Basikal lajak : Trend yang mengundang bahaya

sumber mymetro
Basikal lajak : Trend
yang mengundang bahaya | Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi tadi
sewaktu sarapan, ada 1 segmen dalam malaysia hari ini. Cerita pasal basikal
lajak. Basikal lajak ni kira trend budak-budak sekarang la. Pergilah mana-mana
pun, mesti nampak basikal ni. Daripada jenis yang biasa hinggalah kepada yang
luar biasa. Basikal lajak ni direka untuk dibawa dengan kelajuan cahaya!
Kenapa Basikal lajak
: Trend yang mengundang bahaya?
Kenapa aku kata basikal ini mengundang bahaya? Dan kenapa
juga aku cakap kalau bawa basikal ni, kena kelajuan cahaya? Pernah tengok
macamana budak-budak ni bawa basikal lajak. Mereka kebanyakkannya akan pilih
laluan berbukit. Kayuh sampai atas, kemudian turun gaya superman sampai bawah.
Apa keseronokan dan risiko yang bakal di hadapi?
Seronoknya bila sampai bawah dan dapat no 1 la (mungkin). Yang
tak seronoknya, kalau terbabas ke dalam semak. Atau mungkin berlaga sesama
sendiri dan terjatuh yang akibatkan kecederaan. Atau mungkin teruk lagi, bertembung
dengan kenderaan seperti motosikal ataupun kereta.
Aku sendiri kerap berhadapan dengan benda ni. Ada 1 lorong
belakang, kiranya jalan singkat untuk ke taman sebelah. Jalan berbukit. Laluan Hanya
muat untuk 1 buah kereta sahaja. kita memandu daripada bawah. Bila sampai di
pertengahan jalan, nampak 1 group basikal lajak, baik punya tengah superman
atas basikal masing-masing.
Tahu apa yang aku buat?
Aku berhentikan kenderaan. Tidak ke tepi, tapi di
tengah-tengah jalan. Maka berseleraklah mereka. Mana mungkin aku ke tepi sebab
sebelah tu parit kecil. Kalau kenderaan aku masuk dalam parit tu, sapa nak
tolong? Kalau aku sendiri, boleh lagi, tapi dengan keluarga dengan anak kecil
dalam tu. Jadi jalan terbaik, berhentikan sahaja kenderaan.
Ada yang lebih advance, mereka main area jalan besar. Jalan yang
banyak kenderaan lebih besar! Tidakkah ianya bakal mengundang bahaya? Ini bukan
cakap kosong ya! Boleh je tengok dekat youtube ataupun facebook. Banyak yang
kongsikan video geng basikal lajak ni.
Kena yang menghormati orang tua, rasa marah tu hilang la. Alangkan
kalau ada yang buat silap atas jalan raya, mereka angkat tangan tanda mohon
maaf pun kita dah rasa sejuk hati kan? Tapi ada juga yang jenis keras hati. Mereka
buat silap, tapi pandang kita macam kita yang buat silap. Itu yang buat hati
jadi kurang selesa tu.
Apa pun, daripada keburukkan yang ada, ada juga
kelebihannya. Mereka kreatif. Asalnya rekabentuk basikal lajak ni di diambil
daripada rekabentuk motosikal yang digunakan di dalam perlawanan drag. Diaplikasikan
ke dalam basikal, itu yang jadi basikal lajak tu.
Cuma cara pemanduan basikal lajak ini yang boleh mengundang
bahaya. Lebih-lebih lagi kalau ditungang di atas jalan raya. Mohon jauhlah
daripada semua benda yang tidak diingini ya. Dan harap juga ibubapa dapat
pantau anak-anak mereka. Hobi-hobi juga, tapi keselamatan diri lebih penting. Ok?
0 Comments