hujung
minggu.
Apa yang aku suka mengenai Artbox Bangkok ni, selain susun atur kontena dia, lampu yang
dipasang dekat atas tu. Dia macam menarik nafsu untuk bergambar je! Hahaha. Dan
jangan pelik kalau datang ke sini, tengok ramai yang berselfie dan ambil gambar
ramai-ramai. Lokasi cantik kan! Dan ini di tambah lagi dengan menu-menu
istimewa yang hanya terdapat di Bangkok Thailand!
Dekat sini juga ada stage besar yang mana live band selalu
perform dekat situ. Tak faham bahasa tak apa, kita boleh layan muzik sambil perkena
somtam satu kali! Hehehe. Banyak je menu lain dekat sini, tapi aku memang suka
makan somtam! Sedap! Hehehe.
Apa pun, kalau korang berpeluang bercuti atau backpackers ke
Bangkok, apa kata korang singgah ke sini. Tapi pastikan waktu itu, artbox ini
dibuka ya! kalau tidak, rasa menyesal pula nanti! ahha! sebelum terlupa, Artbox
akan buat roadtour ke Malaysia pada February 2018 ini! Kalau nak rasa sendiri
kelainan artbox ni, bolehlah datang nanti ya! see ya!
0 Comments