Inginkan percutian
luar biasa di tanjung malim, perak? Ayuh ke Ma-Ni Villa! | Selepas mendapat
tahu mengenai 1 lokasi percutian menarik di Kuala Kubu Bahru, hari ini aku jumpa 1 lagi lokasi konsep percutian gaya
antarabangsa yang terletak di dalam negara kita. Yes! Mula-mula, sewaktu tengok
gambar-gambar lokasi percutian ini, aku sangkakan ianya berada di luar negara
tetapi bila dapat tahu lokasinya, uh! Hanya di dalam Malaysia? Lokasi percutian ini hanya di Tanjung Malim Perak. Sungguh tak ku
sangka! Ayuh kita jelajah Ma-Ni Villa!
Tempat Percutian Menarik Di Tanjung Malim - Ma-Ni Villa
Kalau korang sukakan suasana percutian yang unik (macam aku)
dan ada taman “hutan” kemudian ada kerusi boleh lepak sambil menikmati suasana “hutan”
(sama macam aku) serta suasana resort seperti berada di dalam hutan (pun sama
macam aku) maka korang kena datang menginap di sini, di Ma-Ni Villa!
Bila pertama kali tengok konsep binaan dekat sini, aku
teringatkan konsep binaan di bali, Indonesia. Siapa yang dah sampai ke sana
mesti dah familiar dengan konsep percutian dekat sana kan? Villa yang besar,
hampir kebanyakkan binaan di bina di pinggir atau tengah hutan. Ada kerusi yang
diletakkan untuk kita menikmati suasana hutan serta kolam samada bersaiz kecil
mahupun bersaiz infinity!
Aku suka dengan binaan menggunakan batu merah ni. Nampak “sebati”
dengan alam semulajadi. Dibina berbentuk segiempat dengan cermin besar pada
bahagian belakang serta memiliki taman peribadi sendiri. Tidakkah ianya sangat
wow??
Terdapat 4 jenis villa yang ditawarkan di Ma-Ni Villa ini iaitu Purple Villa, Green Villa, Yellow Villa, dan Orange Villa.
Sedikit info mengenai lokasi Percutian Menarik Di Tanjung Malim
ini adalah, Ma-Ni Villa ini
dahulunya adalah sebuah restoran masakan thai. Namun, pemiliknya telah membina
beberapa villa yang membenarkan pengunjung untuk menginap di sini. Jadi buat
peminat masakan thai, ini adalah lokasi percutian yang terbaik untuk korang!
Penginapan yang menarik serta masakan yang sudah tentunya sedap!
Oklah, jom kita tengok jenis-jenis penginapan yang
disediakan di sini:
#1. Ma-Ni Villa : Purple Villa
#4. Ma-Ni Villa : Orange Villa
#1. Ma-Ni Villa : Purple Villa
#2. Ma-Ni Villa : Green Villa
#3. Ma-Ni Villa : Yellow Villa
Sekarang, macamana? Terasa tak, nak menginap dekat sini? Kalau
korang nak rasa kelainan penginapan di Ma-Ni
Villa ini, korang boleh dapatkan info di Ma-Ni Thai Cuisine atau boleh hubungi talian +605-4590142/
+6017-333 5142/ +6012-3736 820.
0 Comments