Blogger sendu tak ada job?

Blogger sendu tak ada
job? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Facebook aku sekarang dalam
tahanan reman. Jadi memang tak boleh nak post atau like status daripada
kawan-kawan media social. Cuma dalam beberapa hari ni banyak terbaca kisah
kawan-kawan blogger tentang dapat job online dan ada juga yang labelkan mereka
ini blogger sendu tak ada job.
Hmm. Nak bercerita pasal tak ada job online ni, blog mrejoy.com ni pun tah pernah dapat
ke tidak. Hahaha. Sungguh aku lupa. Pernah kot. Eh, tah, lupa. Tapi aku tak
kisah pun sebabnya aku buat blog ni bukan sebab nak dapat job semata. Aku buat
sebab aku nak kongsikan pengalaman aku dan mungkin juga sedikit ilmu yang aku
ada dengan semua orang.
Sebab aku ada terbaca 1 perkongsian rakan. Bila kita buat
sesuatu tu kerana wang, kita akan dapat wang semata. Tapi bila kita buat
sesuatu tu atas sebab nak bantu orang lain, ilmu kita secara automatic nya akan
bertambah dan wang itu dengan sendirinya akan datang pada kita.
Tapi yelah, ada sesetengah blogger yang menjadikan blog ini
sebagai sumber income utama mereka. Mereka cari makan dengan blog. Jadi haruslah
mereka focus untuk dapat wang kan? Tapi ada juga sesetengah blogger yang “potong
line”. Dengan cara apa? Dengan cara meletakkan harga yang sangat rendah untuk servis review di blog.
Memang tak aku nafikan, benda ni sedikit sebanyak menganggu
gugat blogger yang cari makan dengan blog. Yelah, cuba bayangkan, blogger A
letak RM300 untuk 1 servis review (atau mungkin lebih). Dan blogger B letak
RM50 (atau lebih murah daripada ini). Ada seorang ni, nak dapatkan servis
review produk dia.
Dia Tanya pada blogger A, blogger tu cakap harga RM300.
Kemudian dia Tanya pula pada blogger B, dia cakap harga Cuma RM50. Sudah tentu
orang yang Tanya ni akan pening. Eh! Mahalnya! Kemudian tak pastilah apa dia
cakap dekat blogger A ni.
Sebenarnya mungkin ramai yang tidak faham kenapa ada blogger
yang letak harga mahal dan ada yang letak harga murah. Harga mahal pasti ada
kelebihannya. Mungkin bukan setakat iklan di blog sahaja, malah dia akan share
dalam semua media social yang dia ada. Itu belum cerita pengaruh dia dalam media
social lagi.
Apa pun, aku tak kisah pun jadi blogger sendu tak ada job,
sebab tahu dah level tu kat mana. Semua pun tahu level blog mereka dekat tahap
mana. Janganlah trafik pun rendah tapi letak harapan tinggi. Kena naikkan blog
kita pada 1 level tertinggi, insyaAllah, rezeki itu akan datang dengan
sendirinya, ok? See ya!
1 Comments
Ukur baju dibadan sendiri. Kalau Mai trafik biasa-biasa je compete dengan yang trafik dasat pada harga sama RM300 memang putih mata jelah sampai ke sudah. So pada peringkat awal ni memang terima harga rendah lagi.
ReplyDeleteBlogger hebat takkan tergugat dengan blogger sendu kot? Of course PR dapat menilai sendiri berbaloi ke tidak harga dengan blogger tu. Rezeki takkan salah alamat.