
Jangan cabar kuasa
Allah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah masih diberikan
kesihatan yang baik. Syukur kepada Allah. Kita masih berada di dalam bulan Ramadhan,
bulan yang penuh dengan keberkatan. Namun, masih ada banyak isu panas yang
timbul dan diantaranya adalah tentang cerita instafamous yang tak berpuasa
kerana katanya tidak perlu. Konsep dia mudah, kalau tak solat, tak perlulah
berpuasa kerana mungkin pada dia tak bawak apa-apa makna pun.
Tak berpuasa dah satu hal. Tapi dia pergi beritahu semua
orang yang dia tak berpuasa tu yang buat orang sekeliling jadi marah. Nampak
angkuh sangat bila bercakap. Kalau nak cerita pasal orang tak berpuasa ni, rasanya
ramai je. Tapi tak adalah sampai muat naik video dalam media social beritahu
semua orang yang tak perlu nak puasa sebab tak solat.
Aku terfikir juga, kalau sebab tak solat tak perlu nak
puasa, jadinya sebab tak solat jugalah tak perlu buat benda kebaikan lain. Elok
jadi jahat je terus, kan? Aku ni nak kata nak solat penuh tu tak adalah. Ni terus
terang cakap ni. Ada masanya tertinggal juga. Tapi tak adalah sampai sombong
nak cakap macam tu.
Puasa ni bukan sebab agama je. Tapi ada banyak kebaikan
lain. Tak perlu cakap pasal agama, kita cakap pasal kesihatan. Bayangkan dalam
setahun, Allah minta kita puasa sebulan je. Itupun bukan sehari tu tak makan
apa-apa. Lepas habis waktu sahur sampai masuk waktu berbuka je. Itu je waktu
kita berpuasa. Malam tu makanlah.
Itupun 30 hari je kita puasa. Bayangkan setahun ada berapa ratus
hari? Dia minta kita puasa 30 hari je. Dari segi kesihatan, memang ada banyak
kelebihan dia. Bukan setakat orang islam je yang buat kajian tentang puasa ni,
orang yang bukan islam pun Nampak kebaikan berpuasa ni.
Aku malaslah nak hurai apa kelebihan dia dari sudut
kesihatan. Yang itu kenalah cari sendiri. Cuma cuba fikir logic jelah, dalam beratus
hari, kita Cuma kena puasa 30 hari. Tak banyak mana pun, rasa sekejap je 30
hari tu, kan? Pasti ada sebab kenapa ditetapkan selama sebulan sahaja. Kan?
Apa pun, Meh aku kongsikan sedikit apa yang instafamous tak
puasa ni cakap dlam video dia:
"Kepada yang bertanya, yes kitorang tak puasa sebab..
macam mana nak cakap eh? I tak puasa sebab I sedar I tak solat lima waktu pun.
TIBA!!!
"So kalau macam I puasa pun macam rugi, macam nothing,
macam korang puasa tapi tak dapat pahala. Puasa penuh, nak full, tapi kau yakin
ke kau puasa tu full kalau kau tak solat? Kira kosong.
"Bukan nak kata apa lah kan, kalau jenis macam korang
yang tak melakukan ibadah ke apa, nak puasa boleh tak ada siapa yang halang.
Tapi kitorang macam.. macam I, kalau I nak puasa.. sebab I sedar diri I.
"Nampak 'perempuan' tu? Makan je. Tapi jangan tunjuk
sangat. Macam kitorang ni dah tertunjuk, sebab kitorang pun macam tak hormati,
so ha ambiklah kau,"
Aku malas nak ulas panjang. Cuma, ada baiknya janganlah
cakap macam ni lagi. Sementara Allah bagi kita kesihatan yang baik ni, ada
eloknya kita bersyukur. Takut nanti dia Tarik apa yang dia dah kasi pada kita,
barulah rasa nak belajar solat, nak belajar puasa, kan? Bersyukurlah dengan apa
yang kita ada sekarang ya.
Mufti pun dah jemput si instafamous ni, dan katanya dia dah
tutup akaun media social dia. Apa pun, harap ada perubahanlah ye. Ini kalau
dibiarkan, takut jadi makin teruk pula nanti. Sama-samalah kita beringat ye.
Wrote by Encik Ejoy