Bahaya minum minuman 3 in 1 yang tak ramai orang tahu | MrEjoy

Bahaya minum minuman 3 in 1 yang tak ramai orang tahu

Bahaya minum minuman 3 in 1

Bahaya minum minuman 3 in 1 yang tak ramai orang tahu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa pengemar minuman 3 in 1 dekat sini? Jangan kata oranglah, aku sendiri pun suka juga kadang-kadang tu minum 3 in 1, semuanya sebab cepat. Yelah, ada masanya kita mungkin agak malas nak bancuh air kan? Jadi jalan penyelesaiannya adalah, minuman 3 in 1.

Kalau dekat office lagi best, ada macam-macam jenis. Nescafe ada, milo ada, kopi ada, teh tarik ada, macam-macam. Kena pula time rehat, nak juga kena biskut cicah air panas, atau ada bawa bekal, nak juga kena kopi secawan kan?

Susah nak jumpa yang bancuh. Hampir kesemua pantry yang ada dekat office, memang sediakan minuman 3 in 1. Jadi, boleh katakan hampir setiap hari kita akan minum minuman 3 in 1 ni. Samada kita sedar atau tidak yang ianya sebenarnya tidak bagus untuk tubuh kita? Dan jika diambil terlalu kerap, ianya boleh memudaratkan kita?

Bahaya minum minuman 3 in 1 yang tak ramai orang tahu.

  • Diantara kesan terbesar yang bakal dihadapi adalah saluran arteri darah kita boleh tersumbat dan beri kesan pada jantung dan boleh mengakibatkan angin ahmar! Kalau mereka yang sedia ada masalah diabetis, minuman 3 in 1 ini akan beri kesan yang lebih buruk kepada penyakit korang! bahaya kan?
  • Ok, nak tahu apa lagi keburukan minuman 3 in 1 ni? Berikut adalah kesan-kesannya pada tubuh kita:
  • Setiap paket minuman 3 in 1 ini mengandungi lebih daripada 3 sudu teh gula!
  • Menggunakan krim bukan tenusu (yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit) yang mana ianya adalah sejenis lemak tepu! Dan sangat berbahaya kepada kesihatan.
  • Ianya juga mengandungi kafein yang menyebabkan kita mudah rasa berdebar.
  • Setiap paket minuman 3 in 1 ini juga mengandungi 200 kalori. Jadi cuba bayangkan mereka yang ambil lebih daripada 1 paket sehari? Uhh! Ini akan menyumbang kepada masalah kegemukan!
  • Dan jumlah 200 kalori tu bersamaan dengan sepingan nasi. Dan kalau korang dalam proses tak makan nasi, sebab berdiet. Tapi dalam masa yang sama minum 3 in 1. Sia-sialah usaha korang tu ye.

Apa pun, bukanlah kata minuman ini sangat bahaya. Nak ikutkan bahaya, ada banyak lagi makanan bahaya dekat sekeliling kita ni. Cumanya, kadar pengambilan tu kenalah hadkan. Macam aku, aku suka minum nescafe. Tapi bila bancuh air tu, aku tak bancuh penuh, sebaliknya aku bancuh separuh je. Memang rasa tawar dan tak pekat. Tapi tetap juga nescafe kan? hehehe. 

Tags:

Share:

0 comments