Cara melatih minda untuk sentiasa berfikiran berbeza (Think different)
Cara melatih minda
untuk sentiasa berfikiran berbeza (Think different) | Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Agak lama juga tidak bersiaran di blog ini. Semuanya gara-gara
tuntutan kerja sekarang dan perubahan kehidupan yang agak besar juga. Orait! Lupakan
tentang itu, hari ini nak kongsikan beberapa tips tentang bagaimana melatih
minda kita ni untuk sentiasa berfikiran berbeza daripada yang lain atau dalam Bahasa
mudah fahamnya, think different.
Ayat dia kalau kita tengok memang pendek je, think different.
Tapi kalau kita selami betul-betul maksudnya, kita akan Nampak sesuatu yang
sangat besar. Sebesar mana? Adalah besar muka bumi ni. Ha! Penting ke think different
ni? Tak penting sebenarnya, pada mereka yang nak hidup biasa-biasa. Tapi kalau
korang ada target besar, nak income 5 ke 6 angka sebulan, then, inilah
permulaannya.
Nak menjadi sangat Berjaya, tak perlu susah-susah ubah dunia. Ubah sahaja cara kita melihat dunia!
Orait! Cukup setakat itu, jom kita lihat. Tips-tips yang
boleh kita lakukan untuk melatih minda kita untuk sentiasa berfikiran berbeza.
#1. Tips pertama
adalah, buang pemikiran negative dalam hidup kita.
Ini sangat pentinglah. Benda negative ini lah yang
sebenarnya menjadi penghalang utama. Kebanyakkan daripada kita (khususnya
peniaga online) akan target income mungkin RM1500 sebulan. Kenapa mesti
sebulan? Kenapa tak target RM1500 atau RM1000 sehari? Ha, ini dah masuk bab
Think Big pula ni. Hehehe.
Bila kita cakap, cuba target RM1000 sehari, benda pertama
yang muncul dalam minda kita mesti,
“gila apa! Banyak tu! Mustahil lah! Dan macam-macam lagi lah.
Ha, inilah yang dikatakan pemikiran negative tu. Dan di sini
jugalah pentingnya think different tu tadi. Orait, kalau benda ini yang muncul
dalam minda kita, apa kata kita berfikir macam ini:
Kalau aku usaha lebih daripada apa yang aku pernah buat sebelum ini, tak mustahil aku boleh buat RM1000 sehari. Usaha lebih, pasti dapat lebih!
Janganlah pulak, usaha kecik, tapi nak income besar! Memang sampai
ke sudahlah tak dapat. Nak satu-satu benda tu, kena usaha, berlipat kali ganda!
#2. Tips no 2 adalah,
sentiasa cabar pemikiran negative kita tu.
No 1 bagitau, buang pemikiran negative, tapi no 2 bagitau
cabar pulak. Macamana ni? Ahah! Dalam pada kita melatih minda kita untuk
sentiasa berfikiran positif, kita kenalah hadap juga yang negative ni kan?
Katakan kita target nak buat RM1000 sehari dan kita bekerja
keras untuk itu. Usaha punya usaha akhirnya Berjaya! Haruslah kita bersyukur
pada yang maha esa kan?
Selanjutnya adalah buat macam ini, kata pada diri kita
macamni:
Ha, tengok! Siapa cakap aku tak mampu buat RM1000 sehari! Aku dah buktikan yang benda ni tak mustahil!
Benda ni macam kita psycho balik otak kita ni, macam cabar
pemikiran yang negative tu. Ini tak kiralah dalam apa kes sekalipun, semua
boleh buat.
Dan daripada situ, dalam kita sedar dan tak sedar, kita
sedang melatih minda kita untuk sentiasa berfikiran berbeza, think different!
#3. Orait! Tips no 3
pula adalah, sentiasa ingatkan yang benda ni pasti berlaku.
Ramai daripada kita termasuklah yang tukang tulis ni, kadang-kadang
awal je bersemangat, sudahnya hangat-hangat ayam rendang tak crispy. Hahahaha. Apa
la rendang ayam crispy! Apa rasa kan? Kata chef terkenal, rendang ayam pun tak
tahu. Hehehe.
Orait. Balik semula pada Cara melatih minda untuk sentiasa berfikiran berbeza (Think different) ni.
Kena sentiasa ingatkan diri yang benda ni pasti berlaku. Target RM1000 sehari
mesti berlaku. Ianya mesti jadi dan jadi. Bila kita sentiasa fikir macam ni,
otak kita akan generate satu benda positif yang mana kita akan lebih berusaha
untuk dapatkan RM1000 sehari, ok?
Dan akhir sekali, tips yang last adalah, sentiasa buat dan
buat. Jangan pernah putus asa. Satu hari nanti, kita pasti Berjaya. Dan 1 nak
ingatkan, dalam pada kita mengejar kekayaan dunia ni, tanggungjawab kita pada
yang esa jangan sesekali lupa. Solat, sedekah, ibubapa, anak-anak dan yang
lain-lain, jangan sesekali lupa.
Apa guna kalau duit banyak tapi hati tak bahagia kan? Biarlah
kedua-duanya balance, baru nikmat hidup kat dunia ni. Orait! J
Tags:
Thinkbig
0 comments