Jambatan kaca terpanjang di dunia kini dibuka kepada umum!

Jambatan kaca terpanjang di dunia kini dibuka kepada umum! | Siapa yang sukakan ketinggian? Atau diri sendiri, mungkin juga rakan-rakan korang ada yang gayat? Nak cabar diri sendiri berdepan dengan ketakutan? Ha, apa kata korang datang ke hongyagu glass bridge! Jambatan sepanjang 488meter, 2 meter lebar dan berketinggian 218 meter (kira-kira bangunan 66tingkat) ini terletak di Hongyagu di daerah Pingshan.
Jambatan kaca terpanjang dunia (World's longest glass bridge) ini diperbuat daripada 1,077 panel
kaca telus (tembus pandang) dan berukuran 4 sentimenter tebal. Sementara beratnya
sebanyak 70 metrik tan.
Apa yang menariknya mengenai hongyagu glass bridge ini adalah, ianya direka untuk berayun sedikit. Ini bermakna, para pengunjung akan rasa sedikit terbuai-buai bila berjalan di atas jambatan ini!
Antara tarikan menarik apabila berada di atas jambatan ini
adalah, pengunjung dapat menikmati pemandangan Hongyagu. Yang mana lokasi ini
memiliki landskap geografi yang unik dengan pemandangan gunung, air terjun
semula jadi, bandar purba dan kuil.

World's longest glass
bridge ini mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa. Namun,
pihak berkuasa disana hanya membenarkan 500 orang sahaja berada di atas
jambatan ini. Ianya mengambil masa selama satu setengah tahun untuk
disiapkan dan mampu “berhadapan” dengan angin yang kuat.
Hongyagu glass bridge
mula dibuka kepada umum bermula 24 disember 2017. Dan terdapat kakitangan
yang bertugas pada setiap check point bagi membantu mereka yang mengalami
masalah gayat yang teruk dan tidak mampu untuk berjalan.

Setiap pengujung diwajibkan memakai sarung kasut khas bagi
melindungi pemukaan kaca daripada pecah. Bab inilah yang buatkan aku jadi risau
bila berada dekat atas tu. Cuba bayangkan, ada 500 orang dan tiba-tiba dia
pecah? Ha?
Apa pun, itu pemikiran negative. Kenalah fikir yang positif
kan? oklah, kalau korang berkesempatan bercuti ke negara china, apa kata korang
singgah ke sini. Ok?
0 Comments