Bukan kedekut ilmu..

Bukan kedekut ilmu..
| Assalamualaikum dan selamat pagi. Lama juga menyepikan diri. Bukan sebab tak
mahu menulis, tetapi sibuk dengan urusan lain. Dan alhamdulilah, urusan lain tu
dah selamat semuanya. Alhamdulilah. Kalau nak di ikutkan, banyak benda yang nak
tulis. Cerita pasal Datuk farid kamil, cerita pasal sajat kena jumpa jakim,
cerita pasal harga bitcoin jatuh. Eh. Hahaha. Tapi cerita tu semua peram
dululah, ni nak cerita pasal bukan kedekut ilmu.
Mrejoy boleh dikatakan seorang yang suka baca blog. Dari satu
blog ke satu blog. Lagi kalau nak cari satu-satu ilmu tu, memang banyak blog
yang mrejoy akan masuk. Pernah dulu, nak sangat tahu cerita pasal Tabal jin. Semua
blog mrejoy cari sampaikan ada benda yang tak logic pun ada mrejoy rasa. Dan bila
dah baca banyak benda, rumusan dia pasti ada satu je. Jadinya, bila orang
bercerita, kita tahulah sikt-sikit.
Dan baru-baru ini, ada seorang rakan mrejoy minta kongsikan
dengan beliau 1 ilmu tentang pelaburan. Terus terang cakap, kita ni pun baru
terjun dalam bidang pelaburan. Kiranya tahun 2018 ni baru nak serius la. Walaupun
dah makan untung sebelum ni, tapi semua tu Cuma suka-suka sahaja.
Mrejoy Cuma ajar benda yang basic. Apa yang perlu buat. Dan macamana
cara nak melabur dengan betul. Benda basic semua orang tahu. Tak susah mana pun
kan. Kemudian, ajarkan pula cara nak dapatkan income daripada tu. Semua basic.
Kita ni, kalau bertanya pada mana-mana orang pun, tak semua
akan share 100%. Betul tak? kalau kita tanya pada seorang jutawan, macamana
mereka jadi kaya dan terus kaya. Mereka tak akan ajar. Mereka akan beritahu
benda yang basic juga.
Sama je kalau join seminar yang bayar ribu-ribu tu. Mereka tak
akan share ilmu tu 100%. Tak tahulah kenapa. Mungkin mereka tak mahu semua
orang tahu. Mungkin.
Lain pula dengan mrejoy. Bukan mrejoy tak mahu share, tapi
dah ilmu kita setakat itu je. Kita beritahulah mana yang kita tahu. Bila dah
beritahu, orang marah ke kita semua. Katanya kita kedekut ilmu. Siap marah-marah
lagi
Ala joy, janganlah kedekut ilmu sangat. kalau kau nak duit untuk ilmu
kau tu, aku boleh bayarlah. Kau cakap je berapa.
Adeh. Duit. Tak mahulah! Duit boleh cari bang/kakak. Sejujurnya,
aku memang tak suka bila orang cakap macam ni. kalau betul ada banyak duit,
joinlah mana-mana seminar kan? mereka boleh ajar detail punya (kalau mereka nak
ajar semualah. Hehehe)
Apa pun, aku akan kongsikan apa yang aku tahu. Kalau aku tak
tahu, aku cakap je aku tak tahu. Bukanlah kedekut ilmu. Dah kita pun belum
berjaya, tak kan nak bersembang macam kita dah jadi jutawan kan? nak cari
mentor, kenalah cari mereka yang dah betul-betul berjaya. Baru mudah jalan kita
kearah itu. ok? hope janganlah ada yang marah-marah lagi ya. J
2 Comments
betul. japgi kalau kita bagi salah ajaran ilmu, jadinya ilmu sesat, lagi lah naya. ye dak? inshaAllah semoga segala urusan saudara Joy dipermudahkan, aamiin
ReplyDeletebetul tu . kadang kita tak tau nk ajar mcm mana sbenarnya.. nk mula dari mana...
ReplyDelete