Hidung kerap berdarah? Ketahui apakah puncanya dan cara mengubatinya! | MrEjoy

Hidung kerap berdarah? Ketahui apakah puncanya dan cara mengubatinya!

punca hidung berdarah dan cara mengubatinya


Hidung kerap berdarah? Ketahui apakah puncanya dan cara mengubatinya! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang ada masalah Hidung Berdarah Sebelah Kanan atau sebelah kiri? Tak kisahlah mana-mana, janji dia ada masalah hidung mudah berdarah? Jika ada kita geng! Hehehe. Mrejoy memang mengalami masalah ni sejak dari kecil lagi. Tengah duduk-duduk lepas bermain, tiba-tiba je hidung berdarah! Waktu kecik dulu memang rasa takut, tapi bila dah biasa sangat, sekarang ni bila berdarah, mrejoy rilek je. Hehehe.

Dan mrejoy nak juga beritahu kat semua ni, sewaktu artikel ini ditulis, hidung mrejoy masih berdarah (tapi darahnya dah kering la). Dan atas sebab itulah, terasa nak menulis tentang masalah hidung berdarah ni dan apakah Punca Hidung Berdarah secara Tiba-tiba ni.

(Mrejoy bukan doktor dan penulisan ini adalah hasil rujukan daripada blog-blog kesihatan dan doktor yang menulis)

Baik! normal atau tidak hidung yang kerap berdarah ni? Kalau tanya pada mrejoy, dah tentulah jawapannya tak normal. Itu jawapan mrejoy lah. Dan masalah ini bukan berlaku dekat orang tua sahaja. Malah Hidung Berdarah ini juga terjadi Pada Anak-anak kecil.

Punca Hidung Berdarah (Malaysia) adalah disebabkan oleh salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah! Lapisan dalam hidung ini tersangatlah lembut. Dan salur darah yang ada dalam tu dekat dengan pemukaan yang mana ia menyebabkan mudah pecah dan berdarah.

Punca Hidung Berdarah Dan Cara Mengatasi.


Di antara punca-punca kenapa hidung berdarah adalah disebabkan:

  • Cuaca yang panas/terlalu panas dan kering yang mengakibatkan salur ini pecah dan berdarah.
  • Jangkitan pada hidung, tekak dan sinus.
  • Selesema.
  • Alahan disebabkan oleh habuk dan sebagainya.
  • Terantuk/trauma.
  • Kehadiran bendasing contohnya memasukkan sesuatu ke dalam hidung.
  • Membuang hingus terlalu kerap dan kasar.
  • Perubahan cuaca (terlalu panas atau terlalu sejuk)


Dan cara-cara untuk merawat masalah hidung berdarah ini adalah:

  • Bernafas seperti biasa tetapi jangan menggunakan hidung sebaliknya bernafas menggunakan mulut.
  • Jangan paksa! Atau jangan hembus udara yang terlalu kuat menggunakan hidung.
  • Kurangkan bercakap dan elakkan dari bersin atau batuk. Ini akan menyebabkan darah dalam hidung lambat beku.
  • Jangan sesekali baring.
  • Jangan kerap periksa samada darah sudah kering atau tidak. Dalam kes mrejoy, mrejoy buat tak tahu je. Ada orang yang kerap masukkan jari. Mungkin nak tengok samada ada darah lagi atau tidak.
  • Dan jika darah masih tidak berhenti dan berterusan, sila dapatkan rawatan segera di klinik/hospital yang berdekatan.


Cara untuk elakkan hidung berdarah kembali.

  • Kena rajin minum air putih bagi memastikan suhu di dalam badan kita sentiasa sejuk.
  • Jangan bersin terlalu kuat. Ini akan sebabkan hidung kita berdarah kembali.
  • Jangan korek hidung dengan kuku yang tajam atau memasukkan jari terlalu dalam. Kadang hidung kita kering, bila kita tarik tu, akan sebabkan luka. Itu yang berdarah tu.

Tags:

Share:

0 comments