Tips menghalau tikus daripada rumah dengan hanya menggunakan 3 bahan ini.

Tips menghalau tikus daripada rumah dengan hanya menggunakan 3 bahan ini | Ahha! rumah siapa yang banyak tikus? Mesti rasa tak selesa dan gusar kan? Yelah, haiwan ini pembawa penyakit! Siapalah yang tak risau kalau disahkan terkena kencing tikus kan? ha! Bawa penyakit dah 1 hal, dia rosakkan pula segala macam harta benda yang ada dekat rumah kita, menyusahkan betul! Hari ini, M.K nak kongsikan dengan semua, Tips menghalau tikus daripada rumah dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita buat. Contohnya
memasang perangkap tikus ataupun letak racun tikus. Pernah nampak jiran M.K,
mereka dapat perangkap tikus, kemudian mereka nyalakan unggun api dan salai
tikus tu hidup-hidup sampai mati! Uhh! Nampak sungguh menyeksakan! Tapi kalau
mereka bagi kita penyakit, ini lebih memeritkan!
Kalau guna racun pulak, bukan tak boleh. Benda ni memang
menjadi. Tapi yang tak bestnya, “bau” bangkai tikus yang akan menyusul dahulu. Kalau
kita jumpa awal, oklah. Kalau tak jumpa? Parah! 1 rumah bau tu! Itupun boleh
bawa penyakit juga!
Jadi, M.K nak kongsikan dengan semua, 3 bahan mudah ini yang
digunakan untuk menghalau tikus daripada rumah. Lepas guna 3 bahan ini,
insyaAllah, haiwan-haiwan perosak ini pun tak mahu singgah lagi ke rumah kita,
ok?

#1. Daun durian belanda.
Siapa suka minum air durian belanda? Uhh! Tiba-tiba terasa
nak kena secawan! Masam-masam manis, sedap! Tapi tahukah korang yang daun
durian belanda juga sangat baik? Kalau tikus banyak dirumah, korang ambil daun
durian belanda dan letak dekat laluan tikus tu. Letak dengan kuantiti yang
banyak. Bukan sehelai dua ye.
Cara nak buat, pilih daun durian belanda yang tua. Bukan yang
muda trang tang tang tu. Kemudian ramas-ramaskan. Ini bertujuan untuk
mengeluarkan bau. Bau inilah yang tikus tak suka. Kemudian letak dekat laluan
tikus.
Cara ini juga dapat mengelakkan haiwan parasite lain seperti
kutu dan tungau!

#2. Buah mengkudu.
Teringat waktu tinggal dalam kem tentera dulu, pokok
mengkudu ni banyak orang tanam. Tak pasti untuk apa. Rasanya daun dia orang
guna untuk wanita lepas bersalin. Guna ketika bertungku. Eh! Lupa dah! Hehe.
Orait. kalau ada pokok ni dekat rumah, ambil buah dia ( yang
tak terlalu masak atau terlalu muda) kemudian potong dan letak dekat sekitar
laluan tikus. insyaAllah, lepas ni rumah kita akan bebas daripada tikus.

#3. Daun pudina.
Oh! Terasa segarnya daun pudina ni. Minum air lemon yang
didalamnya ada daun pudina, terasa sejuknya tekak (eh, apa yang ingat makan je
ni!)
Kita manusia memang suka daun pudina kan? Tapi tidak bagi
tikus! Daun pudina umpama musuh buat mereka!
Cara nak buat, ambil daun pudina kemudian tumbuk dan kisar. Campurkan
dengan air dan tapis. Kemudian masukkan kedalam botol dan spray sekeliling
rumah. Cara ini dapat menghalau haiwan perosak dan pembawa penyakit ini
daripada rumah kita.
Oklah, itulah 3 bahan yang boleh kita gunakan untuk
menghalau tikus daripada rumah kita. semoga artikel ini memberi manfaat kepada
semua ya! J
0 Comments