facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

gambar pelancaran tudung neelofa di zouk

Kisah Neelofa & Pelancaran Tudung | Assalamualaikum. Salam sejahtera. Fuh! Penuh wall facebook dengan kisah pelancaran tudung Neelofa yang dibuat di sebuah kelab malam di ibukota. Mulanya, Mrejoy tercari-cari juga kelab mana yang dimaksudkan tu, sebab waktu awal baca tadi, blog tu tak beritahu pun kat kelab mana. Tapi bila tengok orang post dan share Video neelofa, oh, patutlah ramai yang kecam. Hmm.

Oklah. Buat mereka yang nak tahu dekat mana lokasi tu, Mrejoy beritahu ya. Neelofa buat pelancaran tudung dia di zouk kl. Semua pun tahu Zouk tu apa kan? Jika tak tahu, silakan search zouk kl, ok. Dan disebabkan itulah, ramai yang mengecam neelofa kerana lokasi tersebut dikatakan tidak sesuai. Dan ramai juga wanita bertudung yang hadir.

Dan selepas daripada pelancaran itu, al-maklumlah, penuhlah komen di media sosial yang rata-ratanya tidak setuju dengan lokasi yang dipilih neelofa ini.

gambar pelancaran tudung neelofa di zouk

gambar pelancaran tudung neelofa di zouk

Dan kalau kita baca post di facebook lagi best. Yang positif, yang negative. Yang kita sendiri pun tak terfikir, mereka boleh fikir sampai tahap tu pun ada. Ohh la! Sampai ada yang komen, maka lahirnya ramai makcik bawang. Tertanya juga Mrejoy, kalau perempuan diberi gelaran makcik bawang, kalau lelaki nak panggil apa ek? Hahahha.


Apa pun, ini komen neelofa:

Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan”

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema”

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang"

Apa pun, jom tengok gambar sekitar pelancaran Tudung neefola tu:

gambar pelancaran tudung neelofa di zouk

gambar pelancaran tudung neelofa di zouk

gambar pelancaran tudung neelofa di zouk

gambar pelancaran tudung neelofa di zouk

gambar pelancaran tudung neelofa di zouk

Hafizh Syahrin Sah bergelar pelumba MotoGp

Tahniah Hafizh Syahrin! Sah bergelar pelumba MotoGp! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memang sesuatu yang sangat membanggakan kita rakyat malaysia bilamana “Rider” daripada negara kita berjaya menempatkan diri dalam kelas utama perlumbaan MotoGp! Bila dapat tahu, Hafizh Syahrin di panggil untuk sesi ujian dekat litar Buriram, fuh! Dah rasa bangga dah time tu. Itu belum tentu dapat lagi, baru sesi ujian. Dan bila semalam, Diumumkan yang dia berjaya mendapat tempat dalam kelas Motogp, fuh! Bangga woi!

Hafizh Syahrin, anak malaysia pertama yang berjaya menempatkan diri dalam kelas Motogp. Bersaing dengan pelumba terbaik dunia dan “legend” motogp. Kalau korang memang peminat motogp, ini memang sesuatu yang luar biasa!

Samalah dengan kalau korang minat bola. Biasa main dekat kampung. Tiba-tiba korang terpilih wakili kampung korang, ada friendly match dengan pasukan antarabangsa. Korang kena lawan team besar. Katalah dalam pasukan tu ada cristiano Ronaldo ke, Messi ke, tak kisahlah siapa. Apa perasaan korang? dah tentulah rasa bangga kan? Itu main sekali dalam seumur hidup tu.

Cuba bayangkan Hafizh Syahrin race semusim dengan pelumba-pelumba hebat tu? Fuh! Luar biasa! Luar biasa!

Kau dapat ambil gambar dengan pelumba Motogp pun rasa bangga dah. Itu belum dapat sign dekat helmet ke, dekat tank ke. Hehehe. Dah boleh jual mahal dah lepas tu. Ulps!

Berbalik semula pada cerita Hafizh Syahrin. Dia akan mewakili Monster Yamaha Tech3 team bagi musim 2018. Syarikat ini berpengkalan di perancis dan hafizh akan bergandingan bersama pelumba Johann Zarco.

Kalau tengok balik pada sesi ujian di buriram, Hafizh Syahrin nampak tak kekok menunggang Motosikal yang digunakan bagi kelas Motogp walaupun baru pertama kali. Dan memang besar harapan rakyat Malaysia kalau dia dapat naik podium 1 hari nanti. hehehe.

Apa pun tahniah sekali lagi kepada Hafizh Syahrin. Inilah hasilnya jika semua “rider” dalam malaysia menggunakan saluran yang betul. Kita banyak sebenarnya penungang yang hebat di jalanraya. Kalau bakat ini di salurkan kepada saluran yang betul, insyaALLAH, akan lahir lebih ramai lagi pelumba hebat!

Boleh atau tidak makan daging tupai

Boleh atau tidak makan daging tupai? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini aku ternampak 1 posting di facebook yang menceritakan Hukum Makan Daging Tupai. Secara jujurnya, ini adalah pertama kali aku tahu yang ada orang makan daging tupai. Pernah dengar orang makan biawak, ular, monyet dan pelbagai haiwan lain,tetapi tupai baru pertama kali, adeh! Yang sebenarnya, Boleh atau tidak makan daging tupai ni?

Daging Tupai Haram Atau Tidak?


Fuh, ini nak tulis pun takut. Yelah, kita bukan ulama, ustaz jauh sekali. Cuma berlandaskan penulisan seseorang di FB. Tapi terkejut juga bila baca 1 komen ni, yang cakap tupai makan bangkai? Ha! Betul ke tupai ni pemakan bangkai? Setahu aku la, makanan tupai ni buah-buahan dan serangga. Tak tahu pula kalau dia makan bangkai.

Kemudian ada yang kata, tupai ni gigi taring. Ini pun kurang pasti sebab yang aku tahu Jenis Gigi Tupai ni bukan jenis bertaring. Tapi macam gigi arnab. Pernah tengok gigi arnab? Kalau tak pernah tengok, silakan search ya! hehehe.

Orait. Jom kita sama-sama faham, Daging Tupai Haram Atau Tidak?

Ramai ulama' berselisih pendapat tentang hukum memakan tupai. Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat bahawa memakan tupai hukumnya adalah halal. Sesetengah ulama' yang lain pula berpendapat haram memakan tupai, kerana haiwan ini menggigit dengan menggunakan taringnya.
Pendapat kedua ini merupakan pendapat dari Madzhab Hanafi dan sebagian ulama Syafi’iyah dan Hanabilah. Sementara Malikiyah berpendapat hukumnya adalah makruh. Pendapat yang lebih kuat adalah boleh, sebagaimana yang ditegaskan Imam An-Nawawi dalam al-Majmu’, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni, Khalil dalam at-Taudhih, dan Al-Mardawi dalam al-Inshaf.

Dari Abu Tsa’labah bahawa Nabi s.a.w melarang daripada memakan setiap binatang buas yang bertaring (Hadith riwayat Muslim). Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I’lamul Muwaqqi’in (2/118-119) Maksudnya “dziinaab” yakni binatang bertaring atau berkuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan”. (Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi.

Boleh atau tidak makan daging tupai

Dalilnya adalah prinsip dasar hukum syariah Islam, bahawa “al-ashlu fi al-asy-yaa` al-ibaahah maa lam yarid dalil al-tahriim” (Hukum asal benda adalah mubah selama tidak ada dalil yang mengharamkan). Imam Asy-Syaukani menjelaskan kaedah tersebut pada bahagian akhir bab tentang makanan, buruan dan sembelihan dengan mengatakan, "Berbagai ayat dan hadis yang disebut pada awal bab ini menunjukkan bahawa hukum asal benda adalah halal (al-ashlu al-hill)."

Sebilangan besar ulama’ menghukum dan menfatwakan tupai sebagai binatang yang halal dimakan. Oleh itu, memakan daging tupai itu adalah halal dan tidak memudaratkan kesihatan. Lebih-lebih lagi, tupai bukanlah binatang buas yang bertaring mahupun binatang yang hidup daripada dua alam seperti katak dan buaya.

Dalam soal jawab ini, jelaslah bahawa tiada dalil yang mengharamkannya samada secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, hukumnya kembali kepada hukum mubah, yakni harus untuk dimakan.


Sumber : Abu Redzuan
bercuti dari blog

Kerja cuti, blog pun cuti juga | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan semua. Harapannya baik-baik sahajalah ye. Rasanya hari ini semua dah start kerja kan? Ada yang dah mulakan kerja semalam. Apa pun, cuti raya cina dah habis dan kini masanya untuk kembali bekerja.  Biasalah, awal-awal masuk kerja ni, mood bercuti tu tak habis lagi. Kena pulak yang baru pulang dari kampung halaman, suasana kampung tu pastinya masih dirasai.

Orait. hari ini sahajalah mrejoy nak share perangai Mrejoy yang mulanya nak berubah bila masuk tahun 2018 ni, tapi nampaknya masih kekal juga. mrejoy akan aktif menulis bila mrejoy dalam waktu kerja sahaja. Maknanya daripada hari isnin hinggalah jumaat. Kalau siangnya mrejoy kerja, malamnya mrejoy akan tulis.

Jika tidak menulis dekat blog ni, mrejoy akan menulis dekat blog-blog lain. Tapi semuanya waktu kerja sahaja.

Mulanya bila masuk tahun 2018 hari tu, memang dah niat, nak rajin menulis walaupun ketika waktu cuti. Ada juga paksa diri untuk menulis hari minggu, tapi nampaknya macam tidak berjaya! Termasuklah waktu cuti perayaan raya cina ni. Ada banyak kisah menarik yang berlaku, tapi itulah, malas! Hahaha.

Kalau cuti 2 minggu, memang 2 minggulah mrejoy akan bercuti! Selamatlah tidak terikat dengan mana-mana blog. Kalau tidak, sakit juga nak menjawab dengan bos. Hehehe.

Apa pun, impian untuk bergelar seorang blogger sepenuh masa itu tetap ada. Impian untuk jana income dengan blog tetap ada. Impian untuk bergelar seorang penulis hebat juga ada. Cumanya, malas itu belum hilang. Boleh buang sebenarnya penyakit tu, Cuma hati kena kuat la. Hahahaha.

Banyak cerita yang mrejoy nak kongsikan sepanjang cuti ini. Tapi macam biasalah, kita tulis tajuk dulu, isi nya itu tak tahu bila nak penuhkan, hehehe. Apa pun, selamat kembali kepada semua. Cuti dah habis dan silalah tinggalkan mood bercuti anda itu ya! Fokus pada kerja dan target 2018 anda! Buang sifat malas dan rakan-rakan negative! Ayuh! Kejayaan sedang menanti!

Tersesat dalam kampung bunian rupanya

Tersesat dalam kampung bunian rupanya.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang tengok drama Kisah yang Hilang dekat TV3 semalam? Ha, semalam episode akhir tau. Maka dah terungkailah kenapa apa yang ditulis Aqil semuanya menjadi kenyataan! Aku memang tertunggu-tunggu episode akhir ni. semuanya sebab nak tahu kenapa. Akhirnya baru dapat tahu yang si Aqil ni dah Tersesat dalam kampung bunian rupanya! Patutlah jalan cerita dia lain macam je kan?

Dan secara jujurnya aku nak bagitau dekat sini, aku sedih dengan ending drama kisah yang hilang ni! sungguh! Terasa betul dalam hati aku ni ha. Waktu “orang-orang bunian” tu nak lepaskan Si Aqil ni balik! Yelah, diarang dah lama bersama kan? Semua benda buat sama-sama. Dan waktu diarang nak cari jalan keluar tu (sebenarnya orang bunian ni nak lepaskan si aqil ni) kan diarang dah janji nak cari kerja best-best kat kl.

Kalau tengok balik jalan cerita dia, nampak susah sebenarnya si Aqil ni nak keluar dari kampung bunian tu. Kan kejap bangun, kejap tidur dibuatnya. Agaknya, mungkin inilah yang dirasai oleh mereka yang Sesat Di Kampung Bunian! Mungkin juga jalan cerita drama ni dibuat berdasarkan pengalaman sebenar?

Yang sebenarnya, si suri yang taknak lepaskan Si Aqil ni. Sebab tu dia “terkurung” dalam kampung bunian tu. Kalau baca balik kisah mereka-mereka yang termasuk ke dalam Kampung Bunian Di Malaysia ni, hampir kesemuanya akan bercerita perkara yang sama. Jumpa dengan wanita cantik, kemudian mereka nak bernikah.

Dan biasanya. Ini biasa ya. Mereka yang buat keputusan bernikah tu, hampir kesemuanya tidak akan keluar daripada situ. Itu yang kadang kita dengar orang hilang tak jumpa-jumpa tu.

Tapi sungguh aku terkesan dengan ending drama Kisah Yang Hilang ni. Nampak kesungguhan Mamat 3 orang tu nak suruh Si Aqil ni keluar. Kemudian bila Aqil dah keluar, dia masih teringatkan kawan-kawan dia. Rindu yang berpanjangan. Yang hanya boleh dirasai oleh mereka yang pernah rasa.

Aku ni tidaklah pandai atau ada pengalaman mengenai Misteri Kehidupan Orang Bunian ni. Cuma baca daripada kisah-kisah orang. Aku cuba kongsikan sedikit apa yang pernah aku bacalah ye. Kampung bunian ni ada dekat mana-mana. Mereka ni kita tak boleh nampak dengan mata kasar kita ni. Tapi mereka ada. Dah banyak cerita orang Kena Sorok Bunian ni.

Dalam banyak-banyak kisah orang bunian ni, aku paling suka cerita tentang Kampung Bunian Di Gunung Jerai. Ada banyak kisahnya. Nak cerita satu persatu dalam blog mrejoy.com ni rasanya macam tak cukup. Nantilah kalau aku senang, aku buat 1 entry khas cerita pasal benda ni je yer.

Oklah. Rasanya cukuplah setakat ini dahulu. Nanti ada masa, aku kongsikan pula kisah-kisah orang bunian dekat malaysia ni. Mesti ada dari kalangan pembaca blog mrejoy.com yang suka nak tahu kan? insyaAllah, ada kesempatan, kita kongsilah bersama-sama ye. Oklah. Jumpa lagi. J

Doa Rezeki Makan Tak Habis

Teknik berdoa yang betul semoga rezeki melimpah ruah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak berat juga tajuk kali ini. Tapi aku cuba untuk sampaikan di antara cara-cara berdoa yang betul agar diberikan rezeki yang melimpah ruah dan luas. Ramai sebenarnya daripada kita yang dalam sedar tak sedar, “tersilap berdoa” atau mungkin tanpa sedar, tersebut perkataan (yang sebenarnya doa) hampir setiap hari. Dan atas alasan itu, rezeki semacam sempit dan sukar.

Oklah, mungkin ada yang belum jelas lagi dengan maksud tersilap berdoa. Aku kongsikan sedikit ilmu yang diajarkan kepada aku oleh seorang rakan yang mendapatnya daripada perkongsian seorang ustaz dalam 1 ceramah mengenai rezeki.

Katanya, kita jangan berdoa agar dimurahkan rezeki. Aku pasti ramai daripada kita yang kerap berdoa agar dimurahkan rezeki. Mungkin ada yang belum sedar, jika kita berjalan dan terjumpa dengan nilai RM0.10, itu juga adalah murah rezeki. Diberikan kesempatan untuk hidup dan bernafas, itu juga murah. Cuba bayangkan jika kita terpaksa bayar jumlah oksigen yang kita guna, pastinya ramai yang tidak mampu untuk bernafas.

Jadi apa yang sebaiknya?

Adalah lebih baik jika kita berdoa agar dimewahkan rezeki. Rezeki itu bukan sahaja melalui wang ringgit, malah dalam segala hal. Juga di tambah dalam doa tersebut. Kau mewahkanlah rezeki aku dan semoga rezeki yang mewah tersebut akan membuatkan aku lebih banyak membantu mereka yang lebih memerlukan.

Sama halnya jika kita tengok dompet kita. Pasti kita selalu sebut, aduh duit dah nak habis ni. Mana cukup ni, makan pasirlah nampaknya ni. Dan macam-macam lagi kata-kata yang negative. Samada kita tahu atau tidak, setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita ini adalah 1 doa. Jadi, jika kita selalu cakap yang itu ini tak cukup, hidup susah, duit cukup-cukup makan, percayalah, itu adalah apa yang akan terjadi dalam hidup kita.

Jadi nak sebut macamana?

Adalah lebih baik jika kita sebut, Ya Allah, aku bersyukur ada nilai RM100 dalam dompet aku Ya Allah. Syukur padamu Ya Allah kerana beri aku rezeki sebanyak ini Ya Allah. Ya Allah bantulah aku Ya Allah. Bantulah agar nilai RM100 ini bercambah dan tambahlah nilai yang lebih besar (boleh juga sebut nilai yang kita mahukan) ke dalam akaun bank aku Ya Allah.

Keraplah bersedekah.

Bagi orang lelaki. Setiap jumaat akan ke masjid. Pasti akan masukkan duit dalam tabung masjidkan? Maaf tanya, berapa yang korang masukkan. Benar, sedekah ikut kehendak. Bukan paksaan. Tapi tanya balik diri, nak jumlah yang banyak tapi keluarkan jumlah yang kecil. Benar, bersedekah bukan mengharapkan balasan, tapi percayalah, bersedekah itulah yang membuatkan rezeki kita semakin melimpah ruah.

Konsep dia mudah. Tengok pada bisnes. Keluar modal kecil, boleh keuntungan ratus ribu ke? Tak kan? Mereka yang dapat keuntungan besar ni, modal mereka juga besar. Jadi apakata, jika kita kerap bersedekah sebanyak RM1.00 tu, ubah kepada RM5.00 atau lebih. InsyaAllah, rezeki pasti melimpah ruah.

Tapi harus diingat, haruslah ikhlas dan janganlah mengharapkan balasan. Ok?

Waktu masuk dalam duit tabung tu, berdoalah. Ya Allah ya Tuhanku. Aku ikhlas memberikan nilai RM5.00 ini. Ini sahajalah yang aku mampu berikan ketika ini. Kau limpahkanlah rezekiku Ya Allah. Kau mewahkanlah rezekiku Ya Allah. Kau berikanlah perniagaan aku memberikan pendapatan RM20,000/RM30,000 sebulan  (atau sebutkanlah jumlah yang korang mahukan). Agar dengan rezeki itu, aku dapat memberikan lebih lagi. Amin.

Berdoa agar dikurniakan anak.

Masuk sedikit bab rezeki anak. Ini Cuma ikhtiar. Perkongsian ini aku baca melalui 1 perkongsian dalam laman sosial facebook. Biasa kita berdoa agar dikurniakan anak. Namun ada kalanya belum juga makbul. Mungkin doa kita itu belum cukup kuat atau betul caranya. Jadi, bagaimana cara berdoa yang betul? Korang boleh berdoa macam ini:

Ya Allah. Aku bersyukur dikurniakan pasangan yang sempurna. Yang mencintai aku. Yang memenuhi segenap ruang kosong dalam diriku. Ku bermohon kepadamu ya Allah, kau kurniakanlah kami zuriat. Agar dengan kehadiran zuriat ini akan lebih mendekatkan kami denganmu Ya Allah. Semoga dengan zuriat ini akan mengajarkan kami erti kehidupan dan erti sebenar kesyukuran. Semoga dengan zuriat ini akan menjadikan kami lebih penyayang bukan sahaja kepadanya malah kepada semua makhlukmu ya Allah. Amin ya rabbal alamin.

Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

Inginkan percutian luar biasa di tanjung malim, perak? Ayuh ke Ma-Ni Villa! | Selepas mendapat tahu mengenai 1 lokasi percutian menarik di Kuala Kubu Bahru, hari ini aku jumpa 1 lagi lokasi konsep percutian gaya antarabangsa yang terletak di dalam negara kita. Yes! Mula-mula, sewaktu tengok gambar-gambar lokasi percutian ini, aku sangkakan ianya berada di luar negara tetapi bila dapat tahu lokasinya, uh! Hanya di dalam Malaysia? Lokasi percutian ini hanya di Tanjung Malim Perak. Sungguh tak ku sangka! Ayuh kita jelajah Ma-Ni Villa!

Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa


Kalau korang sukakan suasana percutian yang unik (macam aku) dan ada taman “hutan” kemudian ada kerusi boleh lepak sambil menikmati suasana “hutan” (sama macam aku) serta suasana resort seperti berada di dalam hutan (pun sama macam aku) maka korang kena datang menginap di sini, di Ma-Ni Villa!


Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

Bila pertama kali tengok konsep binaan dekat sini, aku teringatkan konsep binaan di bali, Indonesia. Siapa yang dah sampai ke sana mesti dah familiar dengan konsep percutian dekat sana kan? Villa yang besar, hampir kebanyakkan binaan di bina di pinggir atau tengah hutan. Ada kerusi yang diletakkan untuk kita menikmati suasana hutan serta kolam samada bersaiz kecil mahupun bersaiz infinity!

Aku suka dengan binaan menggunakan batu merah ni. Nampak “sebati” dengan alam semulajadi. Dibina berbentuk segiempat dengan cermin besar pada bahagian belakang serta memiliki taman peribadi sendiri. Tidakkah ianya sangat wow??

Terdapat 4 jenis villa yang ditawarkan di Ma-Ni Villa ini iaitu Purple Villa, Green Villa, Yellow Villa, dan Orange Villa.

Sedikit info mengenai lokasi Percutian Menarik Di Tanjung Malim ini adalah, Ma-Ni Villa ini dahulunya adalah sebuah restoran masakan thai. Namun, pemiliknya telah membina beberapa villa yang membenarkan pengunjung untuk menginap di sini. Jadi buat peminat masakan thai, ini adalah lokasi percutian yang terbaik untuk korang! Penginapan yang menarik serta masakan yang sudah tentunya sedap!

Oklah, jom kita tengok jenis-jenis penginapan yang disediakan di sini:

#1. Ma-Ni Villa : Purple Villa


Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

#2. Ma-Ni Villa : Green Villa

Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

#3. Ma-Ni Villa : Yellow Villa

Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

#4. Ma-Ni Villa : Orange Villa

Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa

Sekarang, macamana? Terasa tak, nak menginap dekat sini? Kalau korang nak rasa kelainan penginapan di Ma-Ni Villa ini, korang boleh dapatkan info di Ma-Ni Thai Cuisine atau boleh hubungi talian +605-4590142/ +6017-333 5142/ +6012-3736 820.

Anugerah Juara lagu ke 32 AJL32 2018

“Bagaikan dijampi” merangkul anugerah juara lagu ke 32! | Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi telah berlangsung Anugerah Juara lagu ke 32 AJL32 2018. Memang tidak dinafikan, kesemua artis memberikan persembahan yang terbaik. Namun, pujian harus diberikan kepada pengacara Alif satar & sherry al haddad yang pada aku, antara pengacara terbaik sepanjang Anugerah Juara Lagu diadakan. Pengacara macam inilah yang kami mahukan.

Persembahan hampir kesemua artis pada malam Anugerah Juara Lagu ke 32 AJL32 2018 semalam pada aku biasa-biasa sahaja. Tiada yang wow pun. Cuma kali ini, mereka lebih kepada vocal! Yes! Vocal. Dari awal sampai habis persembahan, semuanya tarik dan tarik! Mean vocal tinggi lah. Dan tahniah kepada Syamel & Ernie Zakri kerana berjaya merangkul Anugerah Vokal Terbaik ajl 32 menerusi lagu Aku cinta.

Mulanya ingat Dayang Nurfaizah yang akan menang Vokal terbaik AJL ni, tapi melihat kepada persembahan Syamel & Ernie Zakri, memang mereka layaklah untuk dapat anugerah ini.

Kategori persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu 32 milik Altimet menerusi lagu amboi. Bercerita pasal lagu Amboi ni, persembahan altimet malam tadi dengan pakaian yang dikenakan memang menarik. Anak aku yang baru setahun lebih pun turut sama “menyanyi” walaupun perkataan yang disebutnya tu, sikit pun tak sama. Hahaha.

Pemenang tempat ketiga AJL32 milik haqiem rusli menerusi lagu tergantung sepi dan tempat kedua pula milik Azmi caliph buskers menerusi lagu sejati. Dan detik yang dinantikan ketika pengumuman Anugerah Juara lagu 32 AJL32 2018. Yang sebenarnya, dalam apa jua anugerah, yang paling tidak sabar orang nantikan adalah juara, betul tak?

Yang sebenarnya, aku sendiri pun tak pasti, lagu apa yang bakal menjadi juara. Tak seperti sebelum ini yang mana, awal-awal lagi dah dapat hint siapa yang bakal menjuarai Anugerah juara lagu. Namun akhirnya, Anugerah Juara Lagu 32 AJL 32 2018 menjadi milik hael husaini menerusi lagu jampi. “Bagaikan dijampi” merangkul anugerah juara lagu ke 32!

Memang tak sangka sungguh lagu ini bakal menang. Namun, inilah tuah! Tuah manusia tak siapa yang tahu! Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan lupa pula nak kongsikan penutup AJL32 semalam. Tema Pop Yeh Yeh sememangnya akan membuatkan semua orang menari! Tapi bila Awie yang terkenal dengan lagu rock bawa lagu Pop Yeh Yeh, hmm, boleh tahan juga. hehehe.

Oklah, tahniah sekali lagi kepada hael husaini dan jom kita “berjampi” bersama-sama! Hehehe.

Lirik Lagu Jampi Hael husaini.

Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha ha ha aku ketawa
Terasa aku tak tentu arah

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Malam, berganti malam
Masih terbayang
Apa yang berlaku
Pada diriku
Ternyata kamu
Ternyata kau mahu diriku
Selamanya kau milik ku

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali

Ternyata hanya kau harus aku cintai

lokasi percutian semulajadi di selangor

The sticks, percutian Semulajadi Tersembunyi Di Kuala Kubu Baru | Sewaktu mula-mula tengok gambar lokasi percutian ini, aku rasa macam tak percaya yang lokasinya berada di dalam negara ini, Malaysia! Kebiasaannya, lokasi percutian semacam ini banyak berada di negara jiran, Indonesia dan negara luar! Wah! Nampaknya banyak juga percutian “tersembunyi” yang ternyata sangat cantik dan indah untuk kita di sini kan? ayuh! Kita terokai bersama-sama The Sticks yang terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor!

The sticks, percutian Semulajadi Tersembunyi Di Kuala Kubu Baru.


Lokasi ini dikelilingi dengan hutan dan alam semulajadi yang sangat indah. Banyak aktiviti yang boleh kita buat dekat sini antaranya jungle tracking, paragliding, water rafting dan pelbagai lagi. Satu yang betul-betul menarik perhatian aku adalah lokasi percutian ini ada sungai!

Memang seronok bila sesebuah lokasi percutian tu ada aliran air sungai. Lebih seronok bila ada aktiviti air yang disediakan. Terasa nikmat sungguh percutian tu!

Di antara tarikan menarik di The Sticks ini juga adalah lokasi penginapan dia. Konsep yang mereka tawarkan di sini benar-benar membuatkan kita “bersatu” dengan alam semulajadi. Ada 7 jenis penginapan yang mereka sediakan antaranya:

OPERA HOUSE.

Lokasi penginapan yang mampu memuatkan 6 orang serta lengkap dengan bilik mandi. Sesuai untuk keluarga serta kumpulan. Aku suka dengan konsep binaan Opera House ni yang nampak sedikit kearah rumah kampung moden. Pasti sejuk pada malam hari! Hehehe.

SERENGETI TENT.

Mampu memuatkan 4 orang dewasa. Sedikit kecil daripada Opera house ni tadi. Konsep Serengeti ni berbeza sedikit dengan Opera house yang mana ianya membawa konsep khemah. Kira macam Glamping juga la.

Buat mereka yang nak rasa kelainan, boleh pilih SERENGETI TENT ni.

RIVERSIDE TENDOK.

Jenis yang ini mampu memuatkan maksimum 3 orang. Ini memang pilihan aku. Aku suka lokasi yang berdekatan dengan air sungai! Tidur sambil diiringi deruan air yang mengalir. Uhh! Riverside tendok ini ada tangga yang membolehkan kita terus ke sungai. Menarikkan bunyi dia? Ha, kalau nak rasa pengalaman ini, kenalah datang ke The sticks, percutian Semulajadi Tersembunyi Di Kuala Kubu Baru!

Oklah, buat mereka yang ingin merasai percutian semulajadi terbaik ini, boleh datang di:

The Sticks

Lot 213 Jalan KKB - Fraser's Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor, Malaysia

Atau boleh buat tempahan melalui laman web di bawah:

Thesticks.my/booking

Sakit Gigi Geraham Bawah

Derita Sakit Gigi Geraham Bawah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah. Masih diberikan kesempatan untuk menulis. Hari ini nak share sikit cerita mengenai Sakit Gigi Geraham Bawah dan Berlubang ni. Yang sebenarnya, bukan Mrejoy yang sakit gigi geraham ni, tapi wife Mrejoy. Sakitnya pula bukan satu, tapi kedua-dua belah! Jadi boleh bayangkan tak berapa punya sakit tu? Yang sebenarnya dah bawa ke klinik semalam untuk cabut gigi geraham bawah tu, tapi Doktor minta datang balik sebab katanya gusi tengah bengkak dan ada nanah. Jadi tak boleh cabut dulu.

Mulanya, Mrejoy dah suruh wife cabut awal-awal, tapi dia taknak. Tapi bila dah datang sakit, barulah dia nak pergi cabut. Bila dah sakit, memang doktor tak bagi cabut la kan, sebab dah bengkak. Dia suruh datang waktu tak sakit. Mrejoy pun cakaplah dengan wife, mana orang tak sakit gigi, dia nak pergi klinik untuk cabut. Kan? Biasa kalau dah sakit sangat baru kita pergi, betul tak? eh! Ke korang pergi je waktu gigi tak sakit? Hmm.


Efek Sakit Gigi Geraham Bawah

Efek Sakit Gigi Geraham Bawah.


Ini soalan jangan sesekali tanya pada mereka yang sedang Sakit Gigi Geraham Bawah ni. Sebab emosi orang yang tengah sakit gigi ni lain macam sikit. Jangan silap cuit je. Ha. Sakit dia, bak kata wife, dah macam sakit nak beranak! Dulu pun Mrejoy pernah sakit gigi geraham. Tapi gigi geraham atas. Sakit dia tak sama macam sakit gigi geraham bawah ni.

Macam wife Mrejoy, sakit dia dua-dua belah. Mulanya dia ingat nak cabut dua-dua sekali. Yelah sebab sakit kan? Tapi bila tanya doktor, dia kata tak boleh melainkan atas bawah. Kalau gigi geraham atas dan bawah, boleh cabut sekali. Kalau bawah dua-dua, memang tak boleh sebab kata doktor, yang bawah ni lain macam sikit. Lain macam sikit?? Hmmm.

Cabut Gigi Geraham Bawah Sakit Tidak?


Disebabkan Mrejoy belum ada pengalaman, jadi Mrejoy tak bolehlah nak share. Wife pun belum cabut lagi, jadi belum nampak situasi dia macamana. Tapi melalui pembacaan yang mrejoy baca, sakit dia memang tak sama macam Cabut Gigi Geraham Atas. Kalau sebelah atas, sakit dia “sekejap”. Makan ubat tahan sakit, insyaAllah, semua ok.

Tapi kalau Cabut Gigi Geraham Bawah ni, uii, jangan buat main la. Adik ipar Mrejoy sampai demam berapa hari tah! Kata dia, lepas keluar dari klinik gigi tu je dah rasa lain macam. Lain macam tu tak tahu nak gambarkan sebab dia cakap macam tu je. Eh! Lama jugalah dia demam sebab cabut gigi geraham bawah ni. ha.

Cara Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Geraham Bawah.


Bila masuk bab Petua Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Geraham ni, rasa macam berat pulak. Sebabnya, rasa macam susah betul nak hilang sakit tu melainkan cabut je terus! Tapi, tak bolehlah kita cakap macam tu kan? Pasti ada petua yang sesuai untuk orang ini, tapi tak sesuai untuk orang lain. Apa pun, kita cuba dulu lah ye.

#1. Gigit bunga cengkih.

Mrejoy pernah buat waktu sakit gigi geraham atas dulu. Cara dia mudah je. Ambil dan gigit. Dan kalau gigi geraham bawah berlubang, tumbuk cengkih tu dan isi dalam lubang tu, insyaAllah, reda sedikit sakit gigi geraham ni.

#2. Kumur dengan air garam.


Wife Mrejoy kerap buat benda ni. Ambil 1 sudu garam dan larutkan dalam air suam. Kemudian kumur. Cara ini pun mampu mengurangkan Rasa Sakit Gigi Geraham Bawah.

#3. Kapur sireh.


Kalau dekat rumah ada kapur sireh, boleh juga digunakan. Cara dia, ambil sedikit dan sapu pada gigi yang sakit. Jangan terlalu banyak sebab akan mengakibatkan rasa tidak selesa nanti.


Petua Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Geraham


#4. Gambir.

Cara dia sama dengan kapur sireh. Ambil gambir dan tumbuk hingga separuh kemudian masukkan kedalam gigi yang sakit. Fungsi dia, akan kebaskan gigi. Tapi jangan terlalu banyak sebab nanti dengan bibir kita pun naik kebas.

#5. Asam jawa.

Orait, cara seterusnya dalam usaha Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Geraham Bawah adalah menggunakan asam jawa. Cara adalah asam jawa tersebut digoreng beberapa minit. kemudian letakkan sedikit garam dan tumbuk sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi geraham yang sakit tu.

Oklah, rasanya itulah 5 tips untuk Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Geraham Bawah yang dapat Mrejoy kongsikan. Apa pun, sekali lagi, Sakit Gigi Geraham ni bukan biasa-biasa sakit dia. Cara yang dikongsikan Cuma dapat meredakan sakit untuk seketika sahaja. Jalan terbaik adalah cabut terus gigi tu. Sebab sakit pasti datang semula kalau tak cabut.

Nak ikutkan rasa takut cabut gigi tu, sampai bila-bila tak sudah. Sakit untuk cabut sekejap je kemudian kita boleh rasa tenang. Berbeza kalau kita simpan, sakit itu akan kerap menyerang kita! ok, faham kan? apa pun, bertabahlah wahai isteri, minggu depan kita pergi cabut dan semoga bengkak tu surutlah. Ok? 

punca hidung berdarah dan cara mengubatinya


Hidung kerap berdarah? Ketahui apakah puncanya dan cara mengubatinya! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang ada masalah Hidung Berdarah Sebelah Kanan atau sebelah kiri? Tak kisahlah mana-mana, janji dia ada masalah hidung mudah berdarah? Jika ada kita geng! Hehehe. Mrejoy memang mengalami masalah ni sejak dari kecil lagi. Tengah duduk-duduk lepas bermain, tiba-tiba je hidung berdarah! Waktu kecik dulu memang rasa takut, tapi bila dah biasa sangat, sekarang ni bila berdarah, mrejoy rilek je. Hehehe.

Dan mrejoy nak juga beritahu kat semua ni, sewaktu artikel ini ditulis, hidung mrejoy masih berdarah (tapi darahnya dah kering la). Dan atas sebab itulah, terasa nak menulis tentang masalah hidung berdarah ni dan apakah Punca Hidung Berdarah secara Tiba-tiba ni.

(Mrejoy bukan doktor dan penulisan ini adalah hasil rujukan daripada blog-blog kesihatan dan doktor yang menulis)

Baik! normal atau tidak hidung yang kerap berdarah ni? Kalau tanya pada mrejoy, dah tentulah jawapannya tak normal. Itu jawapan mrejoy lah. Dan masalah ini bukan berlaku dekat orang tua sahaja. Malah Hidung Berdarah ini juga terjadi Pada Anak-anak kecil.

Punca Hidung Berdarah (Malaysia) adalah disebabkan oleh salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah! Lapisan dalam hidung ini tersangatlah lembut. Dan salur darah yang ada dalam tu dekat dengan pemukaan yang mana ia menyebabkan mudah pecah dan berdarah.

Punca Hidung Berdarah Dan Cara Mengatasi.


Di antara punca-punca kenapa hidung berdarah adalah disebabkan:

  • Cuaca yang panas/terlalu panas dan kering yang mengakibatkan salur ini pecah dan berdarah.
  • Jangkitan pada hidung, tekak dan sinus.
  • Selesema.
  • Alahan disebabkan oleh habuk dan sebagainya.
  • Terantuk/trauma.
  • Kehadiran bendasing contohnya memasukkan sesuatu ke dalam hidung.
  • Membuang hingus terlalu kerap dan kasar.
  • Perubahan cuaca (terlalu panas atau terlalu sejuk)


Dan cara-cara untuk merawat masalah hidung berdarah ini adalah:

  • Bernafas seperti biasa tetapi jangan menggunakan hidung sebaliknya bernafas menggunakan mulut.
  • Jangan paksa! Atau jangan hembus udara yang terlalu kuat menggunakan hidung.
  • Kurangkan bercakap dan elakkan dari bersin atau batuk. Ini akan menyebabkan darah dalam hidung lambat beku.
  • Jangan sesekali baring.
  • Jangan kerap periksa samada darah sudah kering atau tidak. Dalam kes mrejoy, mrejoy buat tak tahu je. Ada orang yang kerap masukkan jari. Mungkin nak tengok samada ada darah lagi atau tidak.
  • Dan jika darah masih tidak berhenti dan berterusan, sila dapatkan rawatan segera di klinik/hospital yang berdekatan.


Cara untuk elakkan hidung berdarah kembali.

  • Kena rajin minum air putih bagi memastikan suhu di dalam badan kita sentiasa sejuk.
  • Jangan bersin terlalu kuat. Ini akan sebabkan hidung kita berdarah kembali.
  • Jangan korek hidung dengan kuku yang tajam atau memasukkan jari terlalu dalam. Kadang hidung kita kering, bila kita tarik tu, akan sebabkan luka. Itu yang berdarah tu.
Kerap bermimpi di datangi arwah ibu

Kerap bermimpi di datangi arwah ibu | Assalamualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Kembali menulis selepas bercuti selama 5 hari. Mrejoy macam biasalah, bila bercuti dari kerja, menulis di blog pun samalah bercuti. Hehehe. Yang sebenarnya, agak sibuk juga cuti ni sebab family dari jauh datang. Nun dari utara. Bukan sikit-sikit, ramai juga yang datang kali ini, jadi agak sibuk juga nak melayan semua.

Agak seronok sebenarnya bila family datang rumah kita ni. Yelah, agak lama juga ayah aku tak datang rumah aku. Nak drive sendiri, jauh dari kedah nak datang Melaka. Sebelum ni, abang aku yang bawakan. Kali ni, ada sedara yang bawa.

Arwah mak aku tak sempat nak datang tengok rumah aku sekarang. Dia Cuma sempat datang waktu aku tinggal menyewa. Itupun lama dulu. Kemudian tak ada datang lagi. Selepas arwah mak aku meninggal, baru inilah ayah aku kerap datang Melaka. Mungkin sebab dia rindu nak tengok cucu dia.

Aku memang tak kerap balik kedah. Itu akui. Ada 2 masalah yang aku hadapi. 1 adalah cuti. Cuti tak panjang. Kalau nak balik sana, kena cari cuti panjang. Jadi aku akan balik waktu cuti perayaan cina dan cuti raya puasa sahaja. Kedua macam biasalah, kewangan. Nak balik sana perlukan belanja yang besar. Kalau sebelum ni bujang, kita boleh naik bas je, tapi bila ada family besar ni, semua kita kena fikir.

Kerap bermimpi di datangi arwah ibu.

Waktu ayah dengan adik beradik aku datang, memang rasa kekurangan. Bukanlah kata aku tercari-cari mana arwah ibu aku (sebab aku tahu dia dah takda) tapi memang rasa ada kekurangan. Anak kan, apa pun dia akan cari mak dia dulu. Tapi aku tahu mak aku dah tak ada.

Tapi ada sesuatu yang kerap berlaku pada aku. Aku terlalu kerap mimpi arwah ibu aku. Pagi tadi pun aku mimpi arwah ibu aku. Dia berdiri belakang ayah aku sambil pandang aku. Tak cakap apa-apa. Sebenarnya banyak kali juga aku mimpi macam ni.

Mimpi arwah ibu datang. Dia Cuma berdiri dan tak cakap apa-apa. Dia Cuma pandang je aku. Dan aku tak tahu pun apa makna disebalik mimpi tu. Bila cerita dengan wife, dia kata mungkin aku rindu kat arwah ibu aku. Mungkin juga dia inginkan doa daripada anak-anaknya. Dan alhamdulilah, memang aku selalu berdoa pada arwah ibu aku.

Kata orang, bila kerap bermimpi ni, eloklah dibanyakkan berdoa dan bersedekah atasnya. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan. Dalam kesempatan ini, aku memohon agar dapat kalian semua juga, dapat menyedekahkan pahala Al-fatihah kepada arwah ibu aku, Zainab Bte Saad. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-fatihah. Amin.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ▼  February (12)
      • Kisah Neelofa dan Pelancaran Tudung
      • Tahniah Hafizh Syahrin! Sah bergelar pelumba MotoGp!
      • Boleh atau tidak makan daging tupai?
      • Kerja cuti, blog pun cuti juga
      • Tersesat dalam kampung bunian rupanya..
      • Teknik berdoa yang betul semoga rezeki melimpah ruah
      • Inginkan percutian luar biasa di tanjung malim, pe...
      • “Bagaikan dijampi” berjaya merangkul anugerah juar...
      • The sticks, percutian Semulajadi Tersembunyi Di Ku...
      • Derita Sakit Gigi Geraham Bawah
      • Hidung kerap berdarah? Ketahui apakah puncanya dan...
      • Kerap bermimpi di datangi arwah ibu
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    Cari Duit Lebih Untuk Hari Raya, Dua Lelaki Ditahan Ketika Mahu Beli Nombor Ekor
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates