Kes isteri tampar suami curang, kantoi bermain kayu tiga di Melaka. | MrEjoy

Kes isteri tampar suami curang, kantoi bermain kayu tiga di Melaka.

Kes isteri tampar suami curang, kantoi bermain kayu tiga di Melaka

Kes isteri tampar suami curang, kantoi bermain kayu tiga di Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya dah ramai yang tengok video yang kini viral dekat laman sosial ni kan? Kes suami kantoi bermain kayu tiga, kemudian dimalukan di khalayak ramai dan dapat hadiah “buah tangan” lagi dari si isteri. Kejadian ini dikatakan berlaku di dataran pahlawan Melaka.

Aku bukanlah nak merujuk pada mana-mana. Baik si isteri mahupun si suami. Cuma, pasti ada sebab mereka tersendiri yang mana kita semua ni, yang tak duduk tempat mereka, tak tahu apa. mungkin ada konflik di antara mereka, itu kita tak tahu.

Cumanya, si isteri. Penat weh. Sungguh penat bila masuk bab isteri dengan anak ni. Memang wujud rasa marah dalam diri bila tengok si isteri yang kendong anak dia tu. Pergi cari suami dia! eh! Dah kenapa kan? Sakit melahirkan anak tu bukan sikit-sikit. Di tambah lagi dengan penat nak besarkan mereka.

Kalau betullah si isteri bekerja dan menjaga anak, kemudian suami senang-senang keluar dengan wanita lain, aduh, memang tak patut lah!

Aku bercakap sebab aku tahu keadaannya. Isteri aku seorang surirumah sepenuh masa. Menjaga rumah dan 3 orang anak yang sedang membesar! Aku tahu keadaan rumah dan penatnya nak jaga anak ni macamana! Tak semua orang lelaki mampu jaga anak macamana orang perempuan jaga. Yes! Itu kelebihan yang Allah beri pada mereka.

Dan aku pulak, memang tak sempat nak lepak-lepak minum ni. Bukan sebab apa. Pagi hingga ke petang bekerja. Kemudian gegas nak balik rumah sebab anak-anak dah tunggu. Kemudian nak tolong wife jaga anak sementara dia siapkan apa yang tak mampu dia buat waktu aku takda dekat rumah.

Kalau nak keluar, kena bawa semua sekali. Sebab tahu bosannya terperap dalam rumah. Mereka pun nak tengok dunia luar. Bukannya wife aku tak boleh nak bawa kereta sendiri. Tapi anak-anak tengah lasak! Takut jadi apa-apa.

Kemudian malam, kita orang lelaki, kadang penat di office, malam lepas selesai semua benda, boleh baring dan terus tidur. Orang perempuan ni kadang mereka pun tidur juga. Tapi apa yang kita tak tahu, mereka bangun juga kadang-kadang awal pagi sebab nak tengok keadaan anak termasuklah dengan diri sang suami.

Nak cerita pasal pengorbanan si isteri ni banyak sebenarnya. Jadinya, bila kes isteri lempang suami sebab kantoi main kayu tiga ni, tahu dah berapa punya besar kecewa ada dalam hati dia! Dan khabarnya, bukan sekali dua kantoinya tu! Banyak kali! Aduhai!

Aku nak menulis banyak pun, aku sendiri tak tahu apa yang berlaku antara mereka. Cumanya, kalau secara kasar, yelah! Kesianlah pada isteri. Mereka memang cantik sebelum nikah. Lepas nikah, memang nampak comot! Memang awek-awek kat luar lagi cantik. Tapi sebab apa mereka jadi camtu? Kena tengok balik.

Kemudian, kalau dah mereka comot, tak cantik. Buatlah mereka jadi cantik balik. Kan? Sekarang ada macam-macam produk kecantikkan. Apa pun, kita ni mampu cakap je, biarlah mereka selesaikan masalah mereka ya! pasti ada jalan penyelesaiannya. insyaAllah.

Share:

0 comments