Derita Sakit Gigi Geraham Bawah

Derita Sakit Gigi
Geraham Bawah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah. Masih diberikan
kesempatan untuk menulis. Hari ini nak share sikit cerita mengenai Sakit Gigi Geraham Bawah dan Berlubang
ni. Yang sebenarnya, bukan Mrejoy yang sakit gigi geraham ni, tapi wife Mrejoy.
Sakitnya pula bukan satu, tapi kedua-dua belah! Jadi boleh bayangkan tak berapa
punya sakit tu? Yang sebenarnya dah bawa ke klinik semalam untuk cabut gigi geraham bawah tu, tapi
Doktor minta datang balik sebab katanya gusi tengah bengkak dan ada nanah. Jadi
tak boleh cabut dulu.
Mulanya, Mrejoy dah suruh wife cabut awal-awal, tapi dia
taknak. Tapi bila dah datang sakit, barulah dia nak pergi cabut. Bila dah
sakit, memang doktor tak bagi cabut la kan, sebab dah bengkak. Dia suruh datang
waktu tak sakit. Mrejoy pun cakaplah dengan wife, mana orang tak sakit gigi,
dia nak pergi klinik untuk cabut. Kan? Biasa kalau dah sakit sangat baru kita
pergi, betul tak? eh! Ke korang pergi je waktu gigi tak sakit? Hmm.

Efek Sakit Gigi Geraham Bawah.
Ini soalan jangan sesekali tanya pada mereka yang sedang Sakit Gigi Geraham Bawah ni. Sebab
emosi orang yang tengah sakit gigi ni lain macam sikit. Jangan silap cuit je. Ha.
Sakit dia, bak kata wife, dah macam sakit nak beranak! Dulu pun Mrejoy pernah
sakit gigi geraham. Tapi gigi geraham atas. Sakit dia tak sama macam sakit gigi
geraham bawah ni.
Macam wife Mrejoy, sakit dia dua-dua belah. Mulanya dia
ingat nak cabut dua-dua sekali. Yelah sebab sakit kan? Tapi bila tanya doktor,
dia kata tak boleh melainkan atas bawah. Kalau gigi geraham atas dan bawah,
boleh cabut sekali. Kalau bawah dua-dua, memang tak boleh sebab kata doktor,
yang bawah ni lain macam sikit. Lain macam sikit?? Hmmm.
Cabut Gigi Geraham Bawah Sakit Tidak?
Disebabkan Mrejoy belum ada pengalaman, jadi Mrejoy tak
bolehlah nak share. Wife pun belum cabut lagi, jadi belum nampak situasi dia
macamana. Tapi melalui pembacaan yang mrejoy baca, sakit dia memang tak sama
macam Cabut Gigi Geraham Atas. Kalau
sebelah atas, sakit dia “sekejap”. Makan ubat tahan sakit, insyaAllah, semua
ok.
Tapi kalau Cabut Gigi
Geraham Bawah ni, uii, jangan buat main la. Adik ipar Mrejoy sampai demam
berapa hari tah! Kata dia, lepas keluar dari klinik gigi tu je dah rasa lain
macam. Lain macam tu tak tahu nak gambarkan sebab dia cakap macam tu je. Eh! Lama
jugalah dia demam sebab cabut gigi geraham bawah ni. ha.
Cara Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Geraham Bawah.
Bila masuk bab Petua Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Geraham ni, rasa macam berat pulak. Sebabnya, rasa macam susah betul nak hilang sakit tu melainkan cabut je terus! Tapi, tak bolehlah kita cakap macam tu kan? Pasti ada petua yang sesuai untuk orang ini, tapi tak sesuai untuk orang lain. Apa pun, kita cuba dulu lah ye.
#1. Gigit bunga cengkih.
Mrejoy pernah buat waktu sakit gigi geraham atas dulu. Cara dia mudah je. Ambil dan gigit. Dan kalau gigi geraham bawah berlubang, tumbuk cengkih tu dan isi dalam lubang tu, insyaAllah, reda sedikit sakit gigi geraham ni.
#2. Kumur dengan air garam.
Wife Mrejoy kerap buat benda ni. Ambil 1 sudu garam dan larutkan dalam air suam. Kemudian kumur. Cara ini pun mampu mengurangkan Rasa Sakit Gigi Geraham Bawah.
#3. Kapur sireh.
Kalau dekat rumah ada kapur sireh, boleh juga digunakan. Cara dia, ambil sedikit dan sapu pada gigi yang sakit. Jangan terlalu banyak sebab akan mengakibatkan rasa tidak selesa nanti.

#4. Gambir.
Cara dia sama dengan kapur sireh. Ambil gambir dan tumbuk
hingga separuh kemudian masukkan kedalam gigi yang sakit. Fungsi dia, akan
kebaskan gigi. Tapi jangan terlalu banyak sebab nanti dengan bibir kita pun
naik kebas.
#5. Asam jawa.
Orait, cara seterusnya dalam usaha Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Geraham Bawah adalah menggunakan asam
jawa. Cara adalah asam jawa tersebut digoreng beberapa minit. kemudian letakkan
sedikit garam dan tumbuk sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi geraham
yang sakit tu.
Oklah, rasanya itulah 5 tips untuk Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Geraham Bawah yang dapat Mrejoy
kongsikan. Apa pun, sekali lagi, Sakit
Gigi Geraham ni bukan biasa-biasa sakit dia. Cara yang dikongsikan Cuma dapat
meredakan sakit untuk seketika sahaja. Jalan terbaik adalah cabut terus gigi
tu. Sebab sakit pasti datang semula kalau tak cabut.
Nak ikutkan rasa takut cabut gigi tu, sampai bila-bila tak
sudah. Sakit untuk cabut sekejap je kemudian kita boleh rasa tenang. Berbeza kalau
kita simpan, sakit itu akan kerap menyerang kita! ok, faham kan? apa pun,
bertabahlah wahai isteri, minggu depan kita pergi cabut dan semoga bengkak tu
surutlah. Ok?
1 Comments
Memang sakit tuh gigi geraham.. Kadang boleh hhilang selera makan.. LeYa pernah juga.. Tapi dah cabut dah..hehe..
ReplyDelete