Tersesat dalam kampung bunian rupanya.. | MrEjoy

Tersesat dalam kampung bunian rupanya..

Tersesat dalam kampung bunian rupanya

Tersesat dalam kampung bunian rupanya.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa yang tengok drama Kisah yang Hilang dekat TV3 semalam? Ha, semalam episode akhir tau. Maka dah terungkailah kenapa apa yang ditulis Aqil semuanya menjadi kenyataan! Aku memang tertunggu-tunggu episode akhir ni. semuanya sebab nak tahu kenapa. Akhirnya baru dapat tahu yang si Aqil ni dah Tersesat dalam kampung bunian rupanya! Patutlah jalan cerita dia lain macam je kan?

Dan secara jujurnya aku nak bagitau dekat sini, aku sedih dengan ending drama kisah yang hilang ni! sungguh! Terasa betul dalam hati aku ni ha. Waktu “orang-orang bunian” tu nak lepaskan Si Aqil ni balik! Yelah, diarang dah lama bersama kan? Semua benda buat sama-sama. Dan waktu diarang nak cari jalan keluar tu (sebenarnya orang bunian ni nak lepaskan si aqil ni) kan diarang dah janji nak cari kerja best-best kat kl.

Kalau tengok balik jalan cerita dia, nampak susah sebenarnya si Aqil ni nak keluar dari kampung bunian tu. Kan kejap bangun, kejap tidur dibuatnya. Agaknya, mungkin inilah yang dirasai oleh mereka yang Sesat Di Kampung Bunian! Mungkin juga jalan cerita drama ni dibuat berdasarkan pengalaman sebenar?

Yang sebenarnya, si suri yang taknak lepaskan Si Aqil ni. Sebab tu dia “terkurung” dalam kampung bunian tu. Kalau baca balik kisah mereka-mereka yang termasuk ke dalam Kampung Bunian Di Malaysia ni, hampir kesemuanya akan bercerita perkara yang sama. Jumpa dengan wanita cantik, kemudian mereka nak bernikah.

Dan biasanya. Ini biasa ya. Mereka yang buat keputusan bernikah tu, hampir kesemuanya tidak akan keluar daripada situ. Itu yang kadang kita dengar orang hilang tak jumpa-jumpa tu.

Tapi sungguh aku terkesan dengan ending drama Kisah Yang Hilang ni. Nampak kesungguhan Mamat 3 orang tu nak suruh Si Aqil ni keluar. Kemudian bila Aqil dah keluar, dia masih teringatkan kawan-kawan dia. Rindu yang berpanjangan. Yang hanya boleh dirasai oleh mereka yang pernah rasa.

Aku ni tidaklah pandai atau ada pengalaman mengenai Misteri Kehidupan Orang Bunian ni. Cuma baca daripada kisah-kisah orang. Aku cuba kongsikan sedikit apa yang pernah aku bacalah ye. Kampung bunian ni ada dekat mana-mana. Mereka ni kita tak boleh nampak dengan mata kasar kita ni. Tapi mereka ada. Dah banyak cerita orang Kena Sorok Bunian ni.

Dalam banyak-banyak kisah orang bunian ni, aku paling suka cerita tentang Kampung Bunian Di Gunung Jerai. Ada banyak kisahnya. Nak cerita satu persatu dalam blog mrejoy.com ni rasanya macam tak cukup. Nantilah kalau aku senang, aku buat 1 entry khas cerita pasal benda ni je yer.

Oklah. Rasanya cukuplah setakat ini dahulu. Nanti ada masa, aku kongsikan pula kisah-kisah orang bunian dekat malaysia ni. Mesti ada dari kalangan pembaca blog mrejoy.com yang suka nak tahu kan? insyaAllah, ada kesempatan, kita kongsilah bersama-sama ye. Oklah. Jumpa lagi. J

Share:

0 comments