20 kelebihan dan kebaikan bersedekah yang tidak diketahui semua orang

20 kelebihan dan
kebaikan bersedekah yang tidak diketahui semua orang | Assalamualaikum dan
selamat sejahtera. Alhamdulilah, syukur kepada yang maha esa kerana memberi
nikmat yang tak terperi sehingga ke hari ini, alhamdulilah. Hari ini dah masuk
hari ke 7 seluruh umat islam berpuasa. Tapi walaupun baru seminggu berpuasa,
dah mula kedengaran lagu raya dah dekat pusat beli belah. Amboi, tak sabar
betul nak beraya ni. Ok, hari ini nak kongsi sedikit 20 kelebihan dan kebaikan
bersedekah lebih-lebih lagi di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Ada 1 ayat yang mrejoy baca dekat laman social yang sampai
ke hari ini mrejoy simpan dalam hati. Ayat dia lebih kurang macam ini la:
Note 50 kalau kita bawa ke pasar atau nak beli barang dapur, kita rasa macam tak cukup atau dalam kata lainnya, sikit sangat. Tapi kalau masuk bab bersedekah, nilai tu kita rasa terlalu besar!
Dalam islam sendiri mengalakkan umatnya perbanyakkan
sedekah. Tak akan jatuh miskin seseorang tu kalau dia kerap bersedekah. Malah,
insyaAllah, rezeki dia semakin luas jika dia ikhlas bersedekah.
Oklah, hari Ini nak kongsikan 20 kelebihan dan kebaikan bersedekah yang rasanya tak semua orang
tahu. Tak apalah, kita boleh belajar sama-sama ya.
20 kelebihan dan
kebaikan bersedekah yang tidak diketahui semua orang
#1. Sedekah merupakan salah satu pintu untuk kita menuju ke
syurga Allah.
#2. Diantara sedekah yang paling baik adalah dengan
menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan.
#3. Mereka yang rajin bersedekah insyaAllah akan dijauhkan
daripada neraka jahanam.
#4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu
memadamkan kepanasan di dalam kubur
#5. Sedekah juga memberi keuntungan kepada mereka yang telah
meninggal dunia dan Allah SWT sentiasa memanjangkan pahala daripada sedekah
itu.
#6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala
kebaikan.
#7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat
kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT.
#8. Sedekah yang kita lakukan sekarang mampu menyelamatkan
kita dari celaka di hari kiamat kelak.
#9. Sedekah juga mampu menghapuskan dosa-dosa yang kita
lakukan sebelumnya.
#10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam
keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan
kebaikan kepada anda
#11. Orang-orang yang memberi sedekah ialah orang-orang yang
baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi
ganjaran oleh Allah SWT
#12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran
yang hebat dari Allah SWT In Shaa Allah
#13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari
golongan orang-orang yang disayangi oleh masyarakat
#14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan
dihormati
#15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan
doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT In Shaa Allah
#16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup
70 pintu kecelakaan di dunia
#17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh
memberi kejayaan hidup
#18. Sedekah adalah ubat
#19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian
yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas
#20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi
kepada binatang atau burung
0 Comments