Kerap bermimpi di datangi arwah ibu

Kerap bermimpi di
datangi arwah ibu | Assalamualaikum. Salam sejahtera. Alhamdulilah. Kembali
menulis selepas bercuti selama 5 hari. Mrejoy macam biasalah, bila bercuti dari
kerja, menulis di blog pun samalah bercuti. Hehehe. Yang sebenarnya, agak sibuk
juga cuti ni sebab family dari jauh datang. Nun dari utara. Bukan sikit-sikit,
ramai juga yang datang kali ini, jadi agak sibuk juga nak melayan semua.
Agak seronok sebenarnya bila family datang rumah kita ni.
Yelah, agak lama juga ayah aku tak datang rumah aku. Nak drive sendiri, jauh
dari kedah nak datang Melaka. Sebelum ni, abang aku yang bawakan. Kali ni, ada
sedara yang bawa.
Arwah mak aku tak sempat nak datang tengok rumah aku
sekarang. Dia Cuma sempat datang waktu aku tinggal menyewa. Itupun lama dulu. Kemudian
tak ada datang lagi. Selepas arwah mak aku meninggal, baru inilah ayah aku
kerap datang Melaka. Mungkin sebab dia rindu nak tengok cucu dia.
Aku memang tak kerap balik kedah. Itu akui. Ada 2 masalah
yang aku hadapi. 1 adalah cuti. Cuti tak panjang. Kalau nak balik sana, kena
cari cuti panjang. Jadi aku akan balik waktu cuti perayaan cina dan cuti raya
puasa sahaja. Kedua macam biasalah, kewangan. Nak balik sana perlukan belanja
yang besar. Kalau sebelum ni bujang, kita boleh naik bas je, tapi bila ada
family besar ni, semua kita kena fikir.
Kerap bermimpi di
datangi arwah ibu.
Waktu ayah dengan adik beradik aku datang, memang rasa
kekurangan. Bukanlah kata aku tercari-cari mana arwah ibu aku (sebab aku tahu
dia dah takda) tapi memang rasa ada kekurangan. Anak kan, apa pun dia akan cari
mak dia dulu. Tapi aku tahu mak aku dah tak ada.
Tapi ada sesuatu yang kerap berlaku pada aku. Aku terlalu
kerap mimpi arwah ibu aku. Pagi tadi pun aku mimpi arwah ibu aku. Dia berdiri
belakang ayah aku sambil pandang aku. Tak cakap apa-apa. Sebenarnya banyak kali
juga aku mimpi macam ni.
Mimpi arwah ibu datang. Dia Cuma berdiri dan tak cakap
apa-apa. Dia Cuma pandang je aku. Dan aku tak tahu pun apa makna disebalik
mimpi tu. Bila cerita dengan wife, dia kata mungkin aku rindu kat arwah ibu
aku. Mungkin juga dia inginkan doa daripada anak-anaknya. Dan alhamdulilah,
memang aku selalu berdoa pada arwah ibu aku.
Kata orang, bila kerap bermimpi ni, eloklah dibanyakkan
berdoa dan bersedekah atasnya. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan. Dalam
kesempatan ini, aku memohon agar dapat kalian semua juga, dapat menyedekahkan
pahala Al-fatihah kepada arwah ibu aku, Zainab
Bte Saad. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang
beriman. Al-fatihah. Amin.
1 Comments
Insyaallah semoga arwH bahagia di sana
ReplyDelete