
Batuk dan selsema
yang berpanjangan! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama juga tak
menulis dekat sini. Sekarang ni mrejoy tengah batuk dan selsema. Lama jugalah
tak elok-elok lagi. Dari isnin lepas sampailah hari ini. Dah makan ubat batuk
dan ubat cair kahak, biasa tu dah ok dah, tapi nampaknya batuk dan selsema tu
masih belum nak baik.
Biasa kalau mrejoy kena batuk ni, ubat untuk batuk dan buang
kahak ni, mrejoy akan guna air asam jawa. Beli pati dia, kemudian bancuh dengan
air suam. Letak gula sikit. Lepas tu minum. Biasa buat macam tu, terus ok. Tapi
kali ni, dan bercawan-cawan minum, tapi masih tak juga baik. adeh!
Mungkin sebab pemakanan tak jaga kot. Yelah, batuk-batuk,
tapi minum air sejuk, makan makanan berminyak, goreng. Jadi potensi nak baik tu
memanglah kurang kan? sampai kena tegur dengan kawan tempat kerja. Katanya, kau
dahlah batuk-batuk, tapi minum air sejuk. Memang sampai kesudahlah tak baik.
Mulanya memang mrejoy sorang je yang kena batuk dengan
selsema ni. Tapi sekarang, anak-anak mrejoy pun dah terlibat sama. Mula yang
anak sulung, kemudian si adik pun dah start kena selsema. Lepas tu wife pun dah
kena batuk dan selsema. Si bongsu badan dah mula panas sikit-sikit. Aduh! Lagi memeningkan.
Dekat tempat kerja sekarang pun dah ramai yang demam dan batuk ni. Jadi, memang kebarangkalian nak sembuh tu kuranglah kan? Ke macamana? Hehehe.
Buat masa sekarang, dengan masalah batuk dan selsema ni,
ditambah pula dengan keadaan tempat kerja sekarang yang berubah 100%, mrejoy
terpaksa membuat 1 perubahan yang sangat besar. Perubahan dalam kehidupan yang
sangat jarang mrejoy buat. Dan harapannya sudah pasti inginkan kejayaan.
Blog akan kurang update dan hanya banyak membaca penulisan
rakan-rakan blogger. harapan mrejoy agar masalah ini akan diselesaikan dengan
segera dan Allah memudahkan setiap perancangan dan urusan yang kita buat. InsyaAllah.
semoga apa yang kita rancangkan tahun ini, berjaya berhasil. Ok? J