Boleh atau tidak makan daging tupai?

Boleh atau tidak
makan daging tupai? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini
aku ternampak 1 posting di facebook yang menceritakan Hukum Makan Daging Tupai. Secara jujurnya, ini adalah pertama kali
aku tahu yang ada orang makan daging tupai. Pernah dengar orang makan biawak,
ular, monyet dan pelbagai haiwan lain,tetapi tupai baru pertama kali, adeh! Yang
sebenarnya, Boleh atau tidak makan
daging tupai ni?
Daging Tupai Haram Atau Tidak?
Fuh, ini nak tulis pun takut. Yelah, kita bukan ulama, ustaz
jauh sekali. Cuma berlandaskan penulisan seseorang di FB. Tapi terkejut juga
bila baca 1 komen ni, yang cakap tupai makan bangkai? Ha! Betul ke tupai ni
pemakan bangkai? Setahu aku la, makanan
tupai ni buah-buahan dan serangga. Tak tahu pula kalau dia makan bangkai.
Kemudian ada yang kata, tupai ni gigi taring. Ini pun kurang
pasti sebab yang aku tahu Jenis Gigi
Tupai ni bukan jenis bertaring. Tapi macam gigi arnab. Pernah tengok gigi
arnab? Kalau tak pernah tengok, silakan search ya! hehehe.
Orait. Jom kita sama-sama faham, Daging Tupai Haram Atau Tidak?
Ramai ulama' berselisih pendapat tentang hukum memakan
tupai. Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat bahawa memakan tupai hukumnya
adalah halal. Sesetengah ulama' yang lain pula berpendapat haram memakan tupai,
kerana haiwan ini menggigit dengan menggunakan taringnya.
Pendapat kedua ini merupakan pendapat dari Madzhab Hanafi
dan sebagian ulama Syafi’iyah dan Hanabilah. Sementara Malikiyah berpendapat
hukumnya adalah makruh. Pendapat yang lebih kuat adalah boleh, sebagaimana yang
ditegaskan Imam An-Nawawi dalam al-Majmu’, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni, Khalil
dalam at-Taudhih, dan Al-Mardawi dalam al-Inshaf.
Dari Abu Tsa’labah bahawa Nabi s.a.w melarang daripada
memakan setiap binatang buas yang bertaring (Hadith riwayat Muslim). Perlu
diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil
Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I’lamul
Muwaqqi’in (2/118-119) Maksudnya “dziinaab” yakni binatang bertaring atau
berkuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau,
beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan”. (Syarh Sunnah (11/234) oleh
Imam Al-Baghawi.

Dalilnya adalah prinsip dasar hukum syariah Islam, bahawa
“al-ashlu fi al-asy-yaa` al-ibaahah maa lam yarid dalil al-tahriim” (Hukum asal
benda adalah mubah selama tidak ada dalil yang mengharamkan). Imam Asy-Syaukani
menjelaskan kaedah tersebut pada bahagian akhir bab tentang makanan, buruan dan
sembelihan dengan mengatakan, "Berbagai ayat dan hadis yang disebut pada
awal bab ini menunjukkan bahawa hukum asal benda adalah halal (al-ashlu
al-hill)."
Sebilangan besar ulama’ menghukum dan menfatwakan tupai
sebagai binatang yang halal dimakan. Oleh itu, memakan daging tupai itu adalah
halal dan tidak memudaratkan kesihatan. Lebih-lebih lagi, tupai bukanlah
binatang buas yang bertaring mahupun binatang yang hidup daripada dua alam
seperti katak dan buaya.
Dalam soal jawab ini, jelaslah bahawa tiada dalil yang
mengharamkannya samada secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, hukumnya
kembali kepada hukum mubah, yakni harus untuk dimakan.
Sumber : Abu Redzuan
1 Comments
Seriau juga nak makan daging tupai nih. Ha ha
ReplyDelete