Facebook semakin teruk?

Facebook semakin
teruk? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, syukur kepada
Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk berada di dalam bulan yang penuh
dengan kemuliaan dan keberkatan ini. Ok, rasanya semua dah perasan tentang
facebook sekarang ni. Dah tak macam dulu dah. Dulu senang je kita nak share
cerita terbaru blog kita kat group-group facebook. Tapi sekarang, kalau “terlebih”
share, alamatnya kena blocklah facebook kita.
Bermula dengan block selama 3 hari kemudian seminggu, lepas
tu 2 minggu sampailah sebulan. Tapi itu masih belum cukup teruk sebab ada yang
akaun mereka terus kena “disable”. Aduh! Teruk betul la. Kesian juga pada mereka
yang ada akaun instant article. Katanya dah susah nak cari makan.
Mrejoy dah biasa sangat kena block ni. Dah macam makanan
dah. Kira kena block sebulan tu biasa jelah. Tapi ada 1 benda yang mrejoy tak
boleh terima. Bila facebook minta kita sahkan akaun kita guna “security check
facebook”.
Dia suruh kita confirmkan guna code 6 angka yang kononnya di
hantar kepada no telefon kita. Dan masalahnya, hampir 24 jam, code 6 angka “security
check facebook” tu tak kunjung tiba. Bila baca dalam forum, ada yang kata dah
dekat 3 hari pun tak terima juga code security facebook tu. Persoalannya sekarang,
facebook hantar pakai surat ke macamana?
Mrejoy lagi suka kalau kena block sebab kita masih boleh
tengok akaun facebook kita tu. Tapi kalau dia mula minta code untuk sahkan
akaun, dia ibarat dekat tengah-tengah. Samada boleh dapat semula akaun tu atau
lupakan sahaja.
Memang rasa stress bila kena macam ni. Yelah, itu akaun
lama. Ada macam-macam kawan, ada macam-macam group penting dalam akaun tu,
tiba-tiba, facebook pening. Minta kita sahkan akaun guna code yang dihantar,
tapi sampai ke sudah, code tak kunjung tiba.
Apa pun, besar harapan mrejoy untuk dapatkan semula akaun
tu. Sebab rasa sayang sangat dengan akaun tu. Ada banyak benda penting dalam
akaun tu. Dan ada 1 benda yang mrejoy rancang untuk ubah keseluruhan hidup
mrejoy melalui medium facebook (akaun sedia ada sekarang ni). Semoga mrejoy
akan dapat semula akaun ni, doakan juga ya! Amin..
0 Comments