Hutang negara Malaysia kini mencecah 1 trillion ringgit!
Hutang negara Malaysia
kini mencecah 1 trillion ringgit! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hebat
betul negaraku Malaysia. Selepas pelantikan perdana menteri Malaysia yang baru,
tun Mahathir Mohamad, pelbagai cerita, pelbagai kisah yang kita dengar. Dan daripada
kesemua kisah yang tersebar, kini semua rakyat Malaysia dikejutkan dengan
berita hutang negara kini yang dikatakan telah mencecah 1 trillion ringgit! Perghh! Banyak tu! Mungkin ada yang tak berapa
nak Nampak lagi berapa sebenarnya jumlah ini berbanding nilai RM1juta ringgit.
Daripada perkongsian perdana menteri Malaysia yang baru,
hutang negara sebelum ini tidak lebih daripada 300bilion. Dan ini juga
merupakan sejarah bilamana hutang (bukan pendapatan ya, hutang) menjadi sangat
tinggi!
Ok. Hari ini, meh kita sama-sama lihat dengan jelas, banyak mana 1 trillion ringgit ni. Mungkin kita tak pernah terbayang pun banyak
mana duit ni. Jadi, jom kita tengok sama-sama.
Semua pun ada nilai ni dalam dompet kan? RM100 ringgit. Ada 2
kosong. Pakcik makcik, adik abang, semua pernah pegang note ini.
Ok sekarang, kita up pulak pada nilai RM10,000 ringgit. Jumlah
ini pun semua orang ada. Dalam bank mahupun dalam bentuk tunai. Kalau tengok
pada gambar kat atas, kalau dipegang dengan tangan, masih ada banyak ruang
kosong dalam tangan kita kan? Tapi bukan itu persoalannya. Persoalan sekarang
adalah, banyak mana 1 trillion ringgit ni?
RM1,000,000.
Ok, sekarang kita pergi pulak pada jumlah RM1juta ringgit. Ada
6 kosong. Jumlah ni tak semua orang ada dan ada daripada kita, yang tak pernah
merasa pun seumur hidup mereka. Bila dah ada jumlah sebanyak ini, kita dah pun
bergelar jutawan. Kalau dihimpunkan RM1juta ni, ianya masih boleh dimuatkan di
dalam 1 beg bimbit. Macam yang biasa kita tengok dalam drama TV tu.
Sekarang, kita pergi pada jumlah yang lebih besar. RM100juta
ringgit. Fuh! Ini biasa kita dengar kalau ada projek mega je. Projek-projek
ratus juta. Dan tak semua orang pernah merasa nilai sebanyak ini dalam hidup
mereka. Dan kalau orang biasa yang dapat jumlah ni, mereka mungkin tak mampu
nak habiskan.
Jumlah ini dikatakan masih boleh disimpan didalam kereta,
stor dekat rumah atau dalam almari. Kiranya masih boleh sorok la (kalau nak
sorok la kan? Hehehe). Ini baru RM100juta. Kalau 1 trillion ringgit?
Ahha! Mrejoy pun dah naik pening nak menulis ni. Kita dah
sampai pada nilai 1 billion ringgit! Eh! Masih belum sampai 1 trillion ringgit lagi? Ada 9 angka
kosong pada nilai RM1billion ringgit ni. Pening sebab tak pernah nak kira duit
sampai sini. Hehehe.
Dekat Malaysia ni, ada beberapa orang je yang ada wang
berjumlah RM1billion ringgit ni. Dan kalau dihimpunkan jumlah ni, tak bolehlah
nak simpan dalam kereta kea pa, kenalah simpan dalam peti besi. Tapi kalau dah
kaya, boleh je nak buat bilik besar dan simpan semua duit ni kan?
Sekarang, inilah jumlah yang kita tunggu-tunggu daripada
tadi! 1 trillion ringgit! Ada berapa
nilai kosongnya tuan-tuan semua? Ya! Ada 12 angka kosong! Banyaknyaaa! Dalam dunia
ni (kalau lihat pada senarai manusia terkaya di dunia) tak ada seorang pun yang
memiliki kekayaan sebanyak ini!
Kalau tengok pada senarai
manusia terkaya di dunia 2018, Jeff Bezos menduduki tempat pertama dengan
nilai kekayaan sebanyak $130.5 Billion! Masih billion lagi, tak cecah pun nilai
trillion.
Jadi banyak mana 1
trillion ringgit ni? Nak mudah faham, tengok pada gambar dekat atas. Nampak
tak banyak mana? Cuba tengok orang dekat tepi sebelah kiri tu. Ha, sekarang boleh bayangkan
tak berapa sebenarnya jumlah 1 trillion ringgit
ni?
Fuh! Memang banyak kan? Dan sayangkan, itu bukanlah
keuntungan sebaliknya adalah hutang! Hutang negara Malaysia yang kini mencecah 1 trillion ringgit! Memang berat
masalah yang dihadapi kerajaan sekarang memandangkan mereka perlu memikirkan
bagaimana ingin menyelesaikan hutang ini. Dan kami sangat berharap agar ianya
dapat diselesaikan dengan baik. insyaAllah. Semoga Allah memudahkan segalanya. Amin.
0 Comments