Terus terusan rumah di datangi pelesit! | MrEjoy

Terus terusan rumah di datangi pelesit!

rumah dimasuki pelesit

Terus terusan rumah di datangi pelesit! | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Terasa malas pula nak mukadimah panjang-panjang, kita terus je dengan cerita pasal pelesit ni ye. Cerita dia macam ni, rumah yang aku tinggal sekarang ni, kerap sangat di datangi pelesit! Dah banyak sebenarnya rumah kami tinggal sebelum ni (semua rumah sewa la) tapi rumah yang sekarang ni (alhamdulilah, rumah sendiri) boleh kata kerap sangat jumpa pelesit!

Pelesit tu apa?

Buat mereka yang tak tahu pelesit tu apa. Pelesit tu jenis macam belalang. Bentuk tirus macam tu. Orang kata benda tu tak baik. Ikut kata orang perubatan islam, pelesit ni macam belaan orang. Di hantar dengan tujuan untuk tahu apa yang tuan rumah buat. Dan juga untuk buat suasana dalam rumah tu jadi kacau bilau.

Dan macam yang aku ada beritahu dekat awal tadi, rumah yang aku duduk sekarang ni, kerap sangat ada pelesit ni. Mula dulu aku macam taknak ambil tahu sangat. Tapi bila lama-lama, asyik jumpa je, aku jadi sakit hati! Yelah, kalau tengok pada tujuan pelesit ni, siapa yang tak sakit hati kan?

Sebelum ni, yang aku jumpa semua kecik-kecik. Ketuk pakai penyapu lidi kemudian buang dalam tong sampah. Ada satu hari tu, aku jumpa size yang agak besar. Yang itu tak sempat nak ketuk sebab dia terbang lari keluar kawasan rumah. Tapi yang terbaru ni, betul punya besar! Betul punya rare!

Ini betul punya besar! Betul Punya Rare!

Alkisahnya, waktu nak ke tempat kerja, aku pakai kasut dekat pintu. Mula macam tak rasa apa-apa. Tapi bila bangun, toleh ke tepi pintu, MasyaAllah, tersangatlah besar pelesit yang ada! Sungguh ni pertama kali aku jumpa pelesit yang macam tu punya besar!

Dia duduk betul-betul dekat celah pintu. Warna dia coklat! Bukan warna hijau! Awal tu aku panggil wife tengok, kemudian capai penyapu lidi, aku hempaslah sampai hancur! Tapi sungguh rasa macam liat nak bunuh pelesit ni, tak macam belalang biasa, kita ketuk pakai penyapu lidi 2-3 kali, dah hancur kan? tapi yang ini tak hancur langsung, yang tercabut Cuma kepak dia je! Kan pelik tu. Kan?

Kalau ada rambut, confirm orang punya!

Orang kata, lepas ketuk dengan penyapu lidi, cabut kepala pelesit tu, kalau ada rambut halus kat dalam tu, memang orang punya lah! Dan percaya atau tidak, aku pernah jumpa yang ada rambut punya! Dalam rumah aku! tahu apa yang aku buat dengan pelesit tu? Ketuk kemudian bakar sampai hangit!

Tapi yang pagi tadi, aku tak sempat nak buat sebab aku dah lewat nak ke tempat kerja. Lepas ketuk 2-3 kali. Aku angkat kemudian buang dalam tong sampah. Harapannya dia mati dan “tak hilang” lah. Sebenarnya sakit kepala juga fikir pasal benda ni.

Tengok pada tujuan pelesit ni, dah tahu kenapa kan? tercari-cari juga siapa yang hantar dan kenapa dia hantar. Apa yang tak kurang dekat mata dia sampai buat macam ni kan? Apa pun, aku memohon pada Allah semoga dijauhkan daripada segala perkara yang tidak diingini. Mohonlah jauh daripada hasad dengki manusia ni. Semoga kita semua dilindungi daripada perkara yang  tidak elok. Amin.

Share:

0 comments