Batuk dan selsema yang berpanjangan! | MrEjoy

Batuk dan selsema yang berpanjangan!

Batuk dan selsema yang berpanjangan

Batuk dan selsema yang berpanjangan! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama juga tak menulis dekat sini. Sekarang ni mrejoy tengah batuk dan selsema. Lama jugalah tak elok-elok lagi. Dari isnin lepas sampailah hari ini. Dah makan ubat batuk dan ubat cair kahak, biasa tu dah ok dah, tapi nampaknya batuk dan selsema tu masih belum nak baik.

Biasa kalau mrejoy kena batuk ni, ubat untuk batuk dan buang kahak ni, mrejoy akan guna air asam jawa. Beli pati dia, kemudian bancuh dengan air suam. Letak gula sikit. Lepas tu minum. Biasa buat macam tu, terus ok. Tapi kali ni, dan bercawan-cawan minum, tapi masih tak juga baik. adeh!

Mungkin sebab pemakanan tak jaga kot. Yelah, batuk-batuk, tapi minum air sejuk, makan makanan berminyak, goreng. Jadi potensi nak baik tu memanglah kurang kan? sampai kena tegur dengan kawan tempat kerja. Katanya, kau dahlah batuk-batuk, tapi minum air sejuk. Memang sampai kesudahlah tak baik.

Mulanya memang mrejoy sorang je yang kena batuk dengan selsema ni. Tapi sekarang, anak-anak mrejoy pun dah terlibat sama. Mula yang anak sulung, kemudian si adik pun dah start kena selsema. Lepas tu wife pun dah kena batuk dan selsema. Si bongsu badan dah mula panas sikit-sikit. Aduh! Lagi memeningkan.

Dekat tempat kerja sekarang pun dah ramai yang demam dan batuk ni. Jadi, memang kebarangkalian nak sembuh tu kuranglah kan? Ke macamana? Hehehe.

Buat masa sekarang, dengan masalah batuk dan selsema ni, ditambah pula dengan keadaan tempat kerja sekarang yang berubah 100%, mrejoy terpaksa membuat 1 perubahan yang sangat besar. Perubahan dalam kehidupan yang sangat jarang mrejoy buat. Dan harapannya sudah pasti inginkan kejayaan.

Blog akan kurang update dan hanya banyak membaca penulisan rakan-rakan blogger. harapan mrejoy agar masalah ini akan diselesaikan dengan segera dan Allah memudahkan setiap perancangan dan urusan yang kita buat. InsyaAllah. semoga apa yang kita rancangkan tahun ini, berjaya berhasil. Ok? J

Share:

1 comments

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete