Kerja cuti, blog pun cuti juga

Kerja cuti, blog pun
cuti juga | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan
semua. Harapannya baik-baik sahajalah ye. Rasanya hari ini semua dah start
kerja kan? Ada yang dah mulakan kerja semalam. Apa pun, cuti raya cina dah
habis dan kini masanya untuk kembali bekerja.
Biasalah, awal-awal masuk kerja ni, mood bercuti tu tak habis lagi. Kena
pulak yang baru pulang dari kampung halaman, suasana kampung tu pastinya masih
dirasai.
Orait. hari ini sahajalah mrejoy nak share perangai Mrejoy
yang mulanya nak berubah bila masuk tahun 2018 ni, tapi nampaknya masih kekal
juga. mrejoy akan aktif menulis bila mrejoy dalam waktu kerja sahaja. Maknanya
daripada hari isnin hinggalah jumaat. Kalau siangnya mrejoy kerja, malamnya
mrejoy akan tulis.
Jika tidak menulis dekat blog ni, mrejoy akan menulis dekat blog-blog lain. Tapi semuanya waktu kerja sahaja.
Mulanya bila masuk tahun 2018 hari tu, memang dah niat, nak
rajin menulis walaupun ketika waktu cuti. Ada juga paksa diri untuk menulis
hari minggu, tapi nampaknya macam tidak berjaya! Termasuklah waktu cuti
perayaan raya cina ni. Ada banyak kisah menarik yang berlaku, tapi itulah,
malas! Hahaha.
Kalau cuti 2 minggu, memang 2 minggulah mrejoy akan bercuti! Selamatlah tidak terikat dengan mana-mana blog. Kalau tidak, sakit juga nak menjawab dengan bos. Hehehe.
Apa pun, impian untuk bergelar seorang blogger sepenuh masa itu tetap ada. Impian untuk jana income dengan
blog tetap ada. Impian untuk bergelar seorang penulis hebat juga ada. Cumanya, malas
itu belum hilang. Boleh buang sebenarnya penyakit tu, Cuma hati kena kuat la. Hahahaha.
Banyak cerita yang mrejoy nak kongsikan sepanjang cuti ini.
Tapi macam biasalah, kita tulis tajuk dulu, isi nya itu tak tahu bila nak
penuhkan, hehehe. Apa pun, selamat kembali kepada semua. Cuti dah habis dan
silalah tinggalkan mood bercuti anda itu ya! Fokus pada kerja dan target 2018
anda! Buang sifat malas dan rakan-rakan negative! Ayuh! Kejayaan sedang
menanti!
2 Comments
Hahhahah I know that feeling...kemalasan tahap dewa...I'm on the same boat...padahal this year sepatutnya fokuskan kepada makeup tutorial setiap minggu up sekali...tapi hampeh...2minggu pertama 2018 je yang bersemangat...T.T
ReplyDeletewww.absoluteyana.com
hahahha. kan. semangat awal2 je. tapi masih belum terlambat untuk bersemangat semula bersama milo. eh... hahahaha
Delete