Jangan cabar kuasa Allah | MrEjoy

Jangan cabar kuasa Allah

jangan cabar kuasa Allah

Jangan cabar kuasa Allah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah masih diberikan kesihatan yang baik. Syukur kepada Allah. Kita masih berada di dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Namun, masih ada banyak isu panas yang timbul dan diantaranya adalah tentang cerita instafamous yang tak berpuasa kerana katanya tidak perlu. Konsep dia mudah, kalau tak solat, tak perlulah berpuasa kerana mungkin pada dia tak bawak apa-apa makna pun.

Tak berpuasa dah satu hal. Tapi dia pergi beritahu semua orang yang dia tak berpuasa tu yang buat orang sekeliling jadi marah. Nampak angkuh sangat bila bercakap. Kalau nak cerita pasal orang tak berpuasa ni, rasanya ramai je. Tapi tak adalah sampai muat naik video dalam media social beritahu semua orang yang tak perlu nak puasa sebab tak solat.

Aku terfikir juga, kalau sebab tak solat tak perlu nak puasa, jadinya sebab tak solat jugalah tak perlu buat benda kebaikan lain. Elok jadi jahat je terus, kan? Aku ni nak kata nak solat penuh tu tak adalah. Ni terus terang cakap ni. Ada masanya tertinggal juga. Tapi tak adalah sampai sombong nak cakap macam tu.

Puasa ni bukan sebab agama je. Tapi ada banyak kebaikan lain. Tak perlu cakap pasal agama, kita cakap pasal kesihatan. Bayangkan dalam setahun, Allah minta kita puasa sebulan je. Itupun bukan sehari tu tak makan apa-apa. Lepas habis waktu sahur sampai masuk waktu berbuka je. Itu je waktu kita berpuasa. Malam tu makanlah.

Itupun 30 hari je kita puasa. Bayangkan setahun ada berapa ratus hari? Dia minta kita puasa 30 hari je. Dari segi kesihatan, memang ada banyak kelebihan dia. Bukan setakat orang islam je yang buat kajian tentang puasa ni, orang yang bukan islam pun Nampak kebaikan berpuasa ni.

Aku malaslah nak hurai apa kelebihan dia dari sudut kesihatan. Yang itu kenalah cari sendiri. Cuma cuba fikir logic jelah, dalam beratus hari, kita Cuma kena puasa 30 hari. Tak banyak mana pun, rasa sekejap je 30 hari tu, kan? Pasti ada sebab kenapa ditetapkan selama sebulan sahaja. Kan?

Apa pun, Meh aku kongsikan sedikit apa yang instafamous tak puasa ni cakap dlam video dia:

"Kepada yang bertanya, yes kitorang tak puasa sebab.. macam mana nak cakap eh? I tak puasa sebab I sedar I tak solat lima waktu pun. TIBA!!!

"So kalau macam I puasa pun macam rugi, macam nothing, macam korang puasa tapi tak dapat pahala. Puasa penuh, nak full, tapi kau yakin ke kau puasa tu full kalau kau tak solat? Kira kosong.

"Bukan nak kata apa lah kan, kalau jenis macam korang yang tak melakukan ibadah ke apa, nak puasa boleh tak ada siapa yang halang. Tapi kitorang macam.. macam I, kalau I nak puasa.. sebab I sedar diri I.

"Nampak 'perempuan' tu? Makan je. Tapi jangan tunjuk sangat. Macam kitorang ni dah tertunjuk, sebab kitorang pun macam tak hormati, so ha ambiklah kau,"

Aku malas nak ulas panjang. Cuma, ada baiknya janganlah cakap macam ni lagi. Sementara Allah bagi kita kesihatan yang baik ni, ada eloknya kita bersyukur. Takut nanti dia Tarik apa yang dia dah kasi pada kita, barulah rasa nak belajar solat, nak belajar puasa, kan? Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ya.

Mufti pun dah jemput si instafamous ni, dan katanya dia dah tutup akaun media social dia. Apa pun, harap ada perubahanlah ye. Ini kalau dibiarkan, takut jadi makin teruk pula nanti. Sama-samalah kita beringat ye.

Share:

0 comments