
The sticks, percutian
Semulajadi Tersembunyi Di Kuala Kubu Baru | Sewaktu mula-mula tengok gambar
lokasi percutian ini, aku rasa macam tak percaya yang lokasinya berada di dalam
negara ini, Malaysia! Kebiasaannya, lokasi percutian semacam ini banyak berada
di negara jiran, Indonesia dan negara luar! Wah! Nampaknya banyak juga
percutian “tersembunyi” yang ternyata sangat cantik dan indah untuk kita di
sini kan? ayuh! Kita terokai bersama-sama The Sticks yang terletak di Kuala
Kubu Baru, Selangor!
The sticks, percutian Semulajadi Tersembunyi Di Kuala Kubu Baru.
Lokasi ini dikelilingi dengan hutan dan alam semulajadi yang
sangat indah. Banyak aktiviti yang boleh kita buat dekat sini antaranya jungle
tracking, paragliding, water rafting dan pelbagai lagi. Satu yang betul-betul
menarik perhatian aku adalah lokasi percutian ini ada sungai!
Memang seronok bila sesebuah lokasi percutian tu ada aliran air sungai. Lebih seronok bila ada aktiviti air yang disediakan. Terasa nikmat sungguh percutian tu!
Di antara tarikan menarik di The Sticks ini juga adalah
lokasi penginapan dia. Konsep yang mereka tawarkan di sini benar-benar
membuatkan kita “bersatu” dengan alam semulajadi. Ada 7 jenis penginapan yang
mereka sediakan antaranya:
OPERA HOUSE.
Lokasi penginapan yang mampu memuatkan 6 orang serta lengkap
dengan bilik mandi. Sesuai untuk keluarga serta kumpulan. Aku suka dengan konsep
binaan Opera House ni yang nampak sedikit kearah rumah kampung moden. Pasti sejuk
pada malam hari! Hehehe.
SERENGETI TENT.
Mampu memuatkan 4 orang dewasa. Sedikit kecil daripada Opera
house ni tadi. Konsep Serengeti ni berbeza sedikit dengan Opera house yang mana
ianya membawa konsep khemah. Kira macam Glamping juga la.
Buat mereka yang nak rasa kelainan, boleh pilih SERENGETI TENT ni.
RIVERSIDE TENDOK.
Jenis yang ini mampu memuatkan maksimum 3 orang. Ini memang
pilihan aku. Aku suka lokasi yang berdekatan dengan air sungai! Tidur sambil
diiringi deruan air yang mengalir. Uhh! Riverside tendok ini ada tangga yang
membolehkan kita terus ke sungai. Menarikkan bunyi dia? Ha, kalau nak rasa
pengalaman ini, kenalah datang ke The sticks,
percutian Semulajadi Tersembunyi Di Kuala Kubu Baru!
Oklah, buat mereka yang ingin merasai percutian semulajadi
terbaik ini, boleh datang di:
The Sticks
Lot 213 Jalan KKB - Fraser's Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor,
Malaysia
Atau boleh buat tempahan melalui laman web di bawah:
0 Comments