Maka jalanraya kembalilah bersesak.. | MrEjoy

Maka jalanraya kembalilah bersesak..

cikgu cantik viral

Maka jalanraya kembalilah bersesak.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita sudahpun berada di dalam tahun 2018. Satu tahun yang penuh dengan pengharapan. Satu tahun yang penuh dengan semangat baru. Belum pernah lagi rasanya mrejoy rasa bersemangat macam ni. Rasa macam nak sangat kejar kejayaan dunia dan akhirat. insyaAllah.

Ha, hari ini secara umumnya, musim persekolahan dah pun bermula. Bila sebut sekolah je, mesti ada kaitan dengan jalan raya yang sesak! Yelah, ibubapa semua nak hantar anak ke sekolah. Jadi kawasan-kawasan berdekatan sekolah confirmlah sesak kan?

Macam mrejoy, ada banyak laluan ke tempat kerja yang memerlukan mrejoy lalu dekat sekolah. Ada 2 sekolah menengah dan sekolah rendah. Kalau musim cuti, jalanraya memang lengang. Seronoknya je bawa motor waktu pagi sambil berangan nak jadi kaya. Hehehe.

Tapi bila sekolah dah bukak ni, Kenalah lebih alert. Mata kena lebih peka. Kena tengok kiri kanan. Sebab kereta banyak! Tambah pulak bila dah terlambat. Aduh! Mak ayah nak hantar anak sekolah,kemudian nak masuk kerja lagi, memang semua akan jadi huru hara!

Jalan yang sepatutnya tak boleh masuk, tiba-tiba boleh masuk. Ini belum kira yang keluar simpang tanpa beri apa-apa signal. Bas, van sekolah lagi, uhh! Banyak juga sebenarnya cabaran bila musim persekolahan bermula ni, kena banyak alertnya!

Tapi, dalam tak seronoknya tu, ada seronoknya juga. Yelah, bab seronok tu bila tengok anak-anak kecil ke sekolah. Seronok je tengok. Comel. Kemudian awek-awek sekolah yang jalan kaki tepi jalan tu. Aduh! Wangi sungguh! Hahahaha. (haip! Bab awek sekolah tu jangan fikir apa, dah kita lalu sebelah mereka, tak kan kita nak tutup hidung pula kan?)

Apa pun, selamat kembali ke sekolah. Anak-anak yang baru masuk sekolah, teruskan cita-cita anda. Yang dah lama sekolah, tunjukkan perangai yang baik-baik sahaja. Jangan tunjuk contoh tak baik pada pelajar-pelajar baru.

Banyak harapan sebenarnya untuk musim persekolahan baru ni. Antaranya, tak mahu lagi ada kes buli. Tolonglah control benda ni. Kemudian, kes-kes sosial yang melibatkan remaja perempuan pun sama. Hapuskan. Lagi apa ya? ha, kes melibatkan guru. Mengajar tidak ada salahnya, Cuma jangan patah riuk sudahlah ya. lagi apa ek? Lupa dah.

Oklah, cukup setakat ini sahaja! Selamat tahun baru 2018 untuk semua! Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga banyak kejayaan yang dikecapi tahun ini, ok! salam kejayaan untuk semua! J

Share:

2 comments