Tahniah Hafizh Syahrin! Sah bergelar pelumba MotoGp!

Tahniah Hafizh
Syahrin! Sah bergelar pelumba MotoGp! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Memang sesuatu yang sangat membanggakan kita rakyat malaysia
bilamana “Rider” daripada negara kita berjaya menempatkan diri dalam kelas
utama perlumbaan MotoGp! Bila dapat tahu, Hafizh Syahrin di panggil untuk sesi
ujian dekat litar Buriram, fuh! Dah rasa bangga dah time tu. Itu belum tentu
dapat lagi, baru sesi ujian. Dan bila semalam, Diumumkan yang dia berjaya
mendapat tempat dalam kelas Motogp, fuh! Bangga woi!
Hafizh Syahrin, anak malaysia pertama yang berjaya
menempatkan diri dalam kelas Motogp. Bersaing dengan pelumba terbaik dunia dan “legend”
motogp. Kalau korang memang peminat motogp, ini memang sesuatu yang luar biasa!
Samalah dengan kalau korang minat bola. Biasa main dekat
kampung. Tiba-tiba korang terpilih wakili kampung korang, ada friendly match
dengan pasukan antarabangsa. Korang kena lawan team besar. Katalah dalam
pasukan tu ada cristiano Ronaldo ke, Messi ke, tak kisahlah siapa. Apa perasaan
korang? dah tentulah rasa bangga kan? Itu main sekali dalam seumur hidup tu.
Cuba bayangkan Hafizh Syahrin race semusim dengan pelumba-pelumba hebat tu? Fuh! Luar biasa! Luar biasa!
Kau dapat ambil gambar dengan pelumba Motogp pun rasa bangga
dah. Itu belum dapat sign dekat helmet ke, dekat tank ke. Hehehe. Dah boleh
jual mahal dah lepas tu. Ulps!
Berbalik semula pada cerita Hafizh Syahrin. Dia akan
mewakili Monster Yamaha Tech3 team bagi
musim 2018. Syarikat ini berpengkalan di perancis dan hafizh akan bergandingan
bersama pelumba Johann Zarco.
Kalau tengok balik pada sesi ujian di buriram, Hafizh
Syahrin nampak tak kekok menunggang Motosikal yang digunakan bagi kelas Motogp
walaupun baru pertama kali. Dan memang besar harapan rakyat Malaysia kalau dia
dapat naik podium 1 hari nanti. hehehe.
Apa pun tahniah sekali lagi kepada Hafizh Syahrin. Inilah hasilnya
jika semua “rider” dalam malaysia menggunakan saluran yang betul. Kita banyak
sebenarnya penungang yang hebat di jalanraya. Kalau bakat ini di salurkan
kepada saluran yang betul, insyaALLAH, akan lahir lebih ramai lagi pelumba
hebat!
0 Comments