Teknik berdoa yang betul semoga rezeki melimpah ruah

Teknik berdoa yang
betul semoga rezeki melimpah ruah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak
berat juga tajuk kali ini. Tapi aku cuba untuk sampaikan di antara cara-cara
berdoa yang betul agar diberikan rezeki yang melimpah ruah dan luas. Ramai sebenarnya
daripada kita yang dalam sedar tak sedar, “tersilap berdoa” atau mungkin tanpa
sedar, tersebut perkataan (yang sebenarnya doa) hampir setiap hari. Dan atas
alasan itu, rezeki semacam sempit dan sukar.
Oklah, mungkin ada yang belum jelas lagi dengan maksud
tersilap berdoa. Aku kongsikan sedikit ilmu yang diajarkan kepada aku oleh
seorang rakan yang mendapatnya daripada perkongsian seorang ustaz dalam 1
ceramah mengenai rezeki.
Katanya, kita jangan berdoa agar dimurahkan rezeki. Aku pasti
ramai daripada kita yang kerap berdoa agar dimurahkan rezeki. Mungkin ada yang
belum sedar, jika kita berjalan dan terjumpa dengan nilai RM0.10, itu juga
adalah murah rezeki. Diberikan kesempatan untuk hidup dan bernafas, itu juga
murah. Cuba bayangkan jika kita terpaksa bayar jumlah oksigen yang kita guna,
pastinya ramai yang tidak mampu untuk bernafas.
Jadi apa yang sebaiknya?
Adalah lebih baik jika kita berdoa agar dimewahkan rezeki. Rezeki
itu bukan sahaja melalui wang ringgit, malah dalam segala hal. Juga di tambah
dalam doa tersebut. Kau mewahkanlah rezeki aku dan semoga rezeki yang mewah
tersebut akan membuatkan aku lebih banyak membantu mereka yang lebih
memerlukan.
Sama halnya jika kita tengok dompet kita. Pasti kita selalu
sebut, aduh duit dah nak habis ni. Mana cukup ni, makan pasirlah nampaknya ni.
Dan macam-macam lagi kata-kata yang negative. Samada kita tahu atau tidak,
setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita ini adalah 1 doa. Jadi, jika
kita selalu cakap yang itu ini tak cukup, hidup susah, duit cukup-cukup makan,
percayalah, itu adalah apa yang akan terjadi dalam hidup kita.
Jadi nak sebut macamana?
Adalah lebih baik jika kita sebut, Ya Allah, aku bersyukur ada
nilai RM100 dalam dompet aku Ya Allah. Syukur padamu Ya Allah kerana beri aku
rezeki sebanyak ini Ya Allah. Ya Allah bantulah aku Ya Allah. Bantulah agar
nilai RM100 ini bercambah dan tambahlah nilai yang lebih besar (boleh juga
sebut nilai yang kita mahukan) ke dalam akaun bank aku Ya Allah.
Keraplah bersedekah.
Bagi orang lelaki. Setiap jumaat akan ke masjid. Pasti akan
masukkan duit dalam tabung masjidkan? Maaf tanya, berapa yang korang masukkan. Benar,
sedekah ikut kehendak. Bukan paksaan. Tapi tanya balik diri, nak jumlah yang
banyak tapi keluarkan jumlah yang kecil. Benar, bersedekah bukan
mengharapkan balasan, tapi percayalah, bersedekah itulah yang membuatkan rezeki
kita semakin melimpah ruah.
Konsep dia mudah. Tengok pada bisnes. Keluar modal kecil,
boleh keuntungan ratus ribu ke? Tak kan? Mereka yang dapat keuntungan besar ni,
modal mereka juga besar. Jadi apakata, jika kita kerap bersedekah sebanyak
RM1.00 tu, ubah kepada RM5.00 atau lebih. InsyaAllah, rezeki pasti melimpah
ruah.
Tapi harus diingat, haruslah ikhlas dan janganlah
mengharapkan balasan. Ok?
Waktu masuk dalam duit tabung tu, berdoalah. Ya Allah ya
Tuhanku. Aku ikhlas memberikan nilai RM5.00 ini. Ini sahajalah yang aku mampu
berikan ketika ini. Kau limpahkanlah rezekiku Ya Allah. Kau mewahkanlah
rezekiku Ya Allah. Kau berikanlah perniagaan aku memberikan pendapatan
RM20,000/RM30,000 sebulan (atau
sebutkanlah jumlah yang korang mahukan). Agar dengan rezeki itu, aku dapat
memberikan lebih lagi. Amin.
Berdoa agar dikurniakan anak.
Masuk sedikit bab rezeki anak. Ini Cuma ikhtiar. Perkongsian
ini aku baca melalui 1 perkongsian dalam laman sosial facebook. Biasa kita
berdoa agar dikurniakan anak. Namun ada kalanya belum juga makbul. Mungkin doa
kita itu belum cukup kuat atau betul caranya. Jadi, bagaimana cara berdoa yang
betul? Korang boleh berdoa macam ini:
Ya Allah. Aku bersyukur dikurniakan pasangan yang sempurna. Yang
mencintai aku. Yang memenuhi segenap ruang kosong dalam diriku. Ku bermohon
kepadamu ya Allah, kau kurniakanlah kami zuriat. Agar dengan kehadiran zuriat
ini akan lebih mendekatkan kami denganmu Ya Allah. Semoga dengan zuriat ini
akan mengajarkan kami erti kehidupan dan erti sebenar kesyukuran. Semoga dengan
zuriat ini akan menjadikan kami lebih penyayang bukan sahaja kepadanya malah
kepada semua makhlukmu ya Allah. Amin ya rabbal alamin.
1 Comments
Semua di atas yes perlu di ubah segera. Murahkan jadi mewahkan. Berikan jadi anugerahkan rezeki.. InsyaAllah sama sama kita perbaiki.
ReplyDelete