Jangan sesekali pingirkan anak yang tidak cerdik didalam Akademik

by - January 05, 2018

anak tidak cerdik di dalam Akademik

Jangan sesekali pingirkan anak yang tidak cerdik didalam Akademik | Assalamualaikum, salam sejahtera, salam jumaat. Hari ini mrejoy terbaca 1 kisah inspirasi & juga motivasi untuk para ibubapa yang dianugerahkan zuriat oleh yang maha esa. Anak yang dikurniakan kepada kita membawa pelbagai rezeki serta cabaran kepada setiap ibubapa. Ada macam-macam ragam. Namun, merekalah juga peneman kita di dunia serta akhirat, insyaAllah, amin.

Baik. Apakah kisah inspirasi yang dikongsikan itu? Cerita ini tentang seorang ibu yang mempunyai anak yang kurang menonjol di dalam bidang akademik. Hati mak ayah mana lah yang suka tengok result peperiksaan anak dia sentiasa tercorot kan?

Teringat mrejoy waktu sekolah dulu. Kita ni bukanlah dalam kategori biijak pandai. Tidak juga dalam kategori yang terendah. Cumanya berada di tengah-tengah. Result peperiksaan pun tidaklah segempak mana. Tapi bising jugalah ayah mrejoy bila tengok result peperiksaan tu. Yelah, mungkin dia nak anak dia jadi yang terbaik.

Tapi terus terang mrejoy cakap, memang setakat itu je yang mrejoy mampu. Tapi alhamdulilah, ayah mrejoy tak pernahlah paksa kami adik beradik belajar sampai dapat apa yang dia nak. Eh! Tapi jangan tak tahu, ada mak ayah yang paksa anak-anak dia jadi yang terbaik walaupun tahu kemampuan anak dia setakat mana, yang akhirnya beri kesan buruk pada anak-anak. Hmm.

Kisah yang dikongsikan saudara Zulkifli serta isteri, Puan Ainizan memang betul-betul menarik perhatian mrejoy.

Mulanya memang mereka mahukan anak mereka jadi yang terbaik di dalam akademik. Namun, bila lihat dari semasa ke semasa, memang anak mereka ada masalah. Tapi mrejoy cukup salute dengan pasangan ni. Sebab diarang tak terus mendesak sebaliknya cari jalan lain.

Tahu apa yang pasangan ini buat?

Mereka hantar anak mereka ke pusat tahfiz. 1 benda yang tak semua ibubapa akan fikir nak hantar anak mereka ke sana. Sebabnya, mereka takut, anak-anak mereka tak boleh hidup. Tak boleh dapat kerja kalau belajar dekat tahfiz.

Dan daripada perkongsian yang mrejoy baca. Alhamdulilah, nampak kemajuan dekat anak pasangan ini. Siapa sangka, rupa-rupanya kelebihan anak ini ada sebagai penghafaz al-quran. Penyambung kepada mereka yang menyampaikan ajaran agama islam. Dan insyaAllah, sebagai anak yang akan membawa ibubapanya ke jalan yang lebih diredhai Allah, dunia dan akhirat. Siapa sangka kan?

Kadang, anak-anak yang dikurniakan ini, ada kelebihan mereka yang tersendiri. Terpulang pada setiap ibubapa untuk lihat dan kembangkan bakat yang ada. kalau tak boleh maju dalam bidang akademik, ada pelbagai bidang lain untuk mereka menonjol.

Tak setuju, belajar kena pandai supaya dapat gaji besar.

Ikhlas cakap, memang mrejoy tak setuju. Sebab, dah ramai yang berjaya menjadi manusia yang berjaya walaupun tidak mendapat tempat terbaik sewaktu sekolah dulu. Tapi mrejoy bukanlah menidakkan kepentingan pelajaran tu. Belajar itu penting tapi tengok pada keadaan.

Jika tidak pandai dalam akademik, boleh je belajar bidang kemahiran. Kalau tak minat bidang kemahiran, boleh sahaja masuk dalam bidang online. Dah ramai jutawan online dekat malaysia ni. Tapi minat juga dalam semua bidang ni, masuk dalam bidang agama. Pendek kata, mahu dengan tidak mahu je.

Apa pun, dalam kita mendidik anak-anak tu, janganlah banyak dengan paksaan. Kadang kita kena masuk dalam dunia dia, kena tahu apa yang dia mahukan, barulah semuanya berjalan dengan baik, insyaAllah. Apa pun, tangungjawab pada yang maha esa jangan dilupakan pula ya. baik. rasanya setakat itu sahaja. jumpa lagi dalam post mendatang.



You May Also Like

3 Comments

  1. setuj setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing tak semestinya tak cermelang akamedik tak mampu mendapat pekerjaan yang baik.tak mampu berjaya dan kaya..yang penting ada usaha :)

    ReplyDelete
  2. setuju. nanti boleh mempengaruhi perangai anak

    ReplyDelete
  3. Lagi2 kalau sekolah rendah..tak payah la paksa2.. Masa sekolah rendah tengok dulu minat dia kerah apa..kemudian kita bagi galakan..

    ReplyDelete