“Bagaikan dijampi” berjaya merangkul anugerah juara lagu ke 32! | MrEjoy

“Bagaikan dijampi” berjaya merangkul anugerah juara lagu ke 32!

Anugerah Juara lagu ke 32 AJL32 2018

“Bagaikan dijampi” merangkul anugerah juara lagu ke 32! | Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi telah berlangsung Anugerah Juara lagu ke 32 AJL32 2018. Memang tidak dinafikan, kesemua artis memberikan persembahan yang terbaik. Namun, pujian harus diberikan kepada pengacara Alif satar & sherry al haddad yang pada aku, antara pengacara terbaik sepanjang Anugerah Juara Lagu diadakan. Pengacara macam inilah yang kami mahukan.

Persembahan hampir kesemua artis pada malam Anugerah Juara Lagu ke 32 AJL32 2018 semalam pada aku biasa-biasa sahaja. Tiada yang wow pun. Cuma kali ini, mereka lebih kepada vocal! Yes! Vocal. Dari awal sampai habis persembahan, semuanya tarik dan tarik! Mean vocal tinggi lah. Dan tahniah kepada Syamel & Ernie Zakri kerana berjaya merangkul Anugerah Vokal Terbaik ajl 32 menerusi lagu Aku cinta.

Mulanya ingat Dayang Nurfaizah yang akan menang Vokal terbaik AJL ni, tapi melihat kepada persembahan Syamel & Ernie Zakri, memang mereka layaklah untuk dapat anugerah ini.

Kategori persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu 32 milik Altimet menerusi lagu amboi. Bercerita pasal lagu Amboi ni, persembahan altimet malam tadi dengan pakaian yang dikenakan memang menarik. Anak aku yang baru setahun lebih pun turut sama “menyanyi” walaupun perkataan yang disebutnya tu, sikit pun tak sama. Hahaha.

Pemenang tempat ketiga AJL32 milik haqiem rusli menerusi lagu tergantung sepi dan tempat kedua pula milik Azmi caliph buskers menerusi lagu sejati. Dan detik yang dinantikan ketika pengumuman Anugerah Juara lagu 32 AJL32 2018. Yang sebenarnya, dalam apa jua anugerah, yang paling tidak sabar orang nantikan adalah juara, betul tak?

Yang sebenarnya, aku sendiri pun tak pasti, lagu apa yang bakal menjadi juara. Tak seperti sebelum ini yang mana, awal-awal lagi dah dapat hint siapa yang bakal menjuarai Anugerah juara lagu. Namun akhirnya, Anugerah Juara Lagu 32 AJL 32 2018 menjadi milik hael husaini menerusi lagu jampi. “Bagaikan dijampi” merangkul anugerah juara lagu ke 32!

Memang tak sangka sungguh lagu ini bakal menang. Namun, inilah tuah! Tuah manusia tak siapa yang tahu! Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan lupa pula nak kongsikan penutup AJL32 semalam. Tema Pop Yeh Yeh sememangnya akan membuatkan semua orang menari! Tapi bila Awie yang terkenal dengan lagu rock bawa lagu Pop Yeh Yeh, hmm, boleh tahan juga. hehehe.

Oklah, tahniah sekali lagi kepada hael husaini dan jom kita “berjampi” bersama-sama! Hehehe.

Lirik Lagu Jampi Hael husaini.

Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha ha ha aku ketawa
Terasa aku tak tentu arah

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Malam, berganti malam
Masih terbayang
Apa yang berlaku
Pada diriku
Ternyata kamu
Ternyata kau mahu diriku
Selamanya kau milik ku

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali

Ternyata hanya kau harus aku cintai

Tags:

Share:

0 comments